Khamis, November 03, 2011

Keseronokan atau kebahagiaan? Mana pilihanku?


Assalamualaikum, kepada semua pembaca yang dihomati sekalian. Ini hanyalah sebuah perkongsian daripada insan biasa yang sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Renungan bersama buat kita semua.

Menurut kamus dewan keseronokan bermaksud 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok.
Menurut kamus dewan bahasa & pustaka kebahagiaan ialah keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup.
Dua perkataan ini hampir sama tapi membawa erti yang berbeza bagi saya.

Kebahagiaan itu hanya dapat diperoleh melalui sesuatu kesusahan di awalnya. Bahagia itu sukar untuk di lihat oleh mata kasar kerana hanya orang yang merasai sahaja yang tahu maknanya Kita perlu merasa sakit & getir sebelum memperoleh satu kebahagiaan itu. Tapi Insya Allah segala pahit getir akan terbalas dengan kebahagiaan yang hakiki. . Sesuatu perkara yang negatif perlu ditinggalkan, tapi bagi sesiapa yang merasainya tahu betapa sakitnya untuk meninggalkan sesuatu yang sudah biasa kita lakukan. Tapi ingatlah, akhirnya sakit, perit, pedih itulah yang membawa kita ke bahagiaan yang hakiki. Insya Allah.....

Keseronokan itu sesuatu yang sementara dan tidak semestinya berakhir dengan senyuman. Ianya senang diperoleh. Banyak ada di mana - mana sahaja. Malangnya dia tak semestinya akan kekal. & tidak semestinya membawa kebaikan kepada kita. Hakikatnya inilah yang menjadi pilihan kita kan? Tepuk dada tanya iman...... Kadang2 mata & hati kita tertipu dengan apa yang ada di depan mata. Teralpa dengan keindahan dunia sehingga kita memilih keseronokan tanpa berfikir panjang. Sehingga akhirnya kita menyesal.... Semoga kita terselamat dari keseronokan yang sementara.....

Wahai pembaca yang dihomati sekalian, semoga kita sentiasa berfikir dalam setiap tindakan seperti kata pepatah " sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi".... Betullah kata mereka yang lebih makan garam dulu daripada kita.... sudah menjadi lumrah remaja ingin berseronok tapi ingatlah kematian itu sesuatu yang pasti. Tak kira muda, tak kira tua.... Semoga setiap apa pun pilihan kita semoga ianya membawa kebahagiaan di dunia & di akhirat. Hal yang demikian kerana kebahagiaan itu hakikatnya tidak sama dengan keseronokan....... Renungan bersama.... Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa...... Insya Allah......


Tiada ulasan: