Isnin, Mei 23, 2011

Kuasa Pemuda,warisilah ia


Pemuda???..kenapa mesti pemuda?..urm,pelik betul..setiap kali aku pergi ceramah,mesti penceramah tekankan bahawa pemudalah yang mampu membangunkan Islam.Inilah persoalan yang selalu bermain di kotak fikiranku....dari dulu sampai sekarang.Erm..takdelah sampai sekarang,sekarang dah faham..dulu je..blur sikit.Kenapa mesti pemuda ya?Kenapa tak orang tua?...orang tua dah ada kerja,dah besar,lagi matang,tapi kenapa pemuda juga yang dipilih dan diharapkan?...

Baiklah sahabat-sahabiah sekalian,
Pada tinta penulis kali ini,penulis ingin merungkai persoalan ini yang suatu ketika dahulu sering menimbulkan tanda tanya kepada diri penulis.
Islam...suatu ketika dahulu telah dibawa oleh seorang pemuda yang bernama Muhammad iaitu Rasulullah S.A.W.Di sinilah telah bermulanya sistem cara hidup baru yang lengkap yang melingkupi seluruh aspek dalam kehidupan kita,...ekonomi,politik,sosial,...jenayah..semuanya lengkap.

Dan kemudiannya,selepas wafatnya baginda S.A.W,Islam terus dikukuhkan oleh generasi para sahabat yang ketika itu digelar era pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin...bermula dengan Abu Bakar..diteruskan oleh Umar Al-Khatab....disambung oleh Uthman Bin Affan dan akhirnya oleh Ali Bin Abi Talib.Banyak sumbangan yang dilakukan oleh para sahabat ketika ini.Perluasan kuasa dan pengaruh Islam juga turut berkembang.Hal ini kerana para sahabat seperti mereka ini mempunyai suatu aura atau jiwa iaitu "jiwa pemuda".

Selepas tamatnya era pemerintahan ini,semangat jiwa pemuda ini dapat kita lihat pada era pemerintahan seterusnya yang lebih bercorakkan sistem monarki.Bermula dengan zaman Umayyah,Abasiyyah dan diakhiri oleh Turki Uthmaniyyah.Ketika ini,Islam seolah-olah telah menguasai seluruh dunia.Sistem pemerintahan yang berunsurkan jahiliyyah telah ditukar oleh dasar-dasar Islam yang bercorakkan syumuliyyah..sempurna..ketika itu.Tiada berlakunya pemberontakan,rakyat hidup dengan aman tanpa huru-hara.Kemiskinan amat sukar dilihat ketika itu.Ketandusan ilmu juga merupakan suatu perkara yang mustahil ketika itu,bahkan Kerajaaan Islamlah menjadi pusat orang-orang eropah menuntut ilmu ketika itu yang akhirnya telah mencetuskan satu zaman iaitu zaman reinassance yang telah membuka mata orang eropah terhadap kepentingan ilmu dan mengeluarkan mereka daripada tamadun yang gelap.

Persoalannya sahabat-sahabiah,siapakah yang menjadi penyumbang kepada kegemilangan Islam bermula dari zaman Rasulullah sehingga terjatuhnya empayar Turki Uthmaniyyah?

Jawapannya ialah pemuda..ya,itulah jawapannya kerana banyak sejarah yang membuktikan telah lahir ramai tokoh-tokoh Islam sepanjang tempoh itu.

Tariq Ziyad contohnya,beliau telah diberi tugas untuk memimpin tentera Islam ketika berumur 15 tahun.Bayangkan sahabat-sahabiah,baru form 3 dah jadi panglima perang.Kita ni baru nak pegang pensel dan pen untuk ambil PMR.Salahudin Al-Ayubi,seorang tokoh cukup terkenal dalam kalangan kita.Beliau telah berjaya menakluk baitulmaqdis ketika berumur 30-an tahun,nak menunjukkan semangat pemuda masih ada dalam dirinya ketika itu.Sultan Muhammad Al-Fateh,penakluk konstantinople..berjaya menawan ketika berumur 24 tahun.Bayangkan sahabat-sahabiah sekalian,sejarah telah membuktikan betapa pentingnya generasi pemuda dalam menggerakkan Islam.

Bukan itu sahaja sahabat-sahabiah,selepas kejatuhan sistem khilafah juga,jiwa pemuda ini terus diwarisi oleh sahabat-sahabat kita di sana.Sebagai contoh,Allahyarham Hassan Al-Banna yang mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin.Nak cerita betapa strateginya pemikiran beliau sehinggakan beliau berjaya menyatukan kuasa dan tenaga pemuda Islam melalui usrah sahaja semata-mata untuk menegakkan kembali daulah khilafah Islamiyah yang pernah tertegak suatu ketika dahulu.Gerakan ini hampir berjaya menggulingkan King Farouk ketika itu tetapi gagal kerana berlakunya pembocoran rahsia dan maklumat tentang gerakan ini.

Seterusnya,Allahyarham Syeikh Ahmad Yassin,seorang tokoh yang mengasaskan gerakan HAMAS di Palestine.Sekiranya kita dengar suara dia sahabat-sahabiah,lebih kurang macam Mickey Mouse.tetapi lihat bagaimana dia berjaya mencetuskan intifadhah dalam kalangan pemuda HAMAS ketika itu.Syeikh Ahmad Yassin yang meninggal dunia akibat serangan perluru berpandu apache pernah berkata,"Aku tidak gentar untuk mati dibunuh,kerana jika aku mati,aku akan melahirkan ramai lagi syeikh Ahmad Yassin dalam kalangan pemuda".Lihatlah sahabat-sahabiah,betapa pentingnya pemuda dalam gerakan Islam kini.

Hal ini kerana,semasa berjiwa pemudalah,kita akan bertindak lebih aktif,tenaga kita cukup kuat,mampu,bertenaga,yakin..kerana itulah setiap masa perlu dikorbankan,tenaga dan fikiran kita perlu dikerahkan semaksimumnya ketika ini...semata-mata untuk perjuangan Islam yang menjadi kewajipan buat kita,remaja Islam...bukan hobi atau suka-suka,tetapi tanggungjawab.

Buat sahabat-sahabat yang akan melangkah ke alam IPT,selamat berjuang,janganlah dilupakan tarbiyyah yang pernah ditimba ketika alam persekolahan,teruskanlah perjuangan,ingatlah Allah dan Islam,kerana zaman IPT inilah sangat mencabar,memerlukan banyak pengorbanan dan semangat juang yang tinggi.Salam mujahadah sahabat-sahabatku...!!!!

Tiada ulasan: