Sabtu, Disember 07, 2013

Titipan buat adik-adik SEPINTAR

Bismillahirrahmanirrahiim

Serasa sudah lama hati ini merindui.
Rindu pada bau tanah yang tertabur bunga-bunga tarbiyyah.
Rindu pada angin yang terbias zarah-zarah sakinah
Rindu pada dinding-dinding bisu yang menjadi saksi seribu satu ragam kita
Rindu pada insan-insan di 'penjara' terindah itu
Adik-adik yang akak rindui
Detik-detik bersama kalian adalah detik yang sukar terpadam dalam ingatan
Sederet episod  yang banyak memberi erti pada diri

Adikku
Hidup disana bukanlah sentiasa indah dan senang.
Kerana itulah namanya perjuangan
Kau tidak sentiasa menang
Kau terkadang lelah, terkadang rebah
Tapi tidakkah kau lihat pada garis-garis awan
Yang menguntum senyum pada setiap keluhanmu
Tidakkah kau lihat pada sinaran bintang-bintang
Yang terus bersinar indah pada setiap tangisanmu

Jangan adikku.
Jangan kau rasa ditertawakan mereka atas apa yang menimpamu
Tetapi yang harus kau ingat
Adalah keindahan yang tersembunyi disebaliknya
Ada secoret ingatan dan tarbiyyah dari yang Maha Esa
Khusus untukmu

Teruskanlah adikku
Teruslah kau taburi debu-debu permukaan bumi itu dengan harum tarbiyyah
Teruslah kau biaskan cahaya cinta pada Illah
Teruslah suburi taman-taman ilmu itu dengan akhlak islamiyyah
Teruslah kau kukuhkan ukhuwwah antara kalian
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara

Kepada generasi LOX
Selamat datang ke alam pasca jeriji terindah SEPINTAR
Selamat datang ke alam yang penuh ujian
Semoga antara kita tidak ada yang terkandas dalam medan praktikal
Medan yang mana Islam itu akan diuji secara hands-on
Kini, pengisian rohani secara realitinya tidak lagi semudah di sana
Jika kau mahukan hati yang tidak kosong
Maka isilah dengan ilmu-ilmu yang selepas ini kau perlu cari dan gali
dengan inisiatif sendiri
Kini, tiada lagi BI'AH SOLEHAH yang memagari
cuma tinggal HIDAYAH yang melindungi
Maka marilah kita saling mendoakan

Untuk adik-adik SUPERB
Selamat mentadbir adik-adik dengan penuh amanah
Ingatlah tanggungjawab sebagai abang-abang dan kakak-kakak
Pada dirimu akan tersemat nametag 'Qudwah'
Engkau bakal diperhatikan dan dinilai oleh adik-adikmu
Mahukah engkau tinggalkan sebaris nama SUPERB yang tak bermakna?
Atau kau bangunkan satu legasi yang namanya takkan dilupa
Pilihan kini ada dalam halaqah hati-hati kalian
Wala' ( patuh )lah pada pimpinan
Dan akurlah pada keputusan yang di SYURA kan
Bersatu hatilah membangunkan jiwa-jiwa insan

Buat penerus perjuangan BADAR
Bekerjalah anda kerana Allah
Selalu sahaja nanti usahamu dianggap remeh dan picisan
Perjuangan mungkin terhalang dek tohmahan
Walau apapun inilah medan kita rakus mencari pahala
Hatimu akan menjadi besar, jiwamu bakal jadi hebat
Jika benar Islam yang kau perjuangkan
Rancanglah pembangunan jiwa-jiwa insan
Keluarlah dari kelompok jumud mahupun liberal
Perkasakan majlis-majlis Ilmu
Dekatilah mad'u (orang yg didakwah) dengan penuh kelembutan
Jadikan Al-Qudisiah itu sarang buat perindu-perindu Al-Jannah

Moga-moga titipan ini jadi bukti
Kerinduan kami yang tidak pernah sunyi

Salam ingatan dari kakakmu,
NB (ELVES 0812)
3 Safar 1435 Hijrah

Sabtu, April 20, 2013

Cinta Remaja

      

           Cinta adalah makhluk tidak bernyawa. Ia tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizika. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa. Siapakah sang ajaib Penciptanya?



         Cinta adalah biasan dari Penciptanya yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih dan mesra, serta aman bahagia.
Cinta adalah fitrah dan cinta adalah suci. Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai. Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan.
         Masa remaja adalah masa cinta berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan.
         
          Berbicara soal cinta remaja adalah berbicara soal hubungan dan pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini hanyalah cinta remaja yang bathil, yang salah, yang terlarang, dan yang haram, dan bukan cinta remaja yang suci. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini ialah cinta remaja sebelum mereka bernikah, iaitu mereka bercinta dengan lelaki bukan hak halal mereka ie: bukan suami mereka.



Senarai beberapa panduan dalam manual kehidupan seorang bernama Muslim:

1. Hubungan Lelaki dan Wanita atas Keperluan

Umum mengetahui bahawa sistem kehidupan manusia yang paling sempurna dan agung ie Islam membataskan hubungan antara lelaki dan wanita dengan hikmah tertentu yang Allah lebih mengetahui sebagai Pencipta kedua-dua jantina itu. Dari pemisahan tempat solat dan susunan sofnya sudah ternyata hakikat pemisahan antara lelaki dan wanita. Komunikasi antara dua jantina ini bagaimanapun diizinkan dalam hal-hal keperluan seperti urusan muamalat harian, tetapi tidak dalam hal-hal kehendak yang banyak didorong oleh hawa nafsu seperti kehendak berhibur dan berseronok lelaki dengan wanita luar nikah. Kehendak seperti itu adalah berlandaskan hasutan syaitan dan desakan hawa nafsu semata yang mengindahkan dunia sementara tapi mengazabkan akhirat hidup yang selama.

Cinta remaja adalah perlakuan yang terkategori dalam kehendak yang berlandas hawa nafsu. Maka ia adalah perhubungan yang tidak terizin, dengan kata laras hukum; haram.

2. Khalwat Fizikal dan Khalwat Hati adalah haram

Rasulullah s.a.w bersabda "Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan akan menjadi orang ketiga."
          Sudah termaklum dalam masyarakat Muslim bahawa khalwat adalah haram. Umumnya, orang memahami bahawa khalwat terjadi hanya setelah seorang lelaki dan seorang wanita bersama-sama bersendirian, terutama di tempat tiada orang lain. Khalwat itu bahaya dan haram. Persoalannya, apakah tidak berkhalwat, tidak bahaya dan tidak haram jika ada tiga orang atau lebih terdiri daripada lelaki dan wanita, di suatu tempat yang di sana mereka tidak ada perasaan malu lagi untuk berbuat maksiat, seperti di pusat-pusat hiburan dan arak? Persoalan lain, apakah tidak berkhalwat, tidak bahaya dan tidak haram dua orang dari lelaki dan wanita bersama-sama di khalayak ramai, sedang hati kedua-duanya tertaut rapat oleh hawa nafsu dan perlakuan kedua-duanya adalah perlakuan seperti orang berkhalwat, yang tidak rasa malu kepada sesiapa di sekeliling, bahkan tidak rasa malu kepada Yang Maha Melihat? Persoalan lain lagi ialah apakah tidak termasuk khalwat dua orang lelaki dan wanita yang terjalin dengan hubungan hati berlandas maksiat dalam perbualan secara langsung mahupun melalui telefon dan alat komunikasi lain?

         Ternyata kondisi-kondisi tersenarai di atas adalah maksiat semata dan terkategori khalwat juga, kerana khalwat itu bukan pada fizikal sahaja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).
          
          Dalam soal cinta remaja, khalwat secara fizikal di tempat tiada orang lain berkemungkinan terjadi, bahkan memang sejarah membuktikan ia pasti terjadi, yang menentukan hanya asri (masa), lambat atau cepat. Lebih mudah terjadi dari khalwat jasadi ialah khalwat hati yang berlangsung secara terbuka atau tertutup. Dalam situasi terbuka umpama pertemuan lelaki dan wanita di khalayak umum, jasad keduanya tidak berkhalwat, tetapi hati keduanya bias saja berkhalwat melalui tautan nafsu yang melahirkan kata-kata lunak manja wanita dan pandangan serta jelingan mata panah syaitan. Disebabkan khalwat hati, remaja bercinta hilang perasaan malu kepada orang lain dan kepada Rabb mereka, sekalipun di tempat umum dan di khalayak ramai, mereka melakukan apa saja maksiat yang memenuhi citarasa hawa nafsu. Tambahan lagi masyarakat individualistic hari ini sudah tidak peduli maksiat berlangsung hebat depan mata mereka asal kamu nikmat dan aku tidak terganggu bahkan dapat mengongsi sama nikmat maksiatmu. Astaghfirullah. Na'uzubillah. Khalwat hati bisa saja terjadi sepanjang perhubungan langsung muka ke muka mahupun melalui media; telefon, pesanan tek, surat, emel dan sebagainya. Jelas bahawa cinta remaja adalah terlarang kerana khalwat fizikal dan hati yang mengisi cinta remaja itu adalah haram.

3. Bertentang Mata adalah Panahan Beracun Iblis

"Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya." (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)

          Tentu sekali tidak ada antara kita yang mahu terkena panahan, apalagi panahan beracun. Inikan pula panahan beracun yang bukan sebarangan, tapi panahan beracun dari musuh kita, Iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Terkena panahan saja, kita tidak mahu kerana ia menyakitkan. Semua orang dapat mengagak kesakitan dari terkena panahan. Bertentang mata antara lelaki dan wanita sebenarnya menyakitkan kerana ia adalah dosa dan dosa pasti menyakitkan di neraka nanti, walaupun tidak sekarang menyakitkan tetapi akan menyakitkan di hari kemudian; akhirat. Hanya pada fizikalnya pertentangan mata lelaki wanita itu tidak menyakitkan, malah menikmatkan kerana ia berempahkan nafsu, padahal hakikatnya amat menyakitkan.

          Panahan kosong saja sudah sangat menyakitkan, apa lagi panahan beracun. Semua orang tahu racun kesannya bukan sedikit, malah boleh bertindak cepat dan menyebar ke seluruh badan, hingga ia mengalir dalam darah dan meracuni seluruh urat, saraf, otot dan anggota . Bertentang mata lelaki wanita itu panahan beracun. Maka amat senang sekali dimengertikan kita bahawa ia akan segera menusuk masuk dalam darah, dan berlari, menyebar ke seluruh badan dengan pantas serta menyerang bahagian-bahagian badan lain. Sebab itu, sekali saja bertentang mata lelaki perempuan, hati dengan pantas terus bergetar, bergegar dengan niat dan bayangan yang jahat, dan seluruh anggota pun bangkit bersemangat untuk bertindak, padahal tindakan itu adalah maksiat. Demikianlah kuasa tindak sepantas kilat yang bisa tergenerate dari sekilas pertentangan mata dua jantina.

          Apatah lagi panahan beracun ini bukan milik pemanah sebarangan, tapi si pemanah musuh kita yang jelas lagi nyata. Dan dia musuh yang berkuasa. Mesti dan sedapat-dapatnya kita mengelak panahan beracun ini.

          Menyentuh cinta remaja, seolah-olah terbayang remaja lelaki dan perempuan bergelimpangan, mati merana dan merata di jalanan kerana terkena panahan beracun Iblis dan syaitan. Bagaimana mereka bisa mengelak dari terkena panahan itu kalau mereka sendiri yang pergi mencari-cari dan menghadapkan diri dan mata mereka pada panahan itu. Amat sukar dan ironis untuk difahami, mereka itu pergi menghadapkan diri di depan panahan beracun syaitan secara berdepan-depan, seolah–olah menyerah diri dan lagi mereka mengambil jarak yang amat dekat, sehingga kuasa panahan yang mengena itu amat kuat.
          Memang telah terang lagi nyata, panahan beracun Iblis itu bahaya dan setiap yang bahaya tidak boleh diambil, dilarang mengambilnya apatah lagi bermain-main dan berseronok dengannya. Pertentangan mata lelaki wanita itu bahaya, maka dilarang bahkan haram melayani, bermain-main dan berseronok dengannya. Pendeknya, cinta remaja yang sudah semestinya terbina dari pertentangan-pertentangan mata lelaki dan wanita itu adalah bahaya, maksiat, dosa dan haram.

4. Suara Lunak Lemak Manja Wanita adalah Aurat
Surat al Ahzab ayat 32: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" .

              Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah bukanlah tunduk pandangan semasa berbicara, tetapi tunduk di sini bermakna melembutlunakmanjakan suara semasa wanita berbicara dengan lelaki sehingga bias menimbulkan keberahian lelaki itu untuk bertindak tidak baik terhadap mereka. Contoh sikap demikian ialah bertutur secara lunak, lemah gemalai, manja, dan menggoda hawa nafsu lelaki. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina atau pembukaan kepadanya.
               Nah! Isteri-isteri Nabi yang merupakan para wanita yang paling mulia dan merupakan ibu kepada kaum mukminin itu pun diberi panduan, amaran dan peringatan agar tidak melunakkan suara apabila berbicara dengan lelaki. Para isteri Nabi yang suci pun diberikan peringatan keras, apatah lagi kaum mukminat seluruhnya. Kaum lelaki dalam kuatnya secara jasadi sebenarnya lemah terhadap tarikan wanita. Ternyata percakapan wanita yang lunak, manja, dan menggoda kepada lelaki yang bukan merupakan suaminya adalah maksiat yang jelas dan tentunya haram. Sedang dalam cinta remaja itu, lagak pergaulan, percakapan dan komunikasi antara kedua-dua orang dari pasangan remaja itu tidak banyak bezanya dengan lagak pergaulan seorang suami isteri yang semestinya berkasih-kasihan dan manja kepada pasangannya semasa perhubungan dan perbualannya. Mereka bertutur dengan kata-kata manja dan nada menggoda. Perlakuan sedemikian padahal tidak layak sama sekali bagi pasangan bukan suami isteri, bahkan haram. Demikian sebabnya, cinta remaja yang memang mengandungi perlakuan tidak halal ini adalah terlarang, malah haram.

5. Bersentuhan antara lelaki dan wanita
           Bersentuhan antara lelaki dan wanita menurut syariat (undang-undang) Islam adalah haram. Bersentuhan saja sudah haram, apatah lagi perlakuan yang lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu." (hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).


            Kepala ditikam dengan besi itu bukan hal yang baik, malah terlalu pedih azabnya. Tapi, ini dikatakan lagi bahawa hal yang terlalu pedih azabnya itu (kepala ditikam dengan besi) lebih baik daripada lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya. Ini sudah bermakna, lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuh itu terlalu jauh lebih teruk dan buruk dari teruk dan pedihnya kepala ditikam dengan besi. Kami berlindung dengan Allah dari hal itu. Buruk dan teruknya lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya itu adalah dari aspek moralnya dan juga dari aspek hukumannya yang tersangat dahsyat di hari perhitungan kelak.

            Dalam kamus cinta remaja, kalau sudah wujud pertemuan jasadi (ie dating) malah pertemuan qalbi (hati) itu, pastilah berlaku kedekatan secara jasad (ie fizikal lelaki dan wanita berada dalam jarak yang dekat, "close proximity "wink. Padahal lelaki dan wanita itu ibarat dua magnet berbeza kutub, pastilah saling tarik menarik apabila berdekatan. Semakin dekat kedudukan, semakin kuat tarikannya. Tarikan itu akhirnya berakhir dengan sentuhan antara keduanya, malah bukan sekadar tersentuh, bahkan terikat rapat, erat dan ketat. Itu sudah hukum logik ciptaan Pencipta lelaki, wanita dan magnet. Begitulah juga lelaki dan wanita, tarikan antara keduanya tidak ubah seperti tarikan dua magnet. Maka memang berlaku kemungkinan, malah bukan setakat mungkin, realiti yang lepas sudah membuktikan bahawa berlaku persentuhan antara jasad lelaki dan wanita dalam cinta remaja, malah banyak kasus yang melebihinya hingga berlaku perihal yang tidak diminta. Bencana dan dosa zina.

             Disebabkan cinta remaja itu mengandungi komponen haram, ie bersentuhan antara lelaki dan wanita, maka cinta remaja itu sendiri adalah haram. Itulah hakikat yang terpaksa diterima sebagai seorang Islam, sesuai dengan makna Muslim iaitu tunduk dan patuh pada Allah, seluruhnya dan sebulat-bulatnya secara total, tanpa argumen.

6. Perkara yang mendekatkan kepada zina
           Sudah jelas dalam syariat Islam bahawa zina itu haram. Telah jelas juga termaktub dalam Perlembagaan Tertinggi bagi orang Islam iaitu al Quran bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina juga adalah haram.

 Surat al Israk ayat 32 menjelaskan "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

          Pernyataan 'jangan' dengan jelas menunjukkan bahawa perbuatan mendekatkan kepada zina adalah haram. Cuma, masyarakat Islam yang belum jelas hakikat ini. Kalau pun sudah jelas, sengaja berpura-pura tidak tahu seolah-olah ayat ini tidak pernah exist dalam al Quran yang mereka baca secara lisan. Padahal kepura-puraan mereka itu hanyalah menipu diri sendiri kerana hendak menurut, memuja, mengagung dan memuaskan nafsu yang memang suka kepada perbuatan terlarang mendekatkan diri kepada zina.

            Lagi dalam hal cinta remaja, perkara yang mendekatkan kepada zina memang jelas wujud. Berkedudukan lelaki dan perempuan dalam jarak dekat, baik secara terlindung (khalwat) atau pun secara jelas di khalayak (ie dating di tempat awam atau rumah makan), persentuhan lelaki perempuan, bahkan yang lebih dari itu, pertentangan pandangan mata, pandangan mata kepada berlainan jenis secara bernafsu, perbualan lelaki perempuan yang intim, mesra, manja, lunak, menggoda dan bernafsu, pembukaan dan pendedahan aurat terutama di pihak wanita, semuanya adalah perkara-perkara yang membuka pintu, mendorong, menggalakkan, memudahkan, meransang, membawa dan mendekatkan kepada zina. Hal-hal ini wujud dalam cinta remaja, maka cinta remaja itu sendiri adalah pembuka pintu, pendorong, penggalak, pemudah, peransang, pembawa dan pendekat kepada zina.

              Maka sekali lagi jelas, bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina itu haram dan kerana cinta remaja itu mendekatkan kepada zina, maka cinta remaja adalah haram.

              Jadi, apa jalan yang halal?

               Pertanyaan ini pasti berlegar di pemikiran para remaja yang di zaman emas cinta ini amat membutuhkan untuk mencintai dan dicintai, kerana itu memang sudah fitrah ciptaan Ilahi. Sesungguhnya cinta itu suci.

Surat an Nur ayat 32 menjawab pertanyaan di atas: " Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

          Memang ternyata perkahwinan adalah penyelesai masalah, kerana sesudahnya semua yang haram sebelumnya menjadi halal. Wah, indahnya!

           Tetapi realitinya, banyak remaja belum siap untuk kahwin. Bahkan, dalam konsepsi yang salah, mereka seperti memandang kahwin itu penghalang keseronokan, pengakhir zaman keemasan dan pelbagai fahaman yang silap, kerana mereka tidak mengerti bahawa kahwin itulah justeru pembangkit keseronokan hidup, kebahagiaan, ketenangan dan pemula zaman emas dalam hidup dan cinta. Lantas, bagaimana bagi mereka yang belum sedia untuk kahwin atau belum mampu, padahal keinginannya sentiasa mahu.

            Islam sebagai sistem yang lengkap dan penyelesai masalah, bukan penyebab masalah, tetap saja mempunyai penyelesaian untuk problematika itu.
Surat an Nur, ayat 33 menjawab; "Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan hamba sahaya yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu."

Menutup Aurat dan Menyembunyikan Perhiasan Wanita
Ayat 31 surat an Nur juga memberi panduan khususnya untuk wanita, dalam upaya memelihara kesucian diri: "... janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..."


            Perhiasan pada diri wanita itu terbahagi dua; perhiasan internal dan perhiasan eksternal. Badan wanita itu sendiri adalah perhiasan dan merupakan perhiasan internal. Sedang segala perhiasan yang dipakaikan kepada wanita itu dari pakaian, barangan kemas, bau-bauan, warna-warnaan dan lain-lain adalah perhiasan eksternal. Maka, wanita sewajibnya tidak menampakkan perhiasan internal dan eksternal mereka. Aurat wanita adalah sebahagian dari perhiasan internal. Maka aurat hendaklah ditidaknampakkan atau disembunyikan dari pandangan lelaki baik dari segi permukaan aurat itu, warnanya, malah bentuknya ie bentuk anggota badan terutama yang sensitif pada pandangan lelaki. Pernyataan "... kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." dalam ayat 32 surat an Nur itu merujuk perkara yang pada waktu kebiasaannya memang tampak, seperti luaran pakaian, muka dan tangan. Tapi itu tidak bermakna wanita boleh berpakaian, atau menghias muka dan tangan sampai boleh menarik perhatian lelaki seperti memakai pakaian yang ketat atau sendat ke bentuk badan, nipis hingga menampakkan dalaman badan atau berwarna terang ranggi yang menarik perhatian, atau memakai bau-bauan semata menarik perhatian, umpama warna dan bau bunga menarik kumbang. Muka dan tangan pun tidak sepantasnya dihias sehingga menarik perhatian lelaki bukan suami. Sedang larangan inilah yang menjadi budaya wanita moderat hari ini. Inilah cabaran dan ujian buat Muslim agar mereka layak diganjari syurga di mana Muslimat akan menjadi bidadari dan Muslimin akan bercinta dengan mereka
Dengan seindah-indah cinta syurga yang tidak pernah wujud dalam cinta hawa nafsu manusia dunia yang hina.

Diberikan lagi panduan dalam ayat 31 surah an Nur manual bagaimana wanita hendak memelihara kesucian diri "... Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

          Diberikan panduan secara jelas, terang lagi bersuluh agar wanita menutup perhiasannya dengan lebih kemas pada bahagian tertentu dari perhiasan itu. " ... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, …". Memang dapat difahami bahawa ia perlu ditutup dan tidak dibuka, perlu ditidaknampakkan bentuknya, serta penutupan itu bersifat menyeluruh bukannya parsial, iaitu meliputi seluruh anggota dan bukan separuh-separuh saja atau sekadar ambil-ambil nama tutup. Yang ditutup itu adalah perhiasan, maka selayaknya ia ditutup secara total supaya sedikitpun tidak terkena kotor. Ada yang mempersoal, kalau ia ádalah perhiasan kenapa ia mesti ditutup sedangkan perhiasan adalah untuk ditayang dan diperagakan. Ya, memang ia untuk ditayang dan diperagakan, tapi ia bukan perhiasan sebarangan yang boleh ditayang kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa, tetapi dia ádalah perhiasan yang tersangat mahal, mulia dan istimewa dan layak ditayang pada masa-masa tertentu di tempat-tempat tertentu kepada orang yang istimewa dan berhak sahaja ie suami tercinta.

Menjauhi Perbuatan yang Menarik Perhatian Lawan Jantina

             "… Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Satu lagi panduan berguna buat menjaga kesucian diri. Secara fiziknya dapat difahami bahawa perbuatan memukul kaki itu termasuklah menggerakkan, melangkah, menghayun atau menggoyangkan kaki agar mengeluarkan bunyi (sama ada dari hentakan sandal, loceng, gelang kaki atau lain-lain) untuk menarik perhatian lelaki terutama semasa berjalan. Amat ironis perbuatannya, pada masa dia berbuat ketaatan kepada Rabbnya dengan menyembunyikan perhiasannya, pada masa sama juga dia ingin berbuat keingkaran (maksiat) kepada Rabbnya. Dia berbuat begitu semata-mata kerana masih mahu menurut hawa nafsunya, padahal dia pun tahu bahawa kaki yang hendak digunakan untuk maksiat itu pun dari Allah. Tidakkah dia berasa malu menggunakan harta seseorang untuk menentang orang itu sendiri, padahal dia hanyalah peminjam harta itu (ie kaki)?

Berpuasa

           Berpuasa adalah saranan yang amat berkuasa dan berkesan dalam menjaga kesucian diri. Rasulullah telah memberitahu dengan jelas:
"Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Dan siapa sahaja yang belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu memiliki pembenteng (wija)" (HR. Bukhari Muslim).


          Ternyata sekali bahawa puasa itu benteng kukuh untuk para mukminin dan mukminat terutama para remaja Islam yang belum kahwin dalam usaha menjaga kesucian diri dari melakukan fahsyak kerana desakan hawa nafsu dan bujukan syaitan berupa jin dan manusia. Ya, hari ini jin-jin syaitan tidak nampak kerana ghaib tetapi syaitan berupa manusia memang banyak berkeliaran di mana-mana bahkan mereka bergiat mendakyahkan kemaksiatan kepada manusia melalui pelbagai sarana, media dan wacana.

Surat al Baqoroh 183 memberitahu hasil puasa: "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa."


             Ya, itu kesannya puasa, menghasilkan muslim yang bertaqwa. Muslim bertaqwa tentu sekali menjaga kesucian dirinya secara awas dan ketat.

"Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

             Satu lagi hadis yang menyokong kekuatan puasa sebagai wahana berguna dalam upaya menjaga kesucian diri. Puasa secara saintifiknya mengecilkan pembuluh darah sekaligus menyukarkan syaitan untuk berlari di dalamnya, secara automatis men de-active kan mereka.

              Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang suci dan menjadi orang yang mensucikan diri. Sesungguhnya Allah itu Maha Suci dan menyukai kesucian, lahir dan batin.




Sucikanlah dosa kami Ya Rabb yang Maha Suci.


Amin.

TUDUNG

Sahabat wanita yg dikasihi sekalian, sedikit tazkirah ttg tudung buat renungan bersama.






And tudung kita dh mematuhi 7 piawaan dibwh ka??



Renung-renungknla n slmt beramal!!

Khamis, Mac 28, 2013

Repentance

When we are engrossed in justifying our wrong doings or sins then the chances of returning to the straight path and gaining spiritual upliftment diminish.

However, when we admit that what we are doing is wrong and feel the guilt, then we stand a much better chance of attaining the Mercy of the Almighty.

This is because the guilt combined with the love of the Almighty will ultimately lead us to repenting from our misdeeds. For this reason we should never justify our wrong doings but rather choose to admit that we are wrong.

Repentance too, should not be delayed once we feel the guilt and realise what we have done.

In fact we should search through our deeds regularly to look for anything that is displeasing to the Almighty and change it with true repentance.

Our Duties as Student~


Go to school on time, not leaving before the time to leave, not using other subject's time to do other subject's homework, not wasting time by reading novels, magazines, having conversation with your friends or sleeeping are all part of the honest fulfillment of our duties as students. The exception is when we have been permitted to do so.

Our dress code, manner of speech and our performance in studies should all be of the highest possible standard. We should take pride in what we do.

Whenever we have a question, we should ask politely to teachers and don't keep silent. Because if you keep quiet, you will just end pu not knowing anything.

Behaving in a mature and responsible manner at our school is a duty upon our shoulders.

True Friends



True friends are not those who tell us what we 'want' to hear but rather what we 'need' to hear.
Friends are responsible to ensure that the friendship results in the improvement of both sides spiritually as well as in other ways.
Those who fear hurting us if the truth is told to us are like those who would rather see us making the wrong decisions in life then sympathise when we suffer, yet they knew all along how to have saved us.

One true friend is better than 1000 hypocrites cheering us on!

THE IMPORTANCE OF MOVEMENT IN SLEEP


You would have supposed them to be awake, whereas in fact they were asleep. We moved them to the right and to the left, and, at the entrance, their dog stretched out its paws. If you had looked down and seen them, you would have turned from them and run, and have been filled with terror at the sight of them. (Qur'an, 18:18)

The above verse refers to the People of the Cave, who remained asleep for hundreds of years. In addition, Allah also reveals that He moved their bodies to the left and right. The wisdom of this was only discovered in recent times.

People who remain lying down in the same position for long period of time encounter serious health problems, such as circulation difficulties, sores, and blood clotting in that part of the body in contact with the surface on which they lie.164

The resulting sores are known as "bed sores" or "pressure sores." Due to the constant pressure on one part of the body when one is not moving for a long period of time, the blood vessels become constricted and can close altogether. As a result, the oxygen and other nutrients carried by the blood fail to reach the skin, and the skin begins to die. This leads to the appearance of sores on the body. Unless these sores are treated, fat and muscles can also die.165

These sores, which form under the skin or tissue, can assume serious dimensions unless treated. If they become infected, they can even lead to death. The healthiest thing to do, therefore, is to change the position of the body every 15 minutes in order to reduce this pressure. Patients who cannot move themselves therefore receive special care and are moved every 2 hours by other people.166 The fact that these medical facts, only discovered in the last century, are referred to in the Qur'an is yet another of its miracles.

Mocking Others~



Mocking or laughing at those who are physically or mentally challenged, or those of different sizes & colours has serious consequences.

Neither would we like to be thrown into a similar condition as a result of our misdeeds nor would we like that for our family members or even our friends.

It is important that we thank Allah S.W.T for whatever He has blessed us with & ask that those who are in such conditions be granted goodness too.

At times we forget to remind our relatives and friends to be helpful to the disabled & treat them with a special kindness instead of staring at them as though they were aliens. The same applies to those of different sizes, colours of skin or appearance~

It takes all types of people to make up the wonderful world we live in, so let us respect & care for them all.

Scale of Justice







In the same way that when traveling we ensure that our baggage does not exceed the airline weight limitation because of the fear of being penalised, we should also ensure that we do not carry excess baggage into the Hereafter.

The correct weight is achieved through prayer, forgiving others, letting go of sin, other negative issues that we have held onto far too long, cleansing our hearts from jealousy, envy, hatred evil thoughts, choosing the correct friends, assisting others, improving our character, abstaining from foul language & oppression.

It is important to do a weight check before arriving at the ultimate “scale of justice”.

Ahad, Mac 17, 2013

silsilah peringkat dan tahap ulama

Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama ni ada beberapa tahap yang
perlu kita ketahui:

1)Nabi

2)Ulama mujtahid mutlak di kalangan Sahabat nabi seperti ibn abbas,ibn mas'ud,muaz bin jabal,aisyah,ibn umar r.hum.

3)Ulama mujtahid mutlak di kalangan tabi'in(murid para sahabat nabi) seperti Imam abu hanifah r.a(pengasas mazhab hanafi) dan Imam Malik bin anas r.a(pengasas mazhab maliki).

4)Ulama Mujtahid mutlak dikalangan tabi' tabi'in(murid para tabi'in) seperti Imam Syafi'e r.a(pengasas mazhab syafi'e) dan Imam Ahmad bin hanbal r.a(pengasas mazhab Hanbali).

5)Ulama Mujtahid fil mazhab seperti imam nawawi dan imam rofie rah.him. untuk mazhab syafi'e,imam abu yusuf dan imam muhammad rah.him. untuk mazhab hanafi.

6)Ulama Mujtahid fil masail seperti imam tohawi,imam zufar rah.him.

7)Ulama Ashabut takhrij seperti imam quduri rah. bagi mazhab hanafi.

8)Ulama Ashabut tarjih seperti imam ibnu hajar haitami,imam khatib syarbini rah.him dan ramai lagi imam tarjih bagi mazhab syafie,dan imam sohibul kanz,musannif bahru roiq rah.him untuk mazhab hanafi.

9)Ulama Ashabut tamiz seperti musannif hidayah bagi mazhab hanafi,imam zainuddin malibari rah.him untuk mazhab syafie dan ramai lagi.

10)Mufti seperti syeikh ali jumuah(mufti mesir),syeikh ramadhan al-butti(mufti syria),maulana asyraf ali thanwi(mufti india),mufti taqi usmani(mufti pakistan),maulana zakariyya(pengarang kitab fadhilat amal),habib umar(darul mustofa),mufti mahmudul hassan ganggohi(mufti india),mufti maulana hazeem dan mufti maulana abd hamid chin(kedua2nya guru di madrasah sri petaling),mufti radhaul haq(bekas mufti pakistan dan kini menjawat jawatan ketua mufti afrika selatan dan juga merupakan guru hadisku),syeikh nuruddin al-banjari dan ramai lagi.

11)Maulana seperti ustaz azhar idrus,ustaz don,ustaz kazim elias dan ramai lagi.

12)Tolib ilm seperti ibnu batoota owsem gojes the mabeles... :D

13) Orang awam seperti cikgu geo,pilot,doktor perubatan,tukang repair jam,tukang kebun,tukang cuci jamban dan sebagainya.

Hanya mujtahid mutlak sahaja yang layak menyatakan "pada pendapat
saya" berkenaan quran dan hadis..

Ulama2 mujtahid yang lain di bawahnya pula layak berkata "pada pendapat
saya" kepada al-quran dan hadis berdasarkan usul2 yang telah diberikan ulama mujtahid mutlak yang mereka pilih...

Ulama2 ashab pulak layak berkata "pada pendapat saya" dalam memilih mana2
pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling
sesuai dengan maslahat ummat dan dirajihkannya(dimenangkan) untuk menjadi qaul muktamad/fatwa terakhir dalam sesuatu mazhab.

Smpai tahap ulama paling rendah dikalangan ulama besar iaitu ulama bertahap mufti,kerjanya ialah buka
kitab,mengkaji dan carik keputusan hukum yang telah dibincangkan oleh semua kumpulan ulama besar di atasnya yang dinamakan sebagai qaul mufta bih(pendapat yang
dijadikan fatwa muktamad dalam sesuatu mazhab)..jadi mufti tak layak berkata "pada pendapat saya"
dalam apa jua masalah,lebih2 lagi quran dan hadis,sebab semua pendapat telah dibincang dan telah ada kata putus dari ulama sebelumnya sejak zaman berzaman,mufti
tinggal jadi posmen atau speaker untuk sampaikan apakah keputusan2
para ulama terdahulu..dan juga berbincang dengan ilmu2 usul ifta(ilmu keluarkan
fatwa) untuk masalah2 baru/moden yang belum pernah wujud sebelumnya seperti
hukum merokok,hukum talak sms dan lain2.

Bawah pada mufti baru lah maulana iaitu ulama yang telah menguasai 15 cabang ilmu(nahu,sorof,balaghah,mantik,bayan,maani,usul fiqh,aqaid,isytiqaq,badi',qiraat,sababun nuzul,nasikh mansukh,fiqh,hadis)
untuk memahami sesebuah kitab dan juga telah khatam kutubusittah yakni 6
kitab hadis yang utama dalam islam secara bersanad dari syeikhul hadis yang muktabar(bukan belajar hadis dari buku seperti Albani dan murid-muridnya) dan juga menguasai ikhtilaf 4
mazhab...

Bawah daripada maulana ialah tolib ilm iaitu pelajar agama full time,di bawah pengawasan ulama muktabar yang sedang mempelajari
15 cbg ilmu tadi,ikhtilaf 4 mazhab dan belum khatam atau diberi ijazah sanad kutubusittah yakni 6 kitab hadis
yang sahih yang paling utama...(Saya berada di tahap ini..hehe)

Bawah daripada tu ialah orang2 awam yang LANGSUNG tidak LAYAK untuk
memberi komen/pendapat tentang HUKUM HAKAM AGAMA bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi
pendapat dalam mana2 hukum agama,yang halal bagi mereka hanyalah,bertaqlid(mengikut) kepada para ulama, dengar dan
amalkan apa yang ulama sampaikan,dan mereka boleh/diharuskan untuk sampaikan ilmu tu kepada
orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari lidah para ulama muktabar..contohnya
jika ust azhar idrus atau ustaz don cakap arak tu haram..maka orang awam boleh untuk
bagitau pada orang lain bahawa arak itu haram..
Yang haram ni ialah orang awam menyatakan "pendapat sendiri" contohnya bila orang tanya apa hukum pakai purdah?golongan jahil murokkab menjawab "pada pendapat saya,hukumnya tak wajib sebab ianya cuma adat orang arab sahaja"..memberi jawapan seperti ini hukumnya haram dan dia bertangungjawab dipadang mahsyar nanti atas jawapan tidak bertauliah itu,bahkan dalam sebuah hadis,nabi menyatakan orang seperti itu SESAT dan menyesatkan orang lain..

Dari 10 golongan tadi,terpecah lah kepada 4 golongan manusia iaitu:

1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalil
ulama itu kerana dia yakin ulama itu ada dalil yang dapat
dipercayai.(Untuk orang awam dan tolib ilmu,tahap ke 12 dan 13)

2. Muttabi: iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadi
pembela kepada mazhab ulamanya itu dan juga untuk
mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan
glongan sesat.(Utk smua ulama ashab,mufti dan maulana,tahap
7,8,9,10,11)

3. Mujtahid: iaitu ulama(berkelayakan) yang bertanggungjawab untuk
keluarkan hukum dan kelayakan
terendah ialah hafaz 300 ribu hadis Nabi beserta sanad
sampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil
ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamat
pada zaman mutaqaddimin.(Untuk ulama mujtahid tahap 2,3,4,5,6)

4) Nabi: iaitu manusia terpilih yang mendapat ilmu terus dari allah atau perantaraan jibril.Nabi tidak lagi wujud pada zaman ini hingga kiamat kerana nabi muhammad ialah nabi yang terakhir.

So harap2 lepas ni,masing2 sedar diri lah ye..

Note: dalam ajaran Wahabi,mereka mencela dan mengharamkan semua muslim dari tergolong dalam golongan muqallid dan mewajibkan semua orang samada ulama atau orang awam untuk menjadi muttabi atau mujtahid,jadi sebab tu ramaaaaaaaaaaaai di kalangan pengikut ajaran Wahabi suka mengeluarkan pendapat sendiri selepas membaca terjemahan al quran dan hadis dan amalkan apa yang mereka faham secara nafsu tanpa mengikuti para ulama muktabar,Jadi jangan hairan kalau anda lihat ramai pengikut wahabi yang bukan ulama(seperti cikgu geografi,pilot,doktor perubatan,doktor falsafah),tapi berlagak seperti ulama besar dan mencela,membidaah,menuduh bodoh,menuduh syirik kepada ulama muktabar bahkan mereka merasa kagum dengan diri sendiri dan menjadi pengarang2 buku agama tanpa tauliah atas alasan nabi dan ramai sahabat nabi cakap tentang hukum sedangkan mereka bukannya ulama tapi cuma pengembala kambing(dalil paling bodoh dalam dunia) ..

mereka menolak fatwa2 ulama salafus soleh dan mereka tafsir sendiri quran atau hadis atau pun mereka bertaqlid buta kepada ketua2 mereka,lalu mereka gelarkan diri mereka SALAFI..sedangkan salafi ni maksudnya pengikut ulama salafus soleh..

Wahabi pulak,tolak ulama salafus soleh seperti imam 4 mazhab(bahkan ada wahabi ekstrim yang mengharamkan mengikut mazhab imam salafus soleh),kemudian mereka amal agama ikut nafsu,dan gelarkan diri sebagai salafi..

=.="

Aku pun tak tahu kebodohan tahap ini istilahnya apa...mungkin ahli bahasa pun dah tak ada istilah lagi untuk golongan se stupid itu..

Jumaat, Mac 15, 2013

NAFSU-NAFSI SEBALIK HATI

7 PERINGKAT NAFSU YG PERLU KITA KETAHUI:
Nafsu Ammarah @ Tirani

Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan

Nafsu Mulhamah @ Terilham

Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

Nafsu Radliyyah @ Redha

Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

Nafsu Kamilah @ Suci

Peringkat-peringkat nafsu ini dapat dicapai dengan beribadah kepada tuhan secara berterusan dengan membaca dan mengikuti fitrah yang telah ditetapkan oleh tuhan. Berikut adalah ciri-ciri peringkat nafsu :-

1.Nafsu Tirani

Nafsu pertama yang harus ditakluki yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif. Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takbur, pemarah, sombong dengan kemewahan dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri.

2.Nafsu Penuh Penyesalan

Ciri-cirinya adalah suka akan perbuatan baik tetapi masih lagi melakukan maksiat, suka membantah pada nilai-nilai positif dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri agar dikagumi oleh orang lain. Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama namun ada perbezaan walaupun hanya sedikit.


3.Nafsu Terilham

Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifnya adalah sabar, bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik.


4.Nafsu Tenteram

Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafsu peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif bijaksana manusia.


5.Nafsu Redha

Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini. Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan, takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan, tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya


6.Nafsu Diredhai Tuhan

Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan. Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diredhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya. Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa.


7.Nafsu Suci

Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi.