Selasa, Disember 22, 2009

aku benci kau

Aku benci engkau
yang lupa masalah umat
yang alpa tentang sahabat
yang jinak dengan maksiat
yang fikrahnya rendah
akhlak goyah
iman lesu, nipis berkarat.

Aku benci engkau
yang mengumpat mencaci mengata
menuduh membenci sesedap rasa
menyakitkan hati mencedera jiwa
sedang engkau sendiri layu
bukannya beza engkau dan dia
tapi engkau terus mengeji
sedang dia temanmu.

Aku benci, benci engkau
bosan mendengar rungutanmu
bosan melayan kerenah anehmu
letih melihat tindak-tandukmu
penat menegur tabiat burukmu.

Aku benci engkau
yang bercakap tak kena tempat
yang memotong petah bicaraku
yang memekak mendiam membisu
yang membuat hatiku berlagu
menjerit kerana terseksa batinku.

Aku benci, sangat benci
kerana engkau kadang malaikat
kerana kadang engkau manusia
kerana kadang engkau syaitan
kerana selalunya kau bermuka-muka

Aku benci engkau
dengan ego melambung
lagak tinggi menggunung

Aku benci, sangat benci
bukannya dunia memaksaku benci
tapi tempias perbuatanmu sendiri

Aku benci engkau
aku benci engkau
aku benci engkau

Aku benci engkau
yang lupa masalah umat
yang alpa tentang sahabat
yang jinak dengan maksiat
yang fikrahnya rendah
akhlak goyah
iman lesu, nipis berkarat.

ya, engkau adalah aku.

*********
Nota:Ku tatap pesan rasul
ku semat dalam nubari
kalaupun aku membenci, aku juga akan mencintai
kerana yang keduanya tak mustahil terubah
dalam sekelip mata.
Pahitnya; aku membenci engkau
tapi aku juga mencintaimu.

ehm ehm jihad=dakwah?


pada zaman rasullallah,rasullallah banyak mengislamkan para sahabat.lalu para sahabat itu berjihad dan akirnya matilah mereka sebangai mati yang mulia.yaini mati syahid.

pada zaman kini pula banyak konteks yang dikatakan sebagai jihad.belajar,siyasah.namun kefahaman yang sangat tinggi diperlukan untuk memahami adakah matlamat itu meng'halal'kan cara.atau cara itu bersalahan dengan syara'.ramai perlakukan segala mala cara dengan tiket jihad.pengebom berani mati,parti2,tabligh,usrah2,gerakan mahasiswa,mahupun BADAR di sekolah2 yg sememangnya mashyur dengan kegerunan setiap pelajar di sekolah.

manakan tidak jika abang2 'badar' di asrama sdg b'jalan,sebahagian daripada junior2 akan menarik tuala menutup pusat masing2.tak percaya tanya abang murtadha....

adapun jika ada pimpinan2 'badar' yang besar berdiri di hadapan,maka pelajar akan mengagak akan berlaku sesuatu perkara.dari dulu sampai skrg...

dalam risalah "alTahrid ala al Jihad" (ana dpt dari blog pimpinan mahasiswa islam semalaysia GAMIS) ada berbicara mengenai jihad am ngan jihad khas.boleh dikatakan jihad khas di sebuah negara adalah untuk mendapatkan pemerintahan yang terbaik.bak kata sahabat presiden,tanpa rasuah.konteks jihad ini ada dikatakan oleh mualim termasyur seluruh dunia prof dr yusof al qardhawi(Islam dan demokrasi).ini tidak memerlukan gerakan angkat senjata.

haaaa,
dakwah pula ialah satu metodologi yang tak dapat dipisahkan dengan Jihad.ijhad kita adalah dakwah kita.begitulah sebaliknya.janganlah sesekali memerangi muslim itu sebagai musuh ye pimpinan badar akan datang....berdakwah lah kepada mereka dengan cara yang baik.rebutlah sesuatu kepentingan itu dengan niat dakwah.misal kepentingan mengorientasikan adik adik intake baru.ia adalah murni.stratergi juga mstilah ada yer.bak kata saudara presiden "kebenaran yang tak tersusun akan ditewaskan dengan kebatilan yang terancang".

Dakwah juga mengkehendaki kita agar tidak mementingkan diri sendiri."selfish"gitu.Sekiranya anda menjadi"kaki masjid qadisiah","kaki zikir","kaki baca Quran","kaki tazkirah","kaki kopiah",so, apa usaha untuk mengajak orang menjadi seperti anda?.maka hendaklah kira keluar dari luang lingkup "keselesaan anda" dan hendaklah disampaikan kepada yang lain.aspura dan aspuri.

tak perlu seseorang itu ke tempat lain seperti kisas sprti yg smemangnya terkenal dgn tarbiahnye.bumi sepintar itu sendiri perlu diizzahkan oleh air tangan anda.sama ada melalui hanger di pagi hari.laungan coundown di pagi petang hari.azimat pedih di mikrophone Al qadisiah,kata2 menghiburkan tatkala tzkirah,action marah tanda sayang,mahupun contoh tauladan mulia seperti si naib presiden....apa2 tujah sekalipun,ianya dakwah.

sebaiknya kita dalam kumpulan.kita kan kuat

j
adi saya nak ucapkan selamat berjihadlah kepada pimpinan pimpinan badarsepintar 2010..selamat melestarikan agenda dakwah di sepintar.gilapkan persona Sepintar yang kian malap."bumi mana yang tak ditimpa hujan kan..".bak kata orang japan yang sering menjadi pemanis semangat pelajar masa kini,"GO GO CHAYOK CHAYOK"(ntah ana pon tegeliat nak myebutnyer).go2 cayok kpd pinpinan yang diterajui...

BADAR SEPINTAR 2010:)

Ahmad noor Fikri zainol (presiden)
Muhd Afiq husni(timbalan presiden 1)
Farhana..........(timbalan presiden)

dan semua pimpinan yang akan menyambung perjuangan dakwah=jihad di sepintar.sekolah semakin dibuka tirainya.ana nak wish awal2...dahulu pada yang lain.he3.

maaf ana tak tau nama penuh farhana

Ma'al hijrah

Hmmmm...memandang kan SPM sudah tamat (sekarang tengah diperiksa) jadi saya mengharapkan mana-mana pihak yang sedang membaca bolehlah mendoakan saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kelak.
Di saat sedang sibuk bermain game, tetibe teringat pulak nak bukak blog sendiri rindu rasanya nak menaip sesuatu. Tapi sebelum tu,nak tanya sikit boleh tak? Pernah tak korang naik teksi ke?naik bas ke?Pernah tak???
Mesti pernah kan...kalau korang naik bas kan, macam mana korang beri isyarat kat pemandu suruh berhenti kan bas?mesti guna jari kan?tak kisahlah jari apa...kelingking ke,ibu jari ke tak kisah yang penting pakai satu jari atau dua jari.Kalau naik teksi pulak,korang hanya perlu cukup kan modal untuk bayar tambang dan suara yang cukup kuat untuk didengari drebar teksi untuk menyatakan destinasi yang dikehendaki.Insyallah..korang akan sampai ke destinasi mudah kan..
Oleh itu, apa salah nya kalau korang guna 10 jari untuk mohon pada ALLAH apa yang korang mahukan Insyallah ALLAH akan bantu korang,lebih-lebih lagi,kalau korang korbankan harta korang untuk jalan ALLAH mesti lagi cepat ALLAH tolong korang...(macam naik teksi la..mesti lagi cepat sampai kan....)
Jadi apa tunggu lagi,lepas je korang baca warkah ini teruslah berdoa pada ALLAH.



d(*_*)b [peace]
Amir Adham
*diambil dari blog sendiri..

Isnin, Disember 21, 2009

..menyahut panggilan jihad..






..fuh..cuaca pada ketika itu memang panas.Menitik-nitik peluh dari badan membasahi bumi.Seketika terasa penat tetapi iman menepis ketepi.Walau bagaimana pun kerja penggalian tetap diteruskan..ini arahan Rasulallah S.A.W bagi menahan serangan tentera Al-Ahzab..Mujur Salman Al-Farisi tampil memberikan cadangan yg bernas tatkala para sahabat kebuntuan..cdgn tersebut diterima baik oleh Rasulallah S.A.W...


..sedang sibuk menggali..tiba-tiba alatan menggali terkena sesuatu benda yg keras..oh..batu rupanya..para sahabat cuba menghancurkan batu tersebut namun apakan daya..segera perkara tersebut dimaklumkan kepada Rasulallah S.A.W....Rasulallah S.A.W tiba ke tempat tersebut utk membantu sahabat..dengan nama Allah batu tersebut berjaya dipecahkan dan ketika inilah..sabda Rasulallah S.A.W yg cukup terkenal..



".....Constantinople(istanbul) akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera....."(hadis riwayat imam Ahmad)



..Umat islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople utk mndapatkn penghormatan yg dijanjikan Allah di dlm hadis tersebut.Walau bagaimanapun, kesemua kempen perang yg dilancarkan menemui kegagalan.Antaranya,...5 kempen perang yg dijalankan pada Zaman Umayyah..1 kempen perang pd zaman Abbasiyah..dan 2 kempen perang pada zaman Uthmaniyah..


Akhirnya..hadis tersebut berjaya direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad al-Fateh bersama-sama dengan 150,000 orang tenteranya..Beliau lah yg disebut-sebut dlm hadis Rasulallah S.A.W..sbg pemimpin yg baik, mempunyai angkatan tentera yg baik dan rakyat di bawah naugannya juga rakyat yg baik..





..melihat kembali peristiwa bersejarah dlm islam ini teringat saya kepada satu perkara yg saya kira bleh mnjadi satu persoalan dlm pemikiran kita semua..adakah cukup sekadar sesebuah kerajaan itu mempunyai pemimpin yg baik..TETAPI tentera dan rakyatnya berkelakuan sebaliknya?..inilah yg ditekankan dlm hadis Rasulallah S.A.W drpd pemerhatian saya sbg seorang muslim..begitu teliti Rasulallah S.A.W tekankan....kota Constantinople hanya akan ditawan oleh


PEMIMPIN..yg baik..yg mempunyai TENTERA yg baik..dan RAKYAT yg baik..



PEMIMPIN YANG BAIK


pemimpin yg baik?..rasanya semua org dah cukup faham..tetapi sejauh mana kita mengamalkannya dalam diri kita..adakah seseorang pemipin itu layak digelar pempin yg baik sekiranya rasuah mnjadi mata pencariannya?..syaitan sbg temannya?..ARAK sbg minumannya?..maka org2 seperti ini TIDAK LAYAK digelar pemimpin yg baik dan hanya neraka Allah tempat yg sebaiknya bg org2 seperti ini..na'uzubillah..


TENTERA YG BAIK


..teringat perbualan saya dgn seorang sahabat..pak ciknya berkhidmat sbg tentera..atau lbih tepat lg dlm profesion KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia)..pernah pak ciknya bercerita..'..apalah gunanya jd askar..pegang senapang.. pandai..sebut Allahuakhbar x reti..'


..tuu baru sket..abg saya..berkhidmat sbg seorang pegawai kadet..pernah bercerita...arak ..rokok..tuu mnda besela tuh..




.teringat kata2 pahlawan islam yg agung Saidina Khalid al-Walid sewaktu mengutus surat kepada Panglima tentera Rom suatu masa dahulu..'aku datang membawa org2 yg mncintai mati sebagaimana org2 kamu mencintai hidup'..punya teguhnya iman sahabat dan mereka sgt yakin bahawa mereka amat pasti dan pasti mendapat 2 kemenangan iaitu sama ada menang atau pun syahid..kita??..inilah yg dikatakan Rasulallah S.A.W sbg penyakit wahan-cinta akan dunia dan takut akan mati..


RAKYAT YG BAIK

..kalo da nama pun rakyat..kita mestilah taat pada printah pemimpin selagimana perintah tersebut tidak melanggar syara'..hal ini pernah ditegaskan Rasulallah S.A.W dan juga dlm al-Quran supaya kita taat kepada pemimpin...lbih2 lg kalo pemimpin itu adalah org yg gigih dlm memperjuangkan agama...mungkin kita x dapat nk prjuangkan agama ini sendirian..tetapi sekurang-kurangya kita memberi sokongan semaksimum mungkin...sbg mana burung pipit yg cuba memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim A.S dgn membawa air yg sgt sedikit menggunakan paruhnya yg kecil..

...terdetik sebentar..acapkali kita melafazkan kata2 bila lagi akan muncul pemimpin-pemimpin agung seperti Sultan Muhammad al-Fateh..namun seharusnya kita fikir cabaran-cabaran utk melahirkan mujahid seperti beliau dan sejauh mana usaha kita utk ke arah tersebut..





Sabtu, Disember 19, 2009

solat rawatib & solat hajat

assalamualaikum........................

salam maal hijrah............................

sebelum itu saya ingin meminta maaf kepada para sahabat sekalian kerana lewat menyampaikan perkara ini.........................

PERSOALAN

pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai persoalan yang telah sekian lama timbul di fikiran saya;mengapakah kita sering menunaikan solat hajat terlebih dahulu berbanding solat rawatib[ba'diyah maghrib] di sekolah??................................

DEFINISI

1.solat rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu,menurut hadith yang sahih rasulullah telah menunaikannya sebelum subuh,sebelum&selepas zuhur,sebelum asar,selepas maghrib,& sebelum&selepas isya'.

2.solat hajat pula ialah solat yang dilakukan untuk memohon sesuatu perkara daripada allah pada bila2 masa kecuali pada waktu2 yang diharamkan solat.

HUKUM

berdasarkan kaedah usul fiqh,setiap ibadah yang dilakukan perlu mempunyai dalil......

oleh itu berikut adalah dalil bagi kedua-dua solat sunat tersebut:

1.dalil bagi solat sunat rawatib telah diambil berdasarkan hadith yang bertaraf sahih yang diriwayatkan oleh imam al-bukhari & imam muslim [radhiallahu 'anhuma...].

2.manakala solat hajat pula dalilnya telah diambil menurut Faaid bin abdurrahman yang telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, rasulullah s.a.w. telah bersabda : "sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani adam[manusia] hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya[mengambil wuduk dengan sempurna] kemudian solat 2 rakaat. terus [setelah selesai solat] hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa.....". menurut Abu 'Isa ini adalah hadith gharib & dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman yang dha'if[lemah] dalam hadith dan faaid adalah Abu al-Waruqa'.-hadith riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah :441

Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah). Namun begitu hadis yang diperbincangkan ini statusnya dha’if dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini diindikasikan sendiri oleh Imam al-Tirmizi r.h ketika meriwayatkan hadis ini. Hadis di atas ini berstatus dha’if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman Abu al-Waruqa’ dan beliau telah dilemahkan oleh ulamak hadis seperti Imam al-Tirmizi, Imam Abdullah bin Ahmad, Imam Ibn Ma’in, Imam Abu Daud, Imam al-Nasaai, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibn Hibban dan Imam al-Bukhari. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mensyari’atkan solat Hajat.

Hadis ini juga tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi, iaitu Maimun Abu Muhammad al-Mura’i. Beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulamak hadis seperti Imam Ibn Ma’in, Imam Ibn ‘Adiy, Imam al-Zahabi dan Syeikh Nashiruddin al-Albani. Sanad hadis ini juga munqati’ (terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir yang merupakan seorang tabi’ al-tabi’in telah meriwayatkan secara terus daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam. Sedangkan Yusuf merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w. Al-Tabi’in adalah seseorang yang di dalam hidupnya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Manakala tabi’ al-Tabi’in adalah seseorang yang sempat berjumpa seorang tabi’in. Di dalam hadis ini, seorang tabi’ al-Tabi’in telah meriwayatkan hadis secara terus daripada seorang sahabat Nabi s.a.w tanpa perantaraan daripada seorang tabi’in di dalam sanadnya. Oleh itu, hadis ini dikategorikan sebagai munqati’, iaitu terputus sanadnya.

KESIMPULANNYA................

mengapa kita menunaikan solat hajat terlebih dahulu berbanding solat rawatib setelah solat fardhu maghrib sedangkan solat rawatib ialah solat mengiringi solat fardhu??.............
bahkan, solat rawatib hukumnya sunat muakkad manakala solat hajat pula dihukum ghair muakkad??...........................

jadi, kita seharusnya melakukan perkara yang mempunyai keutamaan yang lebih terdahulu.....

wallhua'lam.........sekian................
[sebarang pandangan lain harap boleh dikongsi bersama...........]

hijrah 1431



assalamualaikum..

hijrah ini memang susah,
hijrah ini memang payah,
hijrah ini menuju Allah,
di hujungnya, HASANAH.....

itu antara ungkapan yang terdapat dalam lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Devotees dalam lagunya, Hijrah.

alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah 1431 tahun berlalu, di mana tarikh tersebut merupakan satu tarikh yang amat penting buat agama Islam itu sendiri.

semalam saya solat Jumaat di sebuah surau di bangi. bukan calang-calang khatibnya. bukan main-main isinya. saya tidak pastui, adakah beliau mengikut apa yang tertulis dlm teks yang disediakan oleh JAIS ataupun tidak. yang pasti, khutbahnya telah memaksa saya terus gagah mendengar isi khutbahnya sehingga habis. antara yang disebut dalam khutbah ialah satu perbincangan yang telah beliau sertai pada suatu hari yang hadir bersama di dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Hasan Ali. Dr. telah menekankan bahwa Selangor, terutamanya telah kekurangan pendakwah untuk menampung keperluan sekarang. hal ini sangat membimbangkan. saya terfikir, bukankah ramai umat Islamdi Malaysia? mengapa hal ini boleh terjadi? di manakah kitasaat umat memerlukan pendakwah? Khatib justeru mengajak jemaah supaya bersama berganding bahu menyelesaikan masalah ini. siapa yang akan menjadi pendakwahdi lorong HAji Taib, misalnya kalau bukan kita? siapa yang akan mengeluarkan mereka di lorong itu dari belenggu dosa dan neraka? Khatib membawa satu kisah dimana ada segolongan pendakwah yang telah 'merisik khabar' di lorong itu. mereka terjumpa seorang pelacur yang sudah tua. seorang makcik yang sudah berumur 60 tahun yang sudah boleh bergelar nenek resminya. mereka bertanya kepadanya. makcik buat apa di sini?

lalu makcik itu pun menceritakan jerih payah yang telah dilaluinya. dia sebenarnya telah ditipu oleh teman lelakinya, lama dahulu. dia telah terperangkap sehinggasekarang di dalam lembah bangsat itu. jika dia cuba melarikan diri, dia akan diburu dan mungkin dibunuh oleh bapa ayam yang menguruskan mereka. lalu, di saat ada insan-insan yang tersepit begini, di manakah peranan kita? di manakah Ansarullah? justeru, di saat anda membaca post ini, saya bersama-sama mengajak kita kembali menyedari tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah untuk mempertahankan agama Allah dan membela mereka yang dizalimi. bukanlah menjadi doktor itu dapat menghalang usaha dakwah anda. bukanlah menjadi seorang profesional itu menenggelamkan jalan dakwah itu. siapa jua anda, andalah harapan umat yang mem,eang tanggungjawab ini!
salam...

hijrah nyata


"100 ekor unta siapa yang dapat menangkap muhammad hidup atau mati!!"

bingkas abu jahal...

maka berpusu2 'pahlawan' mekah sedang mahu mencari kekasih Allah.sekian baru menghuni gua Tsur.bersama sahabatnya sehidup sematinya Abu Bakr.


"kita sudah sampai,inilah gua tempat muhammad" jelas pengembara arab mengiringi abu sufyan yg masih jahil bersama abu jahal and the gang.

"mana mungkin muhammad duduk di sebuah gua sedang penuh labah labah berbuaat sarang,sedang merpat aman bertelur.apa kamu sudah gila?(hal anta majnun?)


suasana dalam gua..

maka terpancar wajah abu bakr dalam kegelisahan.mungkin kalao seandainya mereka ditangkap.pastikan mereka dibunuh. sedang mereka berdiri dalam keadaan menunduk di sebuah gua yg muat muat dua orang itu.adapun seandainya musyrikin itu mengintai di kelingking gua pasti kan nampak kaki rasullah yang mulia.Allah menurunkan ketenangan dalam jiwa rasullallah...


"la tahzan.innallaha maana"


jgn kamu takut.Allah bersama kita.


nabi berhijrah dulu kala terpaksa membongkok dalam gua.sedang abu bakr dipatuk bekali2 ular bisa sedang mahu protect rasullallah sedang baginda tidur di ribanya.


sedang ummat pada hari ini berhijrah dengan cuti senang lenangan.ke konsert yang terkenal di sana sini.hijrah lah tu.konon.


apa azam kamu?

soalan ini senang ditanya tika 1 january setiap tahun.bertahun orang lupa 1 muharram.walaupun ada riwayat kata rasullallah berhijrah hujung bulan safar dan rabiul awal.namun ummat islam berhijrah sedikit demi sedikit...


kerana ditindas.disekat ekonominya.dipulau oleh musyrikin mekah.bangsa mereka sendiri Quraish.mungkin jua dalam menempuh perjuangan ini saudara saudariku sekalian,anda akan ditentang oleh rakan sendiri.mahupon bangsa kita sendiri.kalau kita melihat perjuangan sama ada di peringkat negeri mahupon kebangsaan ataupun sekolah,akan sering ditentang,dihina...dipalestin HAMAS ngan FATAH pon sebangsa.di malaysia "mereka" pon sebangsa.sering bertentangan sama satu yg lain.persoalannya perjuangan.perjuangan sebenar macam mana?



"aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana kamu tak akan sesat selama mana kamu perpegang kepadanya.AlQuran dan Assunnah"

(hadith rasullallah)


maka perjuangan ke arah ini lah yang jelas BENAR.pendokongnya kita.sapa lagi kalau bukan kita.siapa lagi yang rakyat Malaysia mahu pilih sebagai perdana menteri nanti kalao bukan dalam kalangan kita.yang kan membela rakyat dan negara berlandaskan ISLAM.










KERANA ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA
*ingat tu!












berjuanglah kita bersama seperti nabi bersama abu bakr,seperti panah dan pemanahnya.

Hijrah... REALITI dan FANTASI..!

SALAM.. SALAM MAaL hiJRah.!

Sebelum memula bicara izinkan ana untuk lafazkan ucapan SALAM TAHUN BARU kepada semua.. Biar mereka di luar sana segelintirnya memandang remeh malah lebih menjunjung 'New Year' 1 Januari.. x salah tp kenapa bukan 1 Muharam yg dijunjung..?

PESOALAN: Peristiwa untuk di agungkan dalam ISLAM cukup banyak.. Namun kenapa Saidina Umar memilih Hijrah sebagai permualaan tahun bagi umat ISLAM..?

Ape yang pasti keputusan itu adalah hasil ijtihad para sahabat dalam SYURA. Mengikut tafsiran Saidina Ali Karamallahu Wajhah, beliau mendefinisikan hijrah sebagai Kemenangan atau KEjayaan.! Dan banyak lagi rahsia di sebalik Hijrah yang menyokong kepada keputusan Saidina Umar tadi.. Antaranya..


Hijarah Memuliakan NABI MUHAMMAD s.a.w...
Kita perlu faham,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya Mekah itu tanah air nabi. Titik tolak perjuangan Nabi. Bahkan Nabi sering melafazkan kerinduan terhadap Mekah apabila berada di Madinah.
Namun,Mekah itu didirikan asal-usulnya diBina oleh Nabi Ibrahim ALAIHISALAM. Maka x mustahil penentang ISLAM akan katakan Nabi Muhammad itu mulia kerana Mekah. Bukan Mekah itu mulia kerana adanye Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana itu diHijrah kan Nabi Muhammad s.a.w ke yathrib. Satu tempat yang org x pernah dengar,x pernah tahu. Bayangkan Hijrah nye Rasulullah ke sana menTRANSFORMASIKAN yathrib kepada Madinah Al-Munawwarah. Bandar yang begemerlapan! Tanah yang dahulu nya aus dan khazraj bergaduh. Tanah yang menyaksikan pertelingkahan yahudi dengan bangsa lain. Kemudian datang seorang pemimpin disegani sepanjang zaman iaitu Muhammad s.a.w menggubal perundangan/perlembagaan bertulis pertama dunia yang menjadi rujukan hingga kini! Subhanallah..! Tanah pertelingkahan ber-evolusi kepada model Jemaah menghapus asabiyah!! Hebatnya hikmah di sebalik Hijrah.


PROSES PEMBERSIHAN JIWA PENENTU I'TIKAD HAKIKI...
Selain itu, ingat lagi x bagaimana perintah Hijrah itu diturunkan..? Bagaimana sambutan para sahabat pada ketika itu..? Inilah yang saya maksudkan sebagai PROSES PEMBERSIHAN. Kerana kalau antum masih ingat,peristiwa turun selepas berlakunya ISRA' MIKRAJ..

KAaitannya dengan ISRA' MIKRAJ..
ISRA' MIKAJ secara hakikat dan maknanya menguji i'tikad keyakinan para panganut ISLAM pada ketika itu. Sememangnya susah untuk diyakini bahawa peritiwa tersebut berlaku dalam satu malam.. Melainkan keimanan mereka betul2 teguh dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai perutusan mulia! Maknanye kat sini dah berlaku filtration siapa yang benar2 ISLAM sahaja akan bersama membangunkan ISLAM di Madinah.

ISRA' MIKRAJ juga sinonim dengan solat. dan solat itu sinonim dengan I'TIKAD. Mana x nye kan mase itu baru berubah dari menyembah berhala(wujud) kepada menyembah ALLAH yang MAHA ESA(ghaib). SIMPLE,mereka yang benar2 kukuh dan teguh dengan SOLAT maka perjuangan mereka akan terus bersama Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah meREVOLUSIKAN dunia dengan ISLAM..!!


Berdirinya Madinah itu bermula dengan perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Lebih dikenali dengan baiah . Maknanye disini secara jelasnya, Masjid Aqabah yang masih berdiri kukuh kini adalah titik tolak nye bermula REVOLUSI da'wah TRANFORMASI khilafah..! Ingat HIJRAH itu besar ertinya.. Mereka sama2 Hijrah dengan Nabi lah mereka yang menumpaskan kufar di medan BADAR. Mereka Yang 'never give up' selepas perang uhud menyaksikan kebenaran janji allah "inTansurullah yansurukum" dalam peperangan Khandak. Dari situ ISLAM mula BANGUN merampas 1/3 dunia. Kemudian khilafah islamiyah menyambung rantai perjuangan hingga menakluk 2/3 DUNIA hidup dibawah naungan hebat ISLAM. ALLAHUAKBAR..! Dimana bumi dipijak,di situ ISLAM dijunjung..!

SEJARAH PASTI DAN PASTI BERULANG.! Islam kembali menerajui takhta dunia dengan keadilan dan kesaksamaan!!!!!!!!!!!!

Jumaat, Disember 18, 2009

...membawa harapan..

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah ...Salam 1Malaysia..

...alhamdulillah...akhirnya diberi kesempatan menulis setelah sekian lama x menghadap komputer nih..setelah berakhirnya sambutan Hari Graduasi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang kali ke-6 di Hotel De Palma, Ampang semalam..maka berakhirlah sesi persekolahan setelah 5 tahun bertungkus lumus menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran di alam persekolahan..



...dalam satu sesi perbincangan atau muzakarah antara ahli usrah sy baru2 nh...teringat saya tentang satu perkara..tentang bi'ah..tau pe tu bi'ah?..mksudnya lbih kurg cam suasana, persekitaran..pernah sy tekankan dlm sesi muzakarah trsebut..'kt sekolah(sepintar) ni laa kita kna blaja idup dlm bi'ah islamiyah...kna sesuaikan diri..kalo kita x blaja awal2 ble lg en?..kt luar sana tu ad mcm2 agi..prjlnn dakwah kita brmula lpas pagar skola tuh..'

kalo nk difikrkan balik...memang btul..tp kdg2...bile kita kt luar seolah-olah diri kita ni kecik sgt..tuu ape yg saya rse laa..x tau org laen cmne..tp kalo kita trus dlm keadaan cmni smpai bile kita nk bjaye en....bru2 nih dga cte ad shbt2 dapat tawaran ke Darul Quran...baguslah..mantapkan diri kt situ..ajar kitorg kt luar ni..ade sesetengahnya memilih jln hidup yg brbeza....x kira mana2 tmpat pn kita pergi..yg penting..daulatkn islam...teringat kata Ustzh Rahila, guru PSI di skola saya...'Dimana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung'..huhu~ saya ambil kata2 tuh sbg stu cabaran......mendaulatkan islam di bumi yg 'kekeringan' ini umpama menanam benih di tanah yg tandus...


...oleh itu, ingin sya peringatkan utk diri sya sendiri dn juga para shbt yg da meninggalkn alam persekolahan...sahutlah cabaran ini..bkn kerana kita nak hipokrit..bkn kerana kita nk menunjuk-nunjuk...tp kerana kita adalah MUSLIM yg berbangga dgn ISLAM sbg ad-din dan amanah ini haruslah kita perjuangkan walau dimana pun kita berada....

...da abis spm..x semestinya abis blaja en...sgala perkara kita belajar kita amalkan trutamanya perkara2 yg brkaitan dgn kehidupan diri kita....ilmu yg kita blaja kita amalkan kmudian disampaikan kepada org len..

..teringat kata2 sahabat saya mengenai ilmu zikir dn ilmu fikir..pernah beliau brtanya kpd kami..mane yg lebih penting?..memang secara dasar dn secara hakikatnya nye dua2 elemen ini perlu brgerak seiring...cuma ilmu zikir itu perlu dilebihkn sedikit..en..

...memang benar...Rasulallah s.a.w sendiri x mnggalakkan kita hanya duduk di tikar sembahyang...duduk di masjid setiap masa...kalo x..kita akan sering dipandang mundur dn ketinggalan smpai bile2...dn disebabkn perkara2 sprti ini...maka timbullah satu idea dr akal org2 yg jahil mengatakan islam ini mundur..kononnya manusia TAKKAN maju dengan islam..inilah akal2 org yg intelek pd masa ini...agaknya trlalu pandai smpai akal sendiri x leh nk fikir dgn btul..nilah hakikatnya apabila ilmu zikir x brjalan seiringan dgn ilmu fikir...lgpun kalaulah benar islam ni agama yg mundur..xkn ade saranan 'berusahalah kamu seolah-olah bumi ade seribu tahun lg...dn beribadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari'...

...mungkin sampai di sini shj yg dpt sy coretkan...jd untuk shbt2 saya...x kira ape jua bidang yg kita amik..igtlah..ISLAM ade lah teras utama

inilah harapan keluarga...harapan ummah...harapan agama..harapan Rasulallah s.a.w..

...jgn kecewa kan ea..


...ingatlah DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN....



Jumaat, Disember 04, 2009

Desperate Thief!

December 3 2009-A Long Island deli owner who held a robber at gunpoint, then let him go after giving him $40 and a loaf of bread, says he got an anonymous letter from the crook that included a $50 bill and a thank-you for saving him from a life of crime.

The mysterious writer apologized to his would-be victim, Mohammad Sohail, saying, "First of all I would like to say I am sorry at the time I had [no] money no food on the table no job and nothing for my family."

Similar to comments he made on his knees during the incident last May, he said he realized that trying to rob the store with a baseball bat "was wrong but I had [no] choice. I needed to feed my family."




PAYBACK: Mohammad Sohail, alongside Post clippings that told his story in May, yesterday shows the letter (below) and $50 he got from the would-be robber he sent out of his deli with $40, bread and a blessing.


The letter claimed, "When you had that gun to my head I was 100% that I was going to die," and said he begged to convert to Islam at that moment only because he feared death.

But the letter-writer said he actually did convert, "decided to become a true Muslim," and turned his life around after Sohail, 47, spared his life.

"Now I have a new child and good job make good money staying out of trouble and taking care of my family. You gave me forty dollars thank you for sparing my life Because of that you change my life."

The letter was signed in type: "Your Muslim Brother."

"That's the same guy I gave $40 to," said Sohail, 62, displaying the typewritten letter at his Shirley Express deli yesterday. There was no return address. It was mailed on Long Island the week before Thanksgiving.

"I'm really thrilled," said Sohail. "I'm very happy for that guy, because he is now doing good for the community.

"He has a job and he is a good person. I really feel great. Thank God he's doing good. He's got a new baby and he's not in jail," said Sohail.

"When you do good things for somebody, it comes back to you. I gave him $40 and he sent me back $50. It was a good investment," Sohail laughed.

During the robbery attempt, the failed thief brandished a baseball bat and demanded cash.

But Sohail pulled out a 9mm rifle and disarmed the man -- who pleaded for his life on his knees before the deli counter, crying, "I'm sorry! I'm sorry!" and tearfully claiming his family had fallen on hard times.

Suffolk County police declined to comment until they had a chance to look at the letter. Detectives, using video surveillance film of the would-be thief, investigated the robbery but were unable to locate or name the suspect.


Read more: http://www.nypost.com/p/news/local/he_kept_the_change_3mewgRcqMr311EPvag4sjL#ixzz0YgqFhTJG

Copied from Yahoo NewS

*******
(^^)
Look,

What GOES around COMES around!
O Muslims!
DisCOVER the BEAUTY of ISLAM!!

*******