Sabtu, Disember 19, 2009

hijrah 1431



assalamualaikum..

hijrah ini memang susah,
hijrah ini memang payah,
hijrah ini menuju Allah,
di hujungnya, HASANAH.....

itu antara ungkapan yang terdapat dalam lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Devotees dalam lagunya, Hijrah.

alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah 1431 tahun berlalu, di mana tarikh tersebut merupakan satu tarikh yang amat penting buat agama Islam itu sendiri.

semalam saya solat Jumaat di sebuah surau di bangi. bukan calang-calang khatibnya. bukan main-main isinya. saya tidak pastui, adakah beliau mengikut apa yang tertulis dlm teks yang disediakan oleh JAIS ataupun tidak. yang pasti, khutbahnya telah memaksa saya terus gagah mendengar isi khutbahnya sehingga habis. antara yang disebut dalam khutbah ialah satu perbincangan yang telah beliau sertai pada suatu hari yang hadir bersama di dalam perbincangan tersebut ialah Dr. Hasan Ali. Dr. telah menekankan bahwa Selangor, terutamanya telah kekurangan pendakwah untuk menampung keperluan sekarang. hal ini sangat membimbangkan. saya terfikir, bukankah ramai umat Islamdi Malaysia? mengapa hal ini boleh terjadi? di manakah kitasaat umat memerlukan pendakwah? Khatib justeru mengajak jemaah supaya bersama berganding bahu menyelesaikan masalah ini. siapa yang akan menjadi pendakwahdi lorong HAji Taib, misalnya kalau bukan kita? siapa yang akan mengeluarkan mereka di lorong itu dari belenggu dosa dan neraka? Khatib membawa satu kisah dimana ada segolongan pendakwah yang telah 'merisik khabar' di lorong itu. mereka terjumpa seorang pelacur yang sudah tua. seorang makcik yang sudah berumur 60 tahun yang sudah boleh bergelar nenek resminya. mereka bertanya kepadanya. makcik buat apa di sini?

lalu makcik itu pun menceritakan jerih payah yang telah dilaluinya. dia sebenarnya telah ditipu oleh teman lelakinya, lama dahulu. dia telah terperangkap sehinggasekarang di dalam lembah bangsat itu. jika dia cuba melarikan diri, dia akan diburu dan mungkin dibunuh oleh bapa ayam yang menguruskan mereka. lalu, di saat ada insan-insan yang tersepit begini, di manakah peranan kita? di manakah Ansarullah? justeru, di saat anda membaca post ini, saya bersama-sama mengajak kita kembali menyedari tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah untuk mempertahankan agama Allah dan membela mereka yang dizalimi. bukanlah menjadi doktor itu dapat menghalang usaha dakwah anda. bukanlah menjadi seorang profesional itu menenggelamkan jalan dakwah itu. siapa jua anda, andalah harapan umat yang mem,eang tanggungjawab ini!
salam...

Tiada ulasan: