Isnin, Disember 21, 2009

..menyahut panggilan jihad..






..fuh..cuaca pada ketika itu memang panas.Menitik-nitik peluh dari badan membasahi bumi.Seketika terasa penat tetapi iman menepis ketepi.Walau bagaimana pun kerja penggalian tetap diteruskan..ini arahan Rasulallah S.A.W bagi menahan serangan tentera Al-Ahzab..Mujur Salman Al-Farisi tampil memberikan cadangan yg bernas tatkala para sahabat kebuntuan..cdgn tersebut diterima baik oleh Rasulallah S.A.W...


..sedang sibuk menggali..tiba-tiba alatan menggali terkena sesuatu benda yg keras..oh..batu rupanya..para sahabat cuba menghancurkan batu tersebut namun apakan daya..segera perkara tersebut dimaklumkan kepada Rasulallah S.A.W....Rasulallah S.A.W tiba ke tempat tersebut utk membantu sahabat..dengan nama Allah batu tersebut berjaya dipecahkan dan ketika inilah..sabda Rasulallah S.A.W yg cukup terkenal..



".....Constantinople(istanbul) akan jatuh ke tangan tentera islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera....."(hadis riwayat imam Ahmad)



..Umat islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople utk mndapatkn penghormatan yg dijanjikan Allah di dlm hadis tersebut.Walau bagaimanapun, kesemua kempen perang yg dilancarkan menemui kegagalan.Antaranya,...5 kempen perang yg dijalankan pada Zaman Umayyah..1 kempen perang pd zaman Abbasiyah..dan 2 kempen perang pada zaman Uthmaniyah..


Akhirnya..hadis tersebut berjaya direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad al-Fateh bersama-sama dengan 150,000 orang tenteranya..Beliau lah yg disebut-sebut dlm hadis Rasulallah S.A.W..sbg pemimpin yg baik, mempunyai angkatan tentera yg baik dan rakyat di bawah naugannya juga rakyat yg baik..





..melihat kembali peristiwa bersejarah dlm islam ini teringat saya kepada satu perkara yg saya kira bleh mnjadi satu persoalan dlm pemikiran kita semua..adakah cukup sekadar sesebuah kerajaan itu mempunyai pemimpin yg baik..TETAPI tentera dan rakyatnya berkelakuan sebaliknya?..inilah yg ditekankan dlm hadis Rasulallah S.A.W drpd pemerhatian saya sbg seorang muslim..begitu teliti Rasulallah S.A.W tekankan....kota Constantinople hanya akan ditawan oleh


PEMIMPIN..yg baik..yg mempunyai TENTERA yg baik..dan RAKYAT yg baik..



PEMIMPIN YANG BAIK


pemimpin yg baik?..rasanya semua org dah cukup faham..tetapi sejauh mana kita mengamalkannya dalam diri kita..adakah seseorang pemipin itu layak digelar pempin yg baik sekiranya rasuah mnjadi mata pencariannya?..syaitan sbg temannya?..ARAK sbg minumannya?..maka org2 seperti ini TIDAK LAYAK digelar pemimpin yg baik dan hanya neraka Allah tempat yg sebaiknya bg org2 seperti ini..na'uzubillah..


TENTERA YG BAIK


..teringat perbualan saya dgn seorang sahabat..pak ciknya berkhidmat sbg tentera..atau lbih tepat lg dlm profesion KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia)..pernah pak ciknya bercerita..'..apalah gunanya jd askar..pegang senapang.. pandai..sebut Allahuakhbar x reti..'


..tuu baru sket..abg saya..berkhidmat sbg seorang pegawai kadet..pernah bercerita...arak ..rokok..tuu mnda besela tuh..




.teringat kata2 pahlawan islam yg agung Saidina Khalid al-Walid sewaktu mengutus surat kepada Panglima tentera Rom suatu masa dahulu..'aku datang membawa org2 yg mncintai mati sebagaimana org2 kamu mencintai hidup'..punya teguhnya iman sahabat dan mereka sgt yakin bahawa mereka amat pasti dan pasti mendapat 2 kemenangan iaitu sama ada menang atau pun syahid..kita??..inilah yg dikatakan Rasulallah S.A.W sbg penyakit wahan-cinta akan dunia dan takut akan mati..


RAKYAT YG BAIK

..kalo da nama pun rakyat..kita mestilah taat pada printah pemimpin selagimana perintah tersebut tidak melanggar syara'..hal ini pernah ditegaskan Rasulallah S.A.W dan juga dlm al-Quran supaya kita taat kepada pemimpin...lbih2 lg kalo pemimpin itu adalah org yg gigih dlm memperjuangkan agama...mungkin kita x dapat nk prjuangkan agama ini sendirian..tetapi sekurang-kurangya kita memberi sokongan semaksimum mungkin...sbg mana burung pipit yg cuba memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim A.S dgn membawa air yg sgt sedikit menggunakan paruhnya yg kecil..

...terdetik sebentar..acapkali kita melafazkan kata2 bila lagi akan muncul pemimpin-pemimpin agung seperti Sultan Muhammad al-Fateh..namun seharusnya kita fikir cabaran-cabaran utk melahirkan mujahid seperti beliau dan sejauh mana usaha kita utk ke arah tersebut..





Tiada ulasan: