Selasa, Disember 22, 2009

BERKONGSI



Salam..




Sronok rse nye.. bAnyak posting baru dari sahabat2 yang hebat keilmuan nye..




Ana nak berkongsi sikit apa yang ana dapat ketika bayan Subuh bersama Maulana Abd Wahid di MAsjid Al-Qadisiah,TTDI Jaya..




Suatu hari,Abu hurairah datang bertemu Rasulullah membawa minyak didalam plastik yang diKirim oleh orang lain melalui Abu Hurairah..




Lalu setibanya bertemu Rasulullah,Diperintahkan agar Abu hurairah memindahkan minyak itu dibekas berlainan dan memulangkan kembali Plastik milik pengirim.. Lalu Abu Hurairah dengan penuh keJujuran menuang minyak tu,dan memerah habis-habisan plastik tersebut nak pastikan xde setitis pun dia terambil.. (JUJUR HABISH)..




ABU Hurairah pun menapak la ke rumahnya.. Makin dia berjalan terasa plastik tadi macam makin berat. Sedar2 Plastik tadi jadi penuh semula dengan MINYAK. Bila kembali jumpa Rasulullah.. Dikatakan itulah BERKAT kerana dia JUJUR tadi... SUBHANALLAH...!


Pendek cerita Abu Hurairah menggunakan minyak uh buaat beberapa tahun.. Hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan.. Minyak uh x habis2..!!




KEnapa Minyak tu Habis lepas tu.. Kerana pada ketika itu hilang segala keberkatan di atas muka BUMI ini.. Antum pun taw ape jadi mase zaman Saidina Ali..




Keberkatan dikatakan kembali semula ke BUMI ketika pemerintahan Umar Abd Aziz.! Hebatnya die dalam pemerintahan..




Dikatakan bahawasanya,walaupun anak die masuk bilik utk berbincang hal keluarga.. Khalifah Umar Abd Aziz boleh lak padam lilin uh.. Sebab dia kata tu harta kerajaan... ALLAHUAKBAR! Gambar Hiasan




Hebatnya Umar Abd Aziz diceritakan bahawasanya Musang pun x akan makan kambing yang bertuan. Keadilan Khalifah Umar Abd Aziz kesannya sampai ke binatang tu..!




CERITA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB...


Takut nhye Khalifah Umar kepada ALLAH,ALLAH anugerahkan semua Makhluk takut kepada Khalifah Umar al-Khattab..




Suatu ketika dahulu,Sungai Nil yang jadi sumber bagi masyarakat Mesir berhenti mengalir.. Lalu pemerintah Mesir yang tak bercirikan ISLAM pada masa tu mendapat mimpi..




Dalam mimpi tu,disuruhnnye RAJA Mesir tu utk mengorbankan Wanita dan di humban kedalam sungai yang kering tu.. Maka mengalir la sungai tu atas mimpi yang x BETUL tu..




Perkara berlaku utk beberapa ketika.. Beberapa nyawa telah terkorban akibat perbuatan keji Raja Mesir tu..




Saidina Umar telah mengutus Seorang utusan untuk ke Mesir dan menyiasat perkara tersebut. Apabila dikhabarkan kepada Saidina Umar.. Maka,Saidina Umar menulis surat utk diberikan kepada Sungai Nil...


Bayangkan dia tulis SURAT kepada makhluk ALLAH tu... Sebatang SUNGAI!




Bila dicampak surat kedalam sungai tu... Maka mengalir la sungai itu x kering2..!!! ALLAHUAKBAR!

Tiada ulasan: