Isnin, Mac 09, 2015

Apebende pulak Gaza dengan Israel nih?

Kenapa Israel dan Palestine bermusuh hingga ke hari ini? Siapa yang rampas tanah siapa? Macam mana boleh rampas? Siapa yang ditindas sebenarnya? Hamas dan Zionis tu apa pulak?
Relaks.... Kita ‘go through’ perlahan-lahan... Baguslah jika ada niat di hati untuk cakna isu ummah.
Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [Hadis Riwayat Muslim]

Tanah Palestine memang terkenal dengan kesuburan. Ianya sudah banyak kali bertukar tangan sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.
Sewajarnya kita ringkaskan cerita kepada apa yang terjadi sejak 500 tahun lepas. Kalau nak diceritakan dari awal, ia bermula sejak 4000 tahun lalu (setakat rekod sejarah). Ditambah pula perangai pembaca yang malas, loya dan boleh maut melihat tulisan berjela-jela.. silap-silap jadi alasan tak puasa.. erk..

Mulanya dari Kerajaan Uthmaniyyah dari Turki yang menguasai hampir keseluruhan Middle-East termasuk Palestine. Mereka telah menguasai kawasan ini selama lebih 400 tahun. Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestine merupakan antara 3 tempat yang dijanjikan barakah oleh Allah di samping berkait rapat dengan peristiwa Isra Mikraj. Khalifah Umar Al-Khattab telah mewakafkan tanah Palestine ini untuk umat islam. Untuk kita sama-sama menjaga. Masyarakat Palestine hidup dalam bahagia dan harmoni dengan burung-burung berterbangan.. Tempat kita.. Ya, tempat kita dan saudara-saudara kita..
“Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]




Dalam pada itu, orang Yahudi ditindas di Eropah sekitar Abad ke-19. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin, nak tempat berteduh, minta perlindungan. 

Kata mereka.. saya ulang.. ‘kata mereka’, tanah Palestine ialah tanah yang dijanjikan tuhan mereka ke atas kaum yahudi sejak zaman Nabi Musa AS. Tapi fahaman mereka telah dipesongkan oleh pihak Zionis. Siapa Zionis? Teruskan membaca, jangan malas.



Bila dah semakin ramai Yahudi di Palestine sekitar 1896-1897 , Theodor Herzl mengasaskan Zionis. Dengan memikirkan kepentingan orang yahudi, dia menulis buku berjudul The Jewish State. Yang tak tahan, dia mencadangkan dan menyokong pembentukan NEGARA YAHUDI di PALESTINE... Ya, Palestine, tempat yang mereka tumpang berlindung ketika ditindas. Tak kenang budi..


Selepas mengadakan kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland, penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.. Biasalah orang tak sedar diri, buat macam rumah sendiri..



Sekitar 1914-1916 perang dunia pertama meletus. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez.... bukan Suarez.. erk..
(terusan ini penting dalam sebagai laluan perdagangan.. Tak pernah dengar? Bukak buku sejarah sekolah menengah, InsyaAllah ada)


Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin.


Dengan persetujuan British, sekali lagi Zionis meneruskan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin sekitar 1920-1939. Ini memang meloyakan. Hinggakan mereka memberi sagu hati dan membiayai kos penghijrahan kepada yahudi yang berpindah ke Palestine.

Rakyat asal Palestin membantah penghijrahan Yahudi Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain buat tak tahu. 


Perang Dunia Kedua meletus pada tahun sekitar 1939-1945. Di Eropah, Adolf Hitler (German) memulakan penghapusan etnik Yahudi atas sebab-sebab tertentu. Sebelum German tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis.


Banyak pertempuran berlaku pada ketika ini kerana perselisihan faham hinggakan PBB tidak mampu mengawal keadaan yang terlampau kelam-kabut di Palestine.




Pada 1947, PBB memulakan pemecahan negara Palestine. PBB memberikan lebih dari separuh tanah Palestine kepada Yahudi Zionis untuk mewujudkan negara haram Israel. Yahudi Zionis pula menggunakan kekerasan untuk mengusir peduduk Palestine. Tujuan mereka adalah untuk menguasai tanah Palestine sepenuhnya sebagai persiapan penubuhan negara haram Israel.
Akhirnya pada 1948, Zionis mengisytiharkan negara haram Israel untuk kaum Yahudi. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel.


Israel diterima sebagai negara anggota PBB pada 1949. Israel menerima arahan dari PBB untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab dan saudara-saudara islam untuk membebaskan Palestin.

Pada tahun 1956, Sekumpulan penuntut Palestin, salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat, memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah. Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland. Fatah kini merupakan kerajaan di Tebing Barat.


14 Disember 1987, HAMAS iaitu Harokah al Muqowamah al Islamiyah (Gerakan Perlawanan Islam) ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin. Beliau dibedil oleh 2 peluru berpandu ketika usai solat subuh di sebuah masjid. HAMAS kini merupakan kerajaan di Gaza. S
Zionis dan Israel semakin melampau, tidak puas hati dengan kemusnahan dan rampasan negara Palestin dari tangan penduduknya, mereka memulakan siri serangan demi serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Tujuan mereka adalah untuk meluaskan tenah jajahan mereka dan melunaskan dendam selama ini terhadap umat Islam. Dengan bantuan dari USA dan Jewish United Fund, kekuatan tentera mereka tidak tertanding oleh pejuang-pejuang Palestine.

Hari demi hari, Palestine semakin mengecil, penduduknya dibunuh dan diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Kicauan burung bertukar menjadi bunyi letupan bom saban hari.


Kini, bukan sahaja serangan masih diteruskan ke atas penduduk Palestine, mereka turut membina tembok sekeliling Gaza, menyekat bantuan makanan, menyekat bantuan ketenteraan dari negara luar serta menghadkan kawasan perairan untuk penduduk gaza. Mengurung mereka tanpa jalan keluar, lalu membedil mereka.. Perangai macam binatang.. Malah lebih teruk.
Sesungguhnya, kalau nak disenaraikan list kekejaman Yahudi Zionis terhadap manusia & umat islam terutamanya, berbuku-buku lah jawabnya. Cukuplah sekadar penulisan ringkas berkaitan kronologinya. Moga kita sama-sama berusaha menambah ilmu mengenai perkara ni. Sama-samalah kita perangi Zionis! Bukan yahudi, tapi zionis...




Palestine dulu.. dan Palestine kini.. [kredit gambar]

Khamis, Mac 05, 2015

Wei, Dalam Diri Kau Ada Jahiliyah !

Pijak kepalaku wahai Bilal!”

“Demi Allah, aku mohon pijaklah!”

Abu Dzar Al-Ghiffari meletakkan kepalanya di tanah yang berdebu. Dilumurkan pasir ke wajahnya dan dia menunggu supaya terompah Bilal bin Rabah pijak ke pipinya.

“Ku mohon Bilal saudaraku…” rintihnya…

“Pijaklah wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapuskan sifat jahiliyah dari jiwaku.”

Abu Dzar memang nak menangis menangis masa tu. Hatinya bercampur baur.

Dia menyesal.
Dia sedih.
Dia takut.
Dia marah pada dirinya sendiri.

Dia rasa sangat lemah dengan hawa nafsunya. Dengan wajahnya yang penuh dengan debu dan pasir, Abu Dzar merayu lagi,

“Aku mohon pijak kepalaku!”

Sayang seribu kali sayang, Bilal terus menggeleng dengan mata yang berkaca.

Kenapa Abu Dzar suruh Bilal pijak kepala dia?

Abu Dzar suruh Bilal pijak kepalanya sebab penyesalan Abu Dzar pada Bilal.

Kisahnya macam ni, Abu Dzar ada bagi tugasan pada Bilal. Tapi dia merasakan Bilal tak melaksanakan amanah tugasan tu dengan bersungguh, bahkan seakan membuat alasan untuk membenarkan dirinya sendiri.

Abu Dzar apa lagi, kecewa dengan Bilal. Tapi sayangnya, dia tidak dapat menahan lidahnya. Abu Dzar terus menengking Bilal,

“Hai anak budak hitam!”

Rasulullah sallahu alayhi wasallam bila dapat tahu yang Abu Dzar cakap macam ni pada Bilal, terus merah padam wajah baginda dan terus menghampiri serta menegur Abu Dzar,

“Wahai Abu Dzar..! Sesungguhnya dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!”

Bila Abu Dzar dengar Rasulullah sebut macam ni, terus serta merta rasa sangat bersalah dan berbaring serta memohon Bilal pijak kepalanya. Berulang-ulang kali Abu Dzar minta Bilal pijak.

Tapi Bilal cakap pada Rasulullah,

“Aku memaafkan Abu Dzar ya Rasulullah. Dan biarkan urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak…”

Abu Dzar bila dengar Bilal cakap macam ni, lagi la sentap tahap gaban.

Masa tu Abu Dzar dah terfikir,

“Alangkah lebih ringan kalau semua boleh ditebus di dunia. Alangkah tidak indahnya  melalui hari dan sisa umur yang berbaki dengan rasa bersalah yang tidak terlupakan.”

Karat Jahiliyah Yang Melekat.

Malam ni saya nak kongsi hadis tentang teguran Rasulullah sallahu alayhi wasallam kepada seorang sahabat Rasulullah yang mulia – Abu Dzar Al-Ghifari – kat atas ni. Hadis ni direkod oleh Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim No 3139. 

Dan peristiwa ni direkod bukan untuk suka suki, tetapi untuk iktibar korang pada hari ini. Bukan korang je, saya pun sekali.

Nak tahu ada atau tidak karat jahiliyah dalam diri kita?

Cuba sebelum tidur ni kita termenung sekejap.

Pernahkah kita mencerca orang lain?
Pernahkah kita menggelarkan orang lain dengan gelaran yang buruk, terutama kepada saudara Islam kita?

Apatah lagi kepada orang soleh yang kita sendiri mengaku dalam hati yang dia tu soleh.

Tidak kisahlah kita kata, gemuk ke, macai ke, rambut besar ke, barua ke, tali barut ke, atau apa jua.

Apatah lagi dalam keadaan kita yang kononnya pendakwah. Atau dalam keadaan kita mengaku kita ini pejuang agama Allah.

Malah lebih teruk kita buat macam ni dalam keadaan kita mengaku kita ni ikut tarbiah?

Kesat hingus.

Lepas tu kita fikir lagi.

Berapa banyak kali kita lewatkan solat?
Berapa banyak kali kita langgar je ikhtilat lagi-lagi dalam facebook?
Berapa banyak kali kita tak baca Quran?
Berapa banyak kali kita komen smiley dengan yang bukan mahram dengan kita?
Berapa banyak kali kita tiru assignment?
Berapa banyak kali kita sengaja tangguh hutang?
Berapa banyak kali kita crush, tengok korea sampai bangun subuh lambat,

Berapa banyak kali kita dan kita bla3..

Hantuk kepala kat bantal.

Itu belum lagi sebut isu dalam jalan tarbiah.

Hak ukhuwwah yang tak selesai lagi.
Ziarah yang tak buat-buat.
Abaikan ikhwah yang sedang ada masalah, dan sebagainya.

Ada semua ini? Kalau ada, sila cakap pada diri sendiri ;

“Wei, Dalam Diri Kau Ada Jahiliyah! “

Kemudian lepas cakap macam tu, tanya pada diri sendiri, berapa kilo lagi karat jahiliyah yang masih melekat dalam hati kita?

Tak tahu bagaimana nak kira berat jahiliyah dalam diri?

Antara jawapannya ada di sini ;

“Seorang Mukmin adalah CERMIN bagi saudaranya. Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain…”

[Riwayat Abu Dawud 6/923]

Mintalah nasihat dengan mak ayah, adik-beradik atau sahabat baik korang..

Wallahu a'lam.

Ahad, Mac 01, 2015

Maafkan dia, dia dah jumpa buah hati...

 Maafkan dia, dia dah jumpa buah hati... 
 
Dia semakin jauh,
Dia tak serupa dulu,
Kau keliru,
Kesan kepelikan padanya terlampau jelas hingga kau buntu,
Adakah dia terkena rasukan hantu?





Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?
Adakah dia tak ingin bergaul lagi?
Mana pergi kawan lagha yang dulu kau kenali?
Atau ada sesuatu yang kau belum fahami?
Apa yang telah dia temui?


Serabut bagi kau,
Mungkin selesa bagi dia,
Mungkin dia mulai rasakan nikmatnya,
Walaupun makin banyak diduga,
Mungkin dia semakin sedar tujuan dunia, tempat berluka-luka,
Dalam nikmat kasih Pencipta..


Kerana dia sedar karat dalam jiwa.
Terlalu lama tumbuh dalam dodoian dunia, fitnah yang mereka cipta sejak mula.
Kini dia sedar dia sepatutnya ke mana. 

Janganlah marah dia,
Janganlah buka aibnya sedang dia telah kembali bertaubat padaNya,
Janganlah mengungkit kesalahnya,
Dia semakin kenal kenapa dia dicipta.

Jomlah ikut sama?
Kita bermadu dalam cuka, kerana syurga itu lebih manis dari segalanya...
Kat sanalah tempat berehat selama-lama..

..........................................................................

Wahai si pelik sekalian..
Kenapa kau pelik bersendirian?
Bukankah nikmat balasan kepelikan itu lebih manis untuk dikongsikan?
Mungkin dalam seribu kritikan dan tomahan, dia sedang menunggu ajakan?
Kenapa kau rahsiakan?
Mana hilangnya risau pada teman-teman?

Tabah,
Kau boleh,
Sikit lagi... Pujuk diri... Ada syurga menanti...
Lawan nafsu, ketepikan semua amalan jahiliyyah, lakukan semua yang Allah perintah..

Ada masalah?
Itu tandanya Allah sayang,
Kau sedang dilatih menjadi hebat,
Kerana ahli syurga semuanya hebat-hebat.

Buat dosa?
Rasa kotor & hina?
Rasa tak layak berada di landasanNya?
Memang, ada rasa nak simply delete history kejahilan & dosa.
Bertaubatlah, Dia Maha Pengampun,
Tapi jangan ambil kesempatan di atas pengampunan itu untuk berniat melakukan dosa semula...


GERAK! KAU BOLEH! 
MOGA KITA JUMPA 'NANTI'!

Jumaat, Februari 27, 2015

10 perkara ‘rare’ yang kau boleh lakukan untuk bangun subuh awal

 Assalamulaikum..

Anak muda, bab solat subuh ni memang problem. Baik teruna mahupun dara. Rasa berat giler nak bangun dari keheningan pagi yang sejuk. Nak tarik selimut tu aduhaii, jangan cerita la wei, lagi berat daripada nak tarik dumbell. Kalau-kalau bangun awal pun sebab nak p tandas buang air, then sambung tidur balik. Tak pun check facebook, balas whatssapp sikit p tidur. Ada ke apa hal? Haha.
Bila dah bangun subuh lambat ni macam-macam lah masalah yang hadir lepas tu. Kita pun jadi tak ada mood nak jalani hari. P kerja lewat, p kelas lewat, segala-gala lewat la. Sarapan tak sempat, mandi pun ala kadar. Jadi untuk atasi masalah ini..
Dekat bawah ni aku ada tulis, 10 cara rare yang aku pernah amalkan untuk bangun subuh awal

1) Tepuk bantal , baca Bismillah niatkan kau nak bangun awal pagi.’
b8ac6f27ada213f3a2e229

Ni cara tepuk bantal yang bidaah. Jangan wat gini.
Haha, cara ni arwah nenek aku yang ajar. Korang jangan kata khurafat lak. Dulu masa kecil-kecil, aku tak tahu apa singnifikannya tepuk bantal. Tapi bila dah besar, baru aku tahu, kuasa niat tu. Secara tak langsung niat kita akan masuk ke dalam minda separa sedar kita, dan minda kita akan alert untuk bangun awal. Bila niat kita baik, inshaAllah kita mudah bangun pagi.

2) Tidur awal.



0sleep3yoke

Kenapa aku kata rare? Sebab budak muda confirm pelik kalau tidur awal. Unlesslah kalau kau penat kerja or kelas, bolehlah kalau tidur awal. Bagi aku tidur awal yang paling baik sebelum pukul 11. Dan ini yang biasa aku amalkan. Kadang-kadang boleh bangun 4.30 pagi, tapi kadang-kadang boleh terlajak gak. Ada risiko gak kaedah ni.

3) Capai phone terus balas mesej telegram, whatssapp, reply facebook bila terjaga.

Candace_on_the_phone_in_the_dark

Cara ini juga mujarab bagi aku. Jangan check aja. Kalau boleh kau layankan jawab mesej tu, dalam 10 ke 15 minit, lepas tu jangan tidur semula. Terus bukak lampu, dengan mata yang mamai-mamai kau terus p tandas. Ambil wuduk, gosok gigi. Layan.

4) Set alarm secara berjemaah.

baby-that-wont-sleep

Kalau kau duduk rumah bujang, cara ni memang berkesan. Aku ni cepat sensitif sikit dengar alarm orang. So pagi-pagi. Ini memang cam haram, aku kena cari satu-satu phone matikan dalam gelap. Pergh tensions sei. Lebih-lebih lagi alarm jepun yang sumpah annoying!


5) Pasang alarm yang menginsafkan.

at-taubah_t2

Alarm yang menginsafkan ni, macam lagu di alam barzakh ke, zikir taubat ke, suara mengerunkan dalam kubur ke. Tapi kau tahulah. Benda aku paling bengang, last-last si tuan badan sedap berdengkur, aku gak yang kena matikan. Sekali lagi aku mangsa. Pendapat aku mungkin membantu untuk seminggu dua.


6) Tukar-tukar alarm setiap seminggu.

Snooze-Button

Untuk mengelakkan kau terbiasa dengan alarm lama, dan layan lentok. Tukarlah alarm setiap dua minggu.

7) Kau suruh member kau kejut. Wujudkan suasana bangun subuh awal dalam rumah. Biar meriah sikit rumah time pagi.

images (16)

Kawan adalah aset terpenting untuk bangun awal solat subuh ni. Kalau boleh carilah kawan yang boleh diharapkan dan bangun awal. Suruh dia kejut. Dan kawan lak, bila kejut jangan lembut-lembut. Sepak je kalau lelaki. Hahaha. Gurau je. Paling komand pun kau kena ada alat renjis air. Jangan jadi macam ada satu video pak arab ni. Dia boleh bantai kejutkan anak-anak dia dengan alat yang boleh renjat elektrik. Haha sadis tuh.
p/s: Kejutlah elok-elok ye.

8) Sebelum tidur, jangan lupa baca doa, dan ambil wuduk. Jangan makan banyak sangat

download (7)

Jangan ingat benda ni applicable masa kecil je. Dah besar pun kenalah amalkan juga. Semoga tidur dan mati kita dalam iman, dalam keadaan suci bersih lagi tu, serta memudahkan kita bangun pagi. Dan-dan, jangan makan banyak sangat der. Nanti bapak susah nak bangun.


9) Buat snooze berjuta-juta kali.

0898e6de81e966ecdd77ada69fa4aa57

10) Kau suruh lah bini kau kejut. haha
being-woken-up-for-fajr-by-your-spouse_f_improf_925x758
Siapa suruh tak ada bini. Kesian korang. Haha, tapi member aku cakap, kalau kau pun bangun malas, bini kau pun sama. So, sama-samalah berpesan ye.
Selamat mencuba dan beramal.

p/s: Aku ada satu link video ni. Kalau kau nak
bangun awal esok pagi. Tengok video ni.
 Tambah perencah sikit.





Khamis, Februari 26, 2015

Daqmie - Tangis Sebatang Tamar




Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang


Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya


Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu


Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya


Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga


Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

"Kerana songkokmu yang tinggi.."


Hari ini sedikit perkongsian ingin disampaikan pada antum dan antunna. Berkenaan kealiman seseorang bukan pada pakaian.

        Terdapat seorang pemuda yang berpakaian jubah bersongkok tinggi datang ke sebuah kampung bersama keldainya. Kecoh satu kampung apabila mengetahui orang alim akan datang ke kampung mereka. Penduduk itu pun berkumpul disekelilingnya untuk meminta ilmu daripada pemuda itu.

         " Wahai orang alim, berilah aku ilmu," kata salah seorang penduduk kampung di situ. 
                        "Ya, orang alim berilah kami ilmumu. Kami ada persoalan buatmu!" sokong yang lain.

              Pemuda itu pun berasa hairan mengapa penduduk di situ memanggilnya orang alim.
                 "Mengapa kalian memanggilku orang alim?" ujarnya kehairanan.

                          Salah seorangnya membalas, "Kerana songkokmu yang tinggi,"
Mendengar sahaja jawapan penduduk di situ pemuda itu pun menjawab, "Jika begitu....
Pemuda itu meletakkan songkoknya yang tinggi itu ke atas keldainya.
Sekarang tanya pada keldaiku"

PENGAJARAN
Jangan memandang tingginya ilmu seseorang, tingginya iman seseorang dan banyaknya amal seseorang berdasarkan pakaian. Carilah ilmu kepada sesiapa sahaja kerana setiap insan di atas muka bumi ini layak memberi ilmu dan ingat Jangan Lihat Siapa Yang Berkata, Tetapi Dengar Apa yang Dikata. Tidak salah kita mendengar nasihat, tazkirah daripada seseorang yg sedang melakukan kesalahan. Terima dengan fikiran yg terbuka dan positif. Moga2 kita sama2 dapat meraih redhaNya.
                                                                                 -ukhwahfillah is the sweetest ukhwah-

Rabu, Februari 18, 2015

Aku Mati

Boleh bayangkan, saat kita terjaga dari tidur, sedar-sedar kita sudah berada dalam liang lahad?

Saat itu, kita meronta-ronta mahu dikembalikan semula ke dunia untuk beramal, tetapi semuanya itu sia-sia. Kita sudah terlambat.

Usia yang Allah swt anugerahkan untuk kita di atas dunia ini, kita tidak dapat gunakan dengan sebaiknya.
Kita menyangka, kita punya masa yang lama lagi untuk hidup di atas muka bumi ini, sebagai seorang anak muda yang sihat segala tubuh badannya, kacak atau cantik rupa parasnya, kita bergelumang dalam maksiat.
Kita langsung tidak ingat akan kematian yang sedang mengejar kita dengan pantas.

Langsung tidak ingat!

Masa yang ada di atas dunia ini kita bazirkan dengan perkara sia-sia.
Bila lagi kita mahu berubah wahai anak muda? Bila lagi?

Saat tangan atau kaki kita patah dalam kemalangan? 
Saat kita sesak dada di malam hari tanpa bantuan oksigen? 
Saat bas yang kita naikki mahu kemalangan? Ataupun kereta yang kita pandu kemalangan? 
Atau saat kita nyaris dilanggar oleh kereta? Atau kita mendapat berita ditimpa penyakit merbahaya yang boleh membawa maut?

Berubahlah wahai anak muda.

Gunakan waktu yang masih berbaki ini dengan sebaik-baiknya.
Hari-hari, saya selalu pandang ke langit. Selalunya usai pulang daripada solat. Memandang jauh ke langit, apa anak muda kecil ini mampu lakukan untuk mengubah dunia? Apa?

Andai dia pergi dari dunia, apa yang telah dia sumbangkan untuk ummah ini? Apa? Adakah cukup untuk di bawa bekalan, memandangkan dosanya sudah terlalu banyak?

Jika mati, anak muda ini sangat berharap, agar matinya ketika sedang berjuang di jalan Allah!
Hanya itu yang diharapkan. Tiada lain!

Sudah tiada masa lagi untuk dibazirkan dalam kesia-sian!
Bangkitlah wahai anak muda!

Sabtu, Disember 07, 2013

Titipan buat adik-adik SEPINTAR

Bismillahirrahmanirrahiim

Serasa sudah lama hati ini merindui.
Rindu pada bau tanah yang tertabur bunga-bunga tarbiyyah.
Rindu pada angin yang terbias zarah-zarah sakinah
Rindu pada dinding-dinding bisu yang menjadi saksi seribu satu ragam kita
Rindu pada insan-insan di 'penjara' terindah itu
Adik-adik yang akak rindui
Detik-detik bersama kalian adalah detik yang sukar terpadam dalam ingatan
Sederet episod  yang banyak memberi erti pada diri

Adikku
Hidup disana bukanlah sentiasa indah dan senang.
Kerana itulah namanya perjuangan
Kau tidak sentiasa menang
Kau terkadang lelah, terkadang rebah
Tapi tidakkah kau lihat pada garis-garis awan
Yang menguntum senyum pada setiap keluhanmu
Tidakkah kau lihat pada sinaran bintang-bintang
Yang terus bersinar indah pada setiap tangisanmu

Jangan adikku.
Jangan kau rasa ditertawakan mereka atas apa yang menimpamu
Tetapi yang harus kau ingat
Adalah keindahan yang tersembunyi disebaliknya
Ada secoret ingatan dan tarbiyyah dari yang Maha Esa
Khusus untukmu

Teruskanlah adikku
Teruslah kau taburi debu-debu permukaan bumi itu dengan harum tarbiyyah
Teruslah kau biaskan cahaya cinta pada Illah
Teruslah suburi taman-taman ilmu itu dengan akhlak islamiyyah
Teruslah kau kukuhkan ukhuwwah antara kalian
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara

Kepada generasi LOX
Selamat datang ke alam pasca jeriji terindah SEPINTAR
Selamat datang ke alam yang penuh ujian
Semoga antara kita tidak ada yang terkandas dalam medan praktikal
Medan yang mana Islam itu akan diuji secara hands-on
Kini, pengisian rohani secara realitinya tidak lagi semudah di sana
Jika kau mahukan hati yang tidak kosong
Maka isilah dengan ilmu-ilmu yang selepas ini kau perlu cari dan gali
dengan inisiatif sendiri
Kini, tiada lagi BI'AH SOLEHAH yang memagari
cuma tinggal HIDAYAH yang melindungi
Maka marilah kita saling mendoakan

Untuk adik-adik SUPERB
Selamat mentadbir adik-adik dengan penuh amanah
Ingatlah tanggungjawab sebagai abang-abang dan kakak-kakak
Pada dirimu akan tersemat nametag 'Qudwah'
Engkau bakal diperhatikan dan dinilai oleh adik-adikmu
Mahukah engkau tinggalkan sebaris nama SUPERB yang tak bermakna?
Atau kau bangunkan satu legasi yang namanya takkan dilupa
Pilihan kini ada dalam halaqah hati-hati kalian
Wala' ( patuh )lah pada pimpinan
Dan akurlah pada keputusan yang di SYURA kan
Bersatu hatilah membangunkan jiwa-jiwa insan

Buat penerus perjuangan BADAR
Bekerjalah anda kerana Allah
Selalu sahaja nanti usahamu dianggap remeh dan picisan
Perjuangan mungkin terhalang dek tohmahan
Walau apapun inilah medan kita rakus mencari pahala
Hatimu akan menjadi besar, jiwamu bakal jadi hebat
Jika benar Islam yang kau perjuangkan
Rancanglah pembangunan jiwa-jiwa insan
Keluarlah dari kelompok jumud mahupun liberal
Perkasakan majlis-majlis Ilmu
Dekatilah mad'u (orang yg didakwah) dengan penuh kelembutan
Jadikan Al-Qudisiah itu sarang buat perindu-perindu Al-Jannah

Moga-moga titipan ini jadi bukti
Kerinduan kami yang tidak pernah sunyi

Salam ingatan dari kakakmu,
NB (ELVES 0812)
3 Safar 1435 Hijrah