Ahad, Januari 24, 2010

salah saya semuanya..

assalamualaikum.. nampaknya hampir bersawang blog ni tak ada post baru.. alhamdulillah ana diberi kesempatan oleh Allah untuk ke sekolah semula pada Jumaat lepas dan kami diberi kepercayaan(Murtadha, Faiz Ikmal, Haiqal, Imran, Hazeem, Abrar) utk memberi pengisian mengenai isu2 semasa kpada pelajar2 ting. 5 pada tamrin ting. 5. alhamdulillah penyampaian yang diberikan oleh Murtadha dan Hazeem saya kira mampan dan jitu. tapi saya pelik, mereka masih boleh mengantuk, walhal isu yang dibincangkan bukan isu kecil,memandangkan mereka pun sudah semakin meningkat usia..

kami berangkat ke masjid setelah selesai kewajipan tadi. kami sempat melihat suasana pelajar2 junior kami, ragam2 kehidupan di asrama. cuma di mata saya, saya ternampak disiplin yang semakin kurang. mungkin cuma perasaan saya..

skip teruslah, esoknya Hanif, bekas K.U tahun lepas singgah dari DQ. kami berborak2 dan mengambil tahu perkembangan hidup masing2. terlintas di benak saya, satu persoalan yang diajukan kepada saya,"anta rasa berkesankah tamrin2 ni?"
ana jawab teguh,"tak.." itu cuma pendapat seorang jahil..

lantas hanif bersetuju.. "tapi itu sahaja yang termampu sekolah lakukan.. terpulang kepada fasi2 dan pelajar itu sendiri.." tambahnya.

lantas saya teringat peristiwa Hasan Al-Basri yang pada suatu hari, ketika berjalan2, beliau terdengar satu majlis ilmu. beliau lantas menyertai. setelah usai majlis, beliau berjumpa dengan syeikh tersebut dan mengatakan,"saya tidak merasakan apa2 sebentar tadi. samada hati saya yang kotor atau hati tuan yang bermasalah."

berbalik kepada cerita, kami sempat berjalan2 dan meninjau keadaan sekolah. apa yang saya lihat, apa yang saya rasa, biah makin hilang, tudung makin singkat, disiplin makin teruk,dan macam2 masalah lagi... betulkah saya berpijak di bumi sepintar?di sebalik wajah baru masjid Al-Qadisiah yang bercat coklat, berkumpul di dalamnya sekumpulan muslim yang semakin hilang mulianya..seperti yang pernah dikatakan oleh saidina Umar,"kita adalah kaum yg dimuliakan Allah dengan Islam.." tanpa sinar Islam, hilanglah kemuliaan kita..

justeru, timbul rasa bersalah dalam hati saya. mungkin kami, badar2 lama yang melakukan kesilapan tanpa disedari. lantas yang menanggung kesusahan ini ialah badar2 baru.. astaghfirullah.. betapa berdosanya saya kerana tidak menjalankan tugas dengan penuh amanah... hasilnya yang sekarang inilah..ana tak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk mempertahankan bi'ah di sana. semakin hilang sinar Islamnya. semakin dibuang Islam dari junjungnya. ana hanya mampu berdoa agar Islam sentiasa dijunjung di sana!

Selasa, Januari 19, 2010

undang2 syar'iah

assalamualaikum.....

hanya ingin menyambung mengenai undang2 syar'iah yang ditulis oleh saudara faiz ikmal....







kedua-dua gambar di atas adalah mengenai hukuman yang dijalankan ke atas pesalah2 di Acheh berdasarkan undang2 syar'iah.jika diperhati secara teliti dan ilmiah pada kedua-dua gambar di atas,kita akan terfikir bahawa undang2 syar'iah yang diperintah allah untuk dilaksanakan oleh umat islam tidaklah sekejam undang2 sivil yang dicipta manusia dengan nafsu dan tanpa akal yang sejahtera.
sebagai contoh,lihat pada rotan yang digunakan oleh penghukum di atas.betapa nipisnya rotan tersebut jika dibandingkan dengan rotan yang digunakan dalam undang2 sivil. malah,bahagian badan penerima hukuman yang mengenai rotan itu pula dilapik dengan baju masing2. alangkah baiknya jika negara kita menggunakan hukuman tersebut.....
sekian,terima kasih.wallahua'lam....

Sabtu, Januari 16, 2010

kekang pengaruh barat.

Assalamualaikum..

Pada post kali ini teringin sekali sy brkongsi tentang saudara-mara di negara seberang yg tinggal di Bandar Acheh.Satu perkara yg menarik perhatian sy tentang 'serambi makkah' ini ialah pelaksanaan undang-undang syariah yg dijalankan di bandar tersebut.Sejak berlakunya kejadian tsunami yg meragut ribuan nyawa suatu masa dahulu, mereka mula mengambil berat isu ini dan membawanya ke meja perundingan.



Wilayatul Hisbah,unit khas yg ditubuhkan oleh kerajaan Acheh sejak tahun 2002 untuk melaksanakan undang-undang syariah di bandar tersebut.Unit yg lebih dikenali sebagai Polis Syariah ini bertindak sbg badan penggerak utk mencegah perkara-perkara maksiat yg berlaku.Mereka juga bertindak menahan mereka yg gagal mematuhi etika pemakaian dlm islam.Menurut sumber,setakat ini 126 org dikenakan hukuman dgn kebanyakannya kerana brjudi dan minum arak.

Hukuman yg pling berat pernah dilaksanakan sejak 2002 adalah sebat dikhalayak ramai.Pasukan wilayatul hisbah menjalankan rondaan mengelak psgn bukan mahram atau tidak berkahwin brgaul bebas,selain wanita tidak mentup aurat,berpakaian ketat,atau sebarang perbuatan yg bertentangan islam.

'ia penting bagi memberi kefahaman kpd org ramai mengenai perlunya Wilayatul Hisbah ini'.kata Ketua Jabatan Undang2 Syariah Acheh, Marzuki.Undang2 tersebut dilaksanakan tanpa kekerasan dan tentunya dgn cara yg berhikmah seperti mana yg disarankan oleh baginda S.A.W sndiri.

Menjadi negara paling ramai umat islam, Indonesia tetap mengamalkan dasar liberal dan sekular kecuali di Acheh yg digelar serambi Makkah.Ia dapat difahami kerana wilayah itu stu drpd kawasan paling awal menerima Islam di Asia Tenggara.Acheh diberi hak melaksanakan undg2 islam sbg sbhg drpd pakej perjanjian autonomi dgn Jakarta pada tahun 2002.

sumber.harian metro.

Khamis, Januari 14, 2010

Kisah Sebiji Epal




Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.



Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.



Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.



Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.



Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:



“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”



Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.



Allahu a’lam bisshawab

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=75.0

open your eyes








Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

One of Habaib dr Hadra Maut, Yaman.

Salam.
Rse nyer da lme ana x berposting. Kali ini ana akan kongsikan pengalaman bersama dalam majlis ilmu dengan salah seorang Habaib dr Hadra Maut, Yaman. Habib Umar bin Hafiz.

Yang menariknye program berlangsung pada mase yang sama malam AJL24 di adakan. HAha. Tatkala yang lain sibuk berHIBUR bak kata abrar dalam blog die, tgk kat tv je, x lagha.. Org laen berhibur alhamdulillah ada antara kita dipilih mengikkuti majlis ilmu oleh Ulama' Hebat!


POSTER HABIB UMAR

                Masjid al-Falah USJ 9 yg bsar bertingkat tu pun dipenuhi. Ramai yg datang. Dari pakaian org2 yg datang, ana rse mereka datang dari merata tempat. Ade tu dr Kelantan pun de. Kebanyakan ana saksikan mereka adalah golongan pelajar Tahfiz, berjubah, berserban, siap berselendang dibahu datang dalam group.

Ehm, maaf la ana x dapat nak coretkan dengan panjang disini. Antum boley dapatkan lanjutan story di SINI .

Anrata Gambar-Gambar Masa Majlis




 Habib Umar bersama Seikh Fatah(translater)

Rabu, Januari 13, 2010

MANFAAT BERSANGKA BAIK

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.

Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6.




Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.


Ruginya Berburuk Sangka

Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.


Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.


Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.





Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.

Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:

"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."


Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.


"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

Selasa, Januari 12, 2010

Abu Dzar Al Ghafari..



pada suatu hari,rasullallah s.a.w duduk di masjid di hadapan ummat manusia sambil mengulang2 kalimah la ila haillallah.tiba tiba abu dzar datang.Dia berasal darikabilah ghifar yg sinonim dengan kecurian,rompakan dan pembunuhan.

ketika mendengar bahawa di mekah ada seorang utusan dari tuhan ibrahim,Abu Dzar berkata kpd saudaranya,"kalau keperluan kambing kita ini cukup kpd keperluan ku dan keluargamu,siapa yg akan ke mekah,aku ke kamu"?.

saudaranya pun segera ke mekah,kerana mewakilkan diri untuk ke sana.beberapa waktu kemudian,saudaranya berkata,"aku mendengar ada org yang mengaku sebagai nabi,tetapi orang2 mengatakan bahawa dia bukan nabi".

maka Abu dzar tidak puass hati dgn apa yg dikhabarkan oleh org lain.lalu dia berkata kpd saudaranya "tolong penuhi keparluan keluargaku,aku akan pulang membawa berita yg benar".lalu beliau menbawa bekalan kurma dan terus berangkat menuju ke makkah.sampai ke makkah,beiau berjumpa dengan Ali.lalu dia bertanya tentang org yg mengaku sebagai nabi itu..

maka Ali memberitahu,"aku akan ketemukan kau dengannya,jika aku berdiri disampingnya,aku akan berpura2 membetulkan kasutku.

lalu Ali dan Abu Dzar terus berangkat menemui rasullallah s.a.w.ketika sudah sampai,Ali memperbetul2 kan kasutnya dan Abu Dzar terus menuju ke hadapan..

"selamat pagi saudaraku yang berbangsa Arab"ini merupakan salam yg digunakan arab jahiliah untuk menyapa arab yg lain.maka rasullallah bersabda,

"Allah telah menberiku salam pengganti lebih baik dari salam yg engkau ucapkan"rasullallah berkata dengan wajah yang berseri2 dan tersenyum lalu menarik hati lelaki ini untuk mendengar tutur katanya.

Abu dzar bertanya:apakah itu?

rasullallah menjawab:assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

kemudian Abu Dzar mengikut:assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

rasullallah:waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.dari mana asalmu?

Abu Dzar :dari bani ghifar.wahai pengaku nabi,apa yang engkau bawa?

rasulallah:aku datang membawa kalimah 'la ila haillallah' hanya allah yg patut disembah dia atas muka mubi ini.Tinggalkan semua agama nenek moyang kamu.

kemudian Abu Dzar terus berlari ke bukit shafa lalu menjeritdan berkata,

"Wahai bangsa Quraish,Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi muhammad pesuruh allah!!"

kalimat yang mengagumkan ini sampai ketelinga musyrikin quraish makkah.tak lama kemudian,org Quraish datang dari setiap penjuru beliau berdiri dan memukulnya hingga hampir pengsan.dengan tubuh berlumuran darah dan luka sini sana,maka Abu Dzar terus bertemu Rasullallah.

"jika ucapan org dengki membuat mu rela,jika kau reda maka luka ini takkan terasa"

mendengar itu,rasullallah tersenyum lalu menghiburkannya,"Aku tidak suruh pun kamu melakukan ini.kembalilah ke kaummu"

Abu Dzar kembali kpd kaumnya dan mengumpulkan di tengah padang pasir,

"sesungguhnya darahku yg berasal dari kamu adalah haram,tubuhku berasal darimu ialah haram,hartaku bersamamu ialah haram,kecuali kamu beriman"

Malam itu beliau tidur setelah 70 rumah yg beriman.

Ketika rasullallah berhijrah ke madinah,Abu Dzar bersama org yg meriman datang bertemu dgn rasullallah.maka para sahabat keluar menyangka ada puak yg akan menyerang mereka.

ternyata itulah Abu Dzar.yg membawa org2 yg beriman....

kemudian rasullallah bersabda:

"Betapa rendangnya pepohon,betapa sedikitnya debu yg berterbangan,kerana Abu Dzar telah beriman kepada org yang memiliki perkataan yg jelas"(Hadith riwayat,tirmizi,ahmad,ibnu majah,Hakim,ibnu abu syaibah)

haaa.semoga kita bersama dikurniai Allah iman dan semangat dakwah sahabat Abu Dzar R.A......

selamat beribadah!

sumber,

buku pesanan untuk orang berdosa,karya Dr 'Aidh Abdullah Al qarni.penulis buku La tahzan...

Isnin, Januari 11, 2010

sebab-sebabnya......

assalamualaikum........

sebelum memulakan bicara saya pada kali ini,saya ingin meminta maaf kepada setiap individu terutama admin. blog ini yang mungkin berasa marah mahupun kecewa terhadap saya kerana dua 'post' saya sebelum ini yang bertajuk 'solat rawatib & solat hajat' dan 'mari berkongsi ilmu....'.selain itu,barangkali 'post' saya telah mewujudkan kontroversi dalam blog ini.minta maaf.

baiklah,pada kali ini saya akan menjelaskan satu-persatu sebab saya menulis kedua-dua 'post' tersebut. bagi 'post' yang bertajuk 'solat rawatib & solat hajat', tujuan saya menulisnya bukanlah kerana hendak meremeh-remehkan keadaan,tetapi hendak memberitahu anda semua bahawa kita[umat islam] perlulah melakukan sesuatu perkara baik dalam ibadat,sosial ,ekonomi dan sebagainya mengikut kepentingan sama ada telah ditetapkan syara' mahupun melalui akal yang telah dikurniakan allah.tambahan pula saya menulis perkara tersebut seiring dengan seruan ulama' besar yang kita sanjungi iaitu prof. dr. yusuf al-qardhawi.beliau telah menyatakan kepentingan umat islam supaya melakukan semua perkara dalam kehidupan mengikut peringkat kepentingan masing-masing. *dengan demikian,maka perkara yang kurang penting tidak boleh didahulukan ke atas perkara yang penting,dan perkara penting tidak boleh diutamakan ke atas perkara yang sangat penting,dan begitulah selanjutnya.perkara yang paling utama dan sangat penting mesti diletakkan di urutan tangga yang teratas dan harus didahulukan daripada perkara yang berada di urutan selanjutnya.*

seterusnya,bagi 'post' yang bertajuk 'mari berkongsi ilmu...',saya tidak bermaksud hendak membincangkan perkara yang remeh mahupun boleh memecahbelahkan umat islam,tetapi saya berniat untuk:
1.seiring dengan saranan ulama' besar yang kita hormati,prof. dr. yusuf al-qardhawi. beliau telah menyatakan mengenai KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL.
**ilmu mesti berdiri di hadapan perbuatan;dialah yang menjadi petunjuk dan pembimbing segala amalan.dalam sebuah hadith dari mu'adz bin jabal r.a. berkata: "ilmu adalah pemimpin,dan amal adalah pengikutnya".hadith diriwayatkan oleh ibn abdul al-barr dan selainnya daripada mu'adz bin jabal r.a.contohnya,kerana keutamaan ilmu,imam al-bukhari telah meletakkan sebuah tajuk dalam kitab sahihnya yang berbunyi: "bab ilmu sebelum perkataan dan perbuatan". para ulama' berkata bahawa yang dimaksudkan oleh imam al-bukhari adalah : ilmu syarat sahnya sesuatu perkataan dan perbuatan;keduanya(perkataan dan perbuatan) tidak akan bererti tanpa adanya (ilmu);ia mesti didahulukan dan diutamakan ke atas kedua-duanya,kerana ialah yang dapat mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan.para ulama' melanjutkan lagi : imam al-bukhari sengaja mengingatkan kita mengenai kepentingan ilmu,sehingga tidak akan ada orang yang berkata bahawa ilmu tidak berguna,kecuali apabila disertakan dengan amal;yang menuntut demikian itu adalah pendapat yang melemahkan semangat untuk menuntut ilmu pengetahuan dan meremehkannya.

demi menyokong pendapatnya itu,imam al-bukhari telah menampilkan beberapa alasan dan hujjah yang kuat daripada al-qur'an dan hadith rasulullah s.a.w.
contohnya,firman allah;
maksudnya: "maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada tuhan selain allah,dan mohon ampunlah bagi dosamu dan dosa orang-orang mu'min lelaki dan perempuan.." [surah muhammad:19]

dalam ayat tersebut,allah memerintahkan rasulullah s.a.w. pertama sekali memahami tauhid,kemudian beristighfar yang ianya adalah merupakan jenis amalan.meskipun ayat menyebutkan rasulullah s.a.w.,namun perintah tersebut ditujukan kepada seluruh umatnya juga,firman allah;
maksudnya: "hanya saya,mereka yang takut kepada allah dari para hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu pengetahuan(ulama')"
[surah fatir:28]

ayat tersebut menjelaskan bahawa ilmu pengetahuanlah yang boleh menimbulkan rasa khusyu'(takut) kepada allah dan mendorong seseorang untuk melakukan amal perbuatan baik

mengapa ilmu mesti diutamakan berbanding amal?kerana ilmulah yang dapat membezakan hak dan batil dalam perkara akidah;antara yang benar dan salah dalam pendapat dan perkataan;antara yang sunnah dan rekaan[bid'ah];antara yang sah dan batal dalam urusan muamalah;antara perkara yang halal dan haram dalam pemakanan dan perbuatan;antara perkara yang mulia dan hina dalam akhlak;antara yang diterima dan ditolak dalam masalah perbuatan,pekerjaan dan perkara yang seumpamanya.**

2.untuk berkongsi ilmu yang kita miliki.semua orang memiliki ilmu yang berbeza,jadi itulah sebabnya saya memberikan tajuk 'post' saya "mari berkongsi ilmu...".

kesimpulannya,itulah sebab-sebabnya saya menulis 'post' tersebut.seterusnya, saya ingin menasihati para pembaca sekalin supaya kita sentiasa berfikiran positif. sebagai contoh,jika anda membaca 'post' yang bertajuk 'mari berkongsi...' dengan pandangan yang negatif,sudah tentu anda akan terus menuduh bahawa 'post' tersebut berunsur perpecahan kerana fikiran anda sudah di'set'kan negatif.manakala, jika anda membacanya dengan fikiran yang positif dan tenang,sudah tentu anda akan berfikir untuk menjawab persoalan yang mungkin timbul dalam lubuk hati dan seterusnya hal ini akan mendorong anda untuk belajar dan terus belajar dan mencari kebenaran.sebenarnya,pada mulanya saya juga membaca artikel tersebut dengan fikiran yang negatif,tetapi kemudian saya terfikir bahawa sebenarnya pemikiran sebegini hanya akan diakhiri dengan perpecahan umat islam.akhir sekali,saya amat berharap kepada sesipa sahaja yang membaca blog ini terutamanya rakan-rakan yang saya hormati sekalian supaya memberikan dalil yang menyatakan bahawa dibolehkan untuk berzikir dengan suara yang kuat selepas solat meskipun bukan untuk mengajar.saya tidak kisah jika anda terlupa sumbernya kerana saya mempercayai anda sepenuhnya dan saya juga berharap agar dalil tersebut ialah dalil yang sahih.janganlah kita asyik mengatakan sesuatu perkara itu mempunyai khilafnya jika kita tidak tahu apakah dalilnya.

sebenarnya,'post' saya yang bertajuk 'mari berkongsi ilmu...' itu adalah artikel yang saya nyatakan dan ayat-ayat yang menimbulkan kemarahan itu bukanlah saya yang tulis.sekali lagi saya meminta maaf kepada semua pihak agar kita boleh menjadi umat islam yang bersatu padu,insya-allah.

rujukan:
*ms.41;bab 2 KEUTAMAAN KUALITI KE ATAS KUANTITI,FIQH KEUTAMAAN[fiqh al-aulawiyyat],PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWI
**ms.59;KEUTAMAAN ILMU KE ATAS AMAL,KEUTAMAAN DALAM BIDANG ILMU PENGETAHUAN DAN PEMIKIRAN,FIQH KEUTAMAAN[fiqh al-awlawiyyat],PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWI.

wallahu a'lam.sekian terima kasih.
(jika terdapat sebarang pendapat atau teguran mahupun nasihat,harap dapat dilaksanakan dengan cara yang penuh hikmah).

Sabtu, Januari 09, 2010

islam kita junjung bersama!!!

ustaz zahazan

Salam. Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah maghrib ustaz Zahazan di surau An-Nur, bangi. Belum mendengar lagi, ana sudah diminta oleh saudara Murtadha untuk berkongsi apa yang boleh dimanfaatkan di dalam blog ini. insyaAllah ana akan cuba sampaikan apa yang termampu, mengikut kefahaman ana.

Hari ini kita heboh dengan satu isu yang sensitif di hati umat Islam. Isu berkaitan nama Allah. Bila kita mempertikaikannya, ada dari kalangan kita menggelar mereka2 ini sebagai racist. Sedarkah kita ini adalah satu isu yang berbahaya(merbahaya tiada dalam istilah sebenar bahasa melayu) kerana sedar tak sedar, agama kita semakin longgar. Ada yang membanding-bandingkan dengan keadaan di negara2 arab sana, di mana penduduknya rata-rata bertitle muslim. Hanya terdapat golongan minoriti yang tersangat kecil sahaja yang non muslim. Jadi, kadang2 kita tak dapat membezakan yang Islam mahupun sebaliknya. Itu tidak akan menggugat Islam di sana. Berbeza dengan di sini. Adakh kita mahu, 10 tahun lagi, mereka mahu menggunakan masjid pula sebagai nama untuk rumah ibadah mereka. Adakah ini yang kita inginkan?

Seketika teringat satu dalil(afwan, ana lupa sumbernya, quran atau hadis) yang mafhumnya ada menyebut bahawa mukmin itu membenci kafir. Ya, tetapi dalam membenci itu ada adabnya. Kita tidak lupa dengan adab2 dengan zimmi, tapi jangan sampai kita lupa dan dipijak kepala pula! Dalil tersebut memuji para sahabat sebenarnya, kerana para sahabat amat memuliakan islam itu sendiri, berbanding kafir. Ada satu hadis yang menyebut bahawa”tangan yang berada di atas lebih baik dari tangan yang berada di bawah”. Untuk membenarkan hadis nabi ini, para sahabat telah menetapkan jika para zimmi ingin membayar jizyah, mereka perlu menghulurkan tapak tangan mereka ke atas, dan tangan penerima mengambilnya agar tangan kafir sentiasa di bawah. Ini adalah salah satu tanda usaha sahabat untuk memuliakan Islam itu sendiri. Jadi, di manakah peranan kita dalam mencontohi para sahabat ini? Mereka adalah contoh terbaik kita selepas nabi, malahan mereka digelar bintang2 yg begemerlapan di langit malam oleh rasul.

Sebahagian dari kita,dewasa ini sering mempertikaikan sahabat dan para ulama zaman dahulu. Seharusnya kita mencontohi da’ie2 yang hebat ini dalam membawa Islam ke mata dunia. Ibnu abas, contohnya, adalah seorang muallim dengan sifat murabbi yang patut dicontohi. Ada yang mempertikaikan kehebatan Ibnu Abas kerana ada riwayat2 beliau yang diambil dari Israiliyyat.. adakah kita ini berlagak lebih hebat dari beliau yang tidak diragui kealimannya? Beliau pernah bertanya kepada nabi mengenai Israiliyyat, dan baginda bersabda kepadanya yang bermafhum,” Israiliyyat ada tiga, jika tepat dengan quran dan sunnahku, maka khabarkanlah. Jika bercanggah dengan keduanya, maka haram disebarkan. Tapi jika tiada berlanggar mahupun bertepatan dengannya, maka tiada salahnya.” Huraian panjang ana ini utk membuktikan bahawa mereka patut diikuti bukan dipertikai. Mereka lebih tahu alasannya. Walhal kita pada zaman ini sibuk mempertikai hadis2 dhaif, malah ada yang membeza2kan hadis dhaif at-tarmizi dan hadis sahih at-tarmizi. Bukankah beliau bukan calang2 orang? Pasti hadis2 dhaif itu ditulis dengan alas an tersendiri. Malah, imam bukhari sendiri memiliki kitab hadis dhaif yang menyentuh tentang adab. Salah satu hadis yang terkandung di dalamnya ada menyebut yang mafhumnya,” jika kamu membenci seseorang, hendaklah benci sekadarnya kerana boleh jadi suatu hari nanti orang yang kamu benci itu adalah orang yang paling kamu cintai, dan cintalah seseorang itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi orang yang kamu cinta itu suatu hari nanti akan menjadi orang yang paling kamu benci”. Bukankah hadis ini menepati menepati kehidupan kita pada hari ini, malah ustaz juga telah menyelitkan satu contoh reality mengenainya. Tidak perlulah saya sebutkan di sini. Hadis itu juga bertepatan dengan fitrah Islam itu yang sederhana dalam semua perkara. Jadi, perbuatan2 mereka ini bersebab, dan tidak perlulah kita mempertikai mereka sebaliknya mencontohi mereka. Ingat tak cerita para2 sahabat, ada yang pernah kencing di masjid, ada yang pernah membunuh anak sendiri, tapi baginda nabi telah membentuk mereka sebagai role model terbaik untuk dicontohi. Mereka tidak boleh dipertikaikan kealiman dan kredibiliti kerana taraf mereka berbanding kita adalah sangat berbeza. Bukankah lebih baik kita mencontohi mereka dan menjadi ‘saudara’ nabi seperti yang disebutkan dalam satu hadis baginda yang masyhur,”…. Saudaraku ialah mereka yang hidup pada akhir zaman dan berpegang teguh dengan Islam dan sentiasa merinduiku walaupun tidak pernah melihat wajahku…” (afwan, mafhum ini tidak berapa tepat, tapi maksud ‘saudara’ itu sampai hendaknya.)

Jadi, apakah peranan kita pada hari ini dalam menjunjung Islam kembali kepada takhta yang selayaknya, sebagaimana telah kita lihat pada lembaran2 sejarah yang telah dicoret indah oleh para sahabat? Banyak, antaranya, perlulah kita membina satu ‘taifah’ seperti yang disebut di dalam satu hadis,mafhumnya,”akan ada satu taifah(kumpulan) yang berpegang teguh dengan agama Islam padahal masayarkat ketika itu tidak lagi mengamalkan Islam(afwan, ana juga kurang pasti ketepatan hadis ini)”. Kita juga perlu mengikuti saranan ulama besar kita, imam yusuf al-qardhawi, yang mana ustaz zahazan memetik saranannya ketika menziarahi Malaysia dahulu supaya menyokong orang Islam. Kebanyakan dari kita sering mempersoalkan kehalalan makanan, boikot dan sebagainya. Bukankah lebih baik kita membina satu lorong alternatif yang boleh menjadi pilihan muslim untuk membeli barangan muslim, atau setidak2nya kita yang menyokong alternatif ini? Sekiranya ada pilihan, utamakanlah produk muslim. Jika terdapat kelemahan, eloklah kita menegurnya supaya ada perkara yang boleh dibaiki, bukan meninggalkan mereka dengan kesalahan2 itu. Biar mereka berubah menjadi produk2 yang lebih berkualiti dan bersaing dengan sang kafir. Menegur pula ada tatacaranya, seperti yang ditegur oleh Allah akan rasulnya, dalam az-zahrawain(afwan,ana lupa mana satu) yang menyuruh nabi supaya berlembut dengan orang Islam. Nabi juga menyarankan kita senyum, sehingga melabelnya sebagai sedekah. Jadi, menegur kita itu biarlah membina bukan menjatuhkan orang lain. Tirulah juga imam hadis sahih kita, yang menghafal sejuta hadis. Bila ditanya, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengumpat sejak beliau tahu mengumpat itu haram hukumnya. Bila diselidik bilaka beliau tahu mengumpat itu haram, ialah ketika beliau diajar tentang ayat yang terkandung di dalam surah al-hujurat oleh ibunya ketika berumur 5 tahun! Jika kita saling menyokong sesama muslim, pasti kita dapat membentuk satu rabitah yang utuh. Endahkan percanggahan remeh kita yang boleh mengakibatkan pertelingkahan, sebaliknya utamakan mana yang lebih aula. Maaf jika ana sebutkan di sini, pentingkah jika kita mempertikaikan mengenai keutamaan solat ba’diyah berbanding solat hajat berbanding keutamaan mencari resolusi mengenai masalah ramainya umat Islam yang mengabaikan solat? Perlukah dipertikai mengenai bilangan terawih 8 atau 20 sedangkan pastikah kita anak muda di luar melakukan solat isya’ atau tidak? Akhir sekali, Beranikan diri menjunjung Islam, bukan lantang bersuara tapi seperti tin kosong yang jatuh, lantang bunyinya tapi tiada berisi. Wassalam. Allahuakbar!

** tulisan ini diolah oleh ana sendiri, berintipatikan ilmu yang ana dapat dari kuliah tersebut. Maaf jika terlalu panjang lebar dan membosankan atau berbelit, ana hanya seorang insan yg penuh kekhilafan. Maaf juga kerana dalil2nya tidak ana ingat kerana ana menanggung banyak dosa yang tidak membenarkan hati ini diterangi cahaya dalil2 itu. Jika ada sebarang kesilapan, sila tegur ana agar boleh diperbetulkan.


Khamis, Januari 07, 2010

Husni Mubarak-baik lagi diberkati????

Assalamualaikum

Saya rasa nama diatas tidak asing bagi umat Islam kerana ianya popular dalam dunia Islam khususnya di rantau timur tengah dan arab. Saya tertarik untuk mengingatkan kita semua tentang satu ungkapan dalam ceramah Dr Yusuf Al Qardhawi di s alam "Masyaarakat bukanlah bersih semata-mata, bersiih secara mutlak, namun memang ada musuh dalam selimut ataupun disebut al munafiquuuuuuuuuun". Beliau juga mengingatkan bahawa munafiq sekarang jauh lebih dhsyat daripada munafiq pada zaman nabi dahulu.

Seperti yang kita ketahui, saudara seIslam kita di gaza sentiasa ditindas dan dizalimi. Mereka bukan sahaja tidak mendapat bantuan daripada negara-negara Islam yang berhampiran dengan mereka, malah dizalimi dan diseksa oleh pemimpin-pemimpin negara Islam yang bedekatan dengannya. Sudah la sentiasa diserang oleh Israel, ramai pendokong dan pemimpin Hamas di Tebing Barat ditangkap oleh puak militan abbas dan diseksa dalam penjara. Bukan setakat itu, saudara seIslam kita yang tinggal di Gaza(yang berada di bawah pemerintahan Hamas) disekat segala jenis bantuan kepada mereka. Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan ini dilakukan oleh kerajaan Islam Mesir.

Hosni Mubarak(presiden Mesir) telah mengarahkan pasukan keamanan Mesir supaya menyerang mana mana pihak yang cuba melintasi sempadan Rafah(Mesir-Gaza). Dalam kes terbaru ni, satu konvoi viva Palestina yang diketuai oleh George Galloway MP British telah berdepan dengan kekerasan FRU Mesir yang memukul dan menembak gas pemedih mata ke arah mereka. Dei Macchaaaaaaaaaaaaaa!!!! Apa da jadi, orang Islam sendiri menyerang orang kafir yang cuba menyalurkan bantuan kepada orang Islam di Gaza. Isy...isy...isy.... Bangang sungguh mereka ini. Saya ingat Hosni Mubarak pernah buat kenyataan bahawa dia tidak akan membiarkan rakyat gaza kebuluran, tetapi apa yang berlaku menunjukkan kenyataannya itu hanya retorik semata-mata.

Dalam pada itu, Kerajaan Mesir juga telah memulakan kerja pembinaan tembok besi di sempadan Mesir-Gaza. Tembok ni bukan macam tembok biasa tapi sangat-sangat berkualiti. Tingginya ialah 18 meter, diperbuat daripada besi dan tembaga dan juga tahan ledakan bom. Mentang-mentang tembok sebelum ni dah berjaya diruntuhkan oleh Hamas, mereka bina tembok baru yang jauh lebih kebal. Yang lebih terkejut lagi, jurutera yang membina tembok ini datang dari AS. Maksudnya Hosni Mubarak tak boleh nafikan tembok ini ialah rancangan Pakatan Mesir-AS. Presiden Palestin memerangkap Presiden Fatah iaitu Mahmoud Abbas pula tidak segan silu menyatan persetujuannya terhadap pembnaan tembok itu. Bahalol sungguh la mamat ni.... Ramai ulama' mengeluarkan fatwa mengharamkan pembinaan tembok itu termasukla dr yusuf Al- qardhawi namun pihak mesir memekakkan telinga mereka. Mereka inilah munafiq zaman moden termasuk si mahmud abbas.

Pernah pada zaman nabi dahulu, musuh-musuh Islam bergabung membentuk Pakatan Ahzab untuk menghancurkan kerajaan Islam Madinah. Sekarang ni kita dapat lihat Pakatan Ahzab Moden iaitu Pakatan Hosni Mubarak-AS-Mahmud Abbas yang mahu menghancurkan kerajaan HAMAS Gaza. Marilah kita berdoa supaya Allah beri kekuatan kepada saudara seIslam kita di Gaza.....................................................

Selasa, Januari 05, 2010

[UPDATED] DAKWAH DAN BISNES

Salam...

Suatu hari, ketika kelaparan saya pun bergegas mencari restoran.. nak makan! Namun didepan mata saya nie ada beberapa restoran...
"RESTORAN CAFE SANTAI" ehm macam ramai org.. agk nye sedap kot! Tu yg ramai pergi tu... "RESTORAN APE2 AJE" x ramai lak org kt sini.. Sedap ke x nie?Ntah la...
Dr dua restoran nie agaknye saya pilih yg mane..? Ehm akhirnye saya memilih utk ke RESTORAN CAFE SANTAI! Kenapa? Ntah ramai g sne.. Sedap kot!
Pendek cerita, lpas makan, rupe nye x sedap pn kedai tu! Pd hari yg lain saya mencuba di RESTORAN APE2 AJE... Eh,boleh tahan! Lg mantap dr yg seblom nie!
KAITAN STORY DI ATAS DENGAN DAKWAH
Pada pendapat antum, rse2 nyer pelanggan yg ramai dekat RESTORAN CAFE SANTAI td mereka akan ke sNe lg x..? Blom tentu! Rse nyer lepas mencuba RESTORAN APE2 AJE.. lebih ramai ke sNE.. Maksud nye (RESTOTRAN CAFE SANTAI) Customer datang once only! Dalam dakwah kita nak Mad'u (dlm story mad'u=customer) comes again!
Bila berdakwah kalo setakat 1st appearance je mantap! Lepas2 tu jatuh.. xde modal, xde style.. So,Mad'u akan lari.. Biar la kita ber sahaja,ber sederhana plg penting berILMU...! Mad'u akan kembali cari kita... Proses DAKWAH berkembang bukan.. haHA..
So,conclusion dr POST ringkas nie is, Bile berDAKWAH mahupun berBISNES... Kualiti comes first! Not the price... Kalau saya jual kain mahal tak berkualiti, berbanding Muad'z jual kain murah sket dan berKUALITI... Org akan g cari MUAD'Z lepas nie! Betul..?
mATLAMAT bisnes=dakwah ialah untuk jangka mase panjang. Bukan PRoFIT tinggi tp sementara.. Biar berkekalan dalam arena DAKWAH..
Berdakwah matlamat biar in the long run.. yakni jangka mase PANJANG! Jgn jadikan alasan "ana x bersedia la..." Kalau pun die bersedia lepas nie, berapa lama nak tunggu untuk persediaan seterusnya.. Kita harus bijak merancang! Jadi PROFESSIONAL DAI'E dlm dunia kian canggih kini!
AYUH TRANSFORMASIKAN DAKWAH KITA....
[updated from "da'wah dan bisnes" dr bicara mujahid]

Ahad, Januari 03, 2010

..belahan maut..




Assalamualaikum..

sekadar berkongsi..

selain faktor kerohanian yg menjadi tulang blakang kekuatan tentera islam pada masa dahulu,reka bentuk serta struktur pembuatan senjata pd zaman tersebut juga penting.Hal ini berdasarkan kajian terhadap pembuatan senjata yg mnjadi kegemaran para pahlawan islam pada masa dahulu, iaitu pedang..

Rekabentuk pedang tentera Muslimin adalah sedikit melengkung dan bahagian hadapan bilahnya adalah lebih berat dan padat. Pedang jenis ini mampu memberi tekanan yg lebih berat kepada musuh ketika bertarung di medan pertempuran.

Rekabentuk pedang yg jenis sedemikian menjadi kegemaran para pembuat senjata yg berada di benua Asia (dari Arab, India, China, Jepun hinggalah ke Nusantara)



Pedang yg berbentuk sedemikian merupakan pedang yg direka khas utk memancung, menetak dan memotong. (sesuai dgn firman Allah surah Muhammad ayat ke-4)

Dan sepanjang pembacaan sy, teringat pula bahawa Nabi Muhammad amat menggemari rekabentuk pedang yg dibuat oleh Bani Hanifah. (Bani Hanifah merupakan kaum yg dipimpin oleh Musailamah al-Kazzab dlm Perang Yamamah utk melawan kerajaan Islam selepas kewafatan baginda).

Daripada rekabentuk pedang Bani Hanifah-lah tercetusnya revolusi rekabentuk pedang dan senjata di bumi Arab pada masa itu.

Jikalau kita melihat kepada pedang tentera kafir Eropah / Rome, ia berbentuk tegak, lurus. Beratnya sekata dari hujung, hinggalah ke pangkal bilahnya..



Rekabentuk yg sedemikian digunakan hanya utk menusuk, menyucuk dan menikam.

Ketika di medan pertempuran, teknik bertarung yg digunakan oleh tentera Muslim dgn pedang yg sedemikian lebih mudah utk dikuasai berbanding teknik tentera kafir Rom / Eropah kerana dlm peperangan, jika kita menjadikan kepantasan sebagai asas dlm strategi, maka utk membunuh musuh, pancungan adalah cara yg terbaik..

Sekali kena.. Zassss!!!!!!

Darah mancut!! Chreeett!!! Terus musuh rebah..


Saya ingin berkongsikan suatu artikel dari internet:

Pertamanya berkenaan kisah Panglima Islam Sallahuddin Al-Ayubi dengan Richard The Lionheart;

"Pedang Persia sungguh sangat mengagumkan. Ia mampu memotong sutra yang dijatuhkan dari udara. Tak cuma itu, pedang buatan Damaskus juga sanggup mematahkan bilah pedang lain atau batu tanpa hilang ketajamannya. Alkisah, saat Perang Salib berkecamuk, Raja Richard The Lionheart sempat mempamerkan kehebatan pedangnya kepada Salahudin Al-Ayubi panglima pasukan tentara Muslim Dengan penuh arogan Richard menebaskan pedangnya pada sebuah baja. Dalam satu kali tebasan, pedang Richard 'Berhati Singa' mampu membelah baja itu.



Salahudin pun tersenyum dan kemudian melemparkan kain sutra ke udara. Lalu, pedang yang disandang nya dihunuskan. Ketika mengenai bilah pedang Saladin, kain sutra itu terpotong menjadi dua. Kisah itu menunjukkan betapa pedang yang dibuat peradaban Islam sungguh luar biasa tajamnya."

Keduanya berkenaan cubaan tentera salib untuk mengetahui rahsia pembuatan pedang dari tentera islam;

"Saat Perang Salib itulah, peradaban Barat mulai mencari rahasia teknologi tempa baja yang dikuasai dunia Islam. Tentara Perang Salib menyebut baja yang hebat dari Damaskus itu dengan sebutan Damascus Steel. Teknologi pengolahan besi dan baja Damaskus kesohor karena mampu menempa dan mengeraskan wootz steel menjadi indah dan lentur.

Seni membuat pedang di era kejayaan Islam mendapat perhatian khusus dari peradaban Barat. Secara khusus, Robert Hoyland dan Brian Gilmore menulis buku bertajuk, "Medieval Islamic Swords and Swordmaking". Buku setebal 216 halaman itu mengupas risalah yang ditulis ulama Muslim terkemuka pada abad ke-9, M Ya'qub Ibnu Ishaq Al-Kindi, tentang "Pedang dan Ragam Jenisnya".

Sumber dipetik dari laman Muslim Daily


Sabtu, Januari 02, 2010

mari berkongsi ilmu................

assalamualaikum..............
saya ingin berkongsi sebuah artikel yang agak menarik perhatian saya.........
artikel ini telah diambil dari al-fikrah.net...........

Baru-baru ini meledak satu isu berkaitan Fahaman Wahhabi di dada-dada akhbar ekoran penangkapan seorang bekas mufti Negeri Perlis oleh Jabatan Agama Selangor (JAIS) yang didakwa mendoktrinkan fahaman Wahhabinya kepada masyarakat. Namun, akhirnya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.
Walaupun begitu, bukan itu isu yang mahu saya tangkap masuk ke dalam tulisan kali ini. Tetapi lebih kepada kenyataan oleh seorang tokoh lain rentetan dari isu Wahhabi tersebut.
Sebenarnya saya tertarik dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim sebagaimana berikut dinukilkan dari riwayat Akhbar Berita Harian

Beliau berkata, fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam.

Antara perbezaan pendapat yang menimbulkan perselisihan ialah tidak membaca qunut dalam solat subuh, membaca Yaasin pada malam Jumaat, membaca talkin, tidak berwirid selepas solat dan mengadakan tahlil.


Manakala menurut riwayat dari jalur sanad Akhbar Utusan Malaysia:

Quote::
Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jari-jemari saya lebih teruja untuk menikam papan kekunci menoreh sekitar isu Wahhabi tidak berzikir (atau berwirid) setiap selepas solat (merujuk solat fardhu).

Sebagaimana yang disentuh oleh Dato' Dr. Mashitah di atas, pertamanya beliau menyentuh soal perselisihan di dalam agama dari kalangan umat Islam. Sebenarnya, dalam persoalan perbezaan pendapat di dalam agama, ia bukanlah suatu perkara yang asing. Malah ia sebenarnya telah lama disentuh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin/orang-orang yang berilmu) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisaa', 4: 59)

Apa yang menarik, selain Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan tentang perselisihan melalui ayat tersebut, Allah juga telah menyatakan solusinya apabila berlaku perbezaan pendapat di antara orang-orang yang beriman. Iaitulah dengan kembali merujuk al-Qur'an dan as-Sunnah.

Maka, apabila isu zikir ini timbul. Apa yang mahu saya tekankan adalah, pentingnya kita kembali kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.

Abaikan saja isu Wahhabi atau bukan Wahhabi.

Sebagai menghormati Mazhab Kebangsaan kita, Mazhab Syafi'e, berikut saya dahulukan pendapat Imam asy-Syafi'e sendiri berkenaan isu zikir selepas solat ini. Juga sebagai sebuah pengiktirafan bahawa beliau adalah salah seorang ulama besar dalam dunia ilmu yang wajar dijadikan sebagai contoh dan ikutan.

Imam asy-Syafi'e rahimahullah menjelaskan sebagaimana berikut yang bermaksud : Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah di setiap kali selesai solat, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, melainkan bagi seseorang imam yang mahu menunjuk-ajar para makmumnya berkenaan zikir, maka dia boleh mengeraskan suara/bacaan zikirnya, sehingga apabila dia telah mengetahui bahawa para makmum telah tahu, maka hendaklah dia kembali merendahkan suara zikirnya, kerana Allah 'Azza wa Jalla berfirman (maksudnya):

Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya. (Surah al-Israa', 17: 110)

Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta'ala a'lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Umm, 1/127)

Perkara ini turut diperkuatkan lagi dengan penjelasan salah seorang ulama besar bermazhab Syafi'e iaitu Imam an-Nawawi rahimahullah yang bermaksud: Para ulama dari mazhab Syafi'e (ash-haabunaa), berkata: Zikir dan doa setelah solat, disunnahkan supaya dilakukan dengan merendahkan suara, kecuali apabila dia seorang imam yang hendak membimbing (mengajar) orang lain (para makmum), maka dibolehkan untuk mengeraskan (menguatkan) suaranya, supaya mereka semua dapat belajar darinya, dan apabila diketahui bahawa mereka telah memahami serta sudah tahu (akan zikir-zikirnya), maka hendaklah dia kembali berzikir dengan merendahkan suara. (Rujuk: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 3/487)

Dari dua perkataan ulama besar ini, kita dapat melihat beberapa titik penting dalam persoalan zikir sebaik selesai solat fardhu:

1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan).

2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.

3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

Demikianlah tiga isi utama yang dapat kita ambil dari perkataan Imam asy-Syafi'e dan Imam an-Nawawi di atas.

Jadi, jika benar kelompok Wahhabi meninggalkan atau menolak amalan berzikir selepas solat fardhu, maka kefahaman ini jelas bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Imam dari mazhab Syafi'e tadi.

Malah, berzikir setelah solat, ianya adalah bersandarkan kepada hadis-hadis yang sahih. Cukuplah saya bawakan salah satu contoh zikir yang tsabit dari sunnah yang dianjurkan untuk diamalkan. Dari sebuah hadis, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang di setiap kali selesai solatnya (solat fardhu), dia menyucikan Allah (berzikir Subhanallah) 33 kali, memuji Allah (mengucapkan al-hamdulillah) 33 kali, dan membesarkan Allah (mengucapkan Allahu Akhbar) 33 kali, yang semuanya menjadi 99 kali kemudian dicukupkan 100 kali dengan Laa ilaaha illallahu wahdahu la syarikalah... maka, Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis Riwayat Muslim, Bab: Zikir-zikir yang dianjurkan sebaik selesai solat, 3/262, no. 939. Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu.

Maka, dengan terang lagi bersuluh dengan bersandarkan kepada hadis Nabi dan perkataan dua ulama besar dari mazhab asy-Syafi'e bahawa berzikir setelah selesai solat fardhu itu hukumnya adalah dianjurkan (sunnah).

Jika benar Wahhabi menolak sunnah berzikir setelah solat fardhu ini (sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah), bermakna mereka (kelompok Wahhabi) telah salah.

Namun, perlu kita fahami juga berkenaan dengan adab-adab di dalam berzikir. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh dua imam tadi iaitu:
1 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu (bukan secara berjama'ah/koir).

2 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya. Apatah lagi dengan berlagu, maka itu jelas-jelas telah salah.

Kesimpulan dari kenyataan Imam asy-Syafi'e dan Imam an-Nawawi ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang menyentuh berkenaan adab-adab di dalam berzikir secara umumnya:

maksudnya: Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raaf, 7: 205)

Berkenaan ayat ini, seorang lagi ulama besar dalam bidang tafsir yang bermazhab Syafi'e menjelaskan:
Terjemahan: Demikianlah zikir dianjurkan, iaitu dengan suara yang tidak dikeraskan dan tidak dinyaringkan. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)

Perkara ini menjadi lebih jelas apabila kita merujuk kepada sebuah hadis, di mana Sahabat bernama Abu Musa al-'Asy'ari menceritakan:

Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):

Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)

Jika ini dapat kita fahami, jelaslah bahawa rata-rata masyarakat negara kita yang mengaku bermazhab Syafi'e sebenarnya telah membelakangkan perkataan Imam-imam besar mereka. Khususnya dalam persoalan berzikir selepas solat yang saya sentuh ini.

Maka wajarlah kita semua secara umumnya untuk bermuhasabah dan memperbaiki semula amalan kita dalam melaksanakan zikir setelah selesai solat (selepas salam). Saranan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri khususnya, kemudian kepada golongan Wahhabi jika benar sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Mashitah, dan juga kepada masyarakat awam umat Islam di negara kita am-nya yang begitu ketara melanggari garis panduan di dalam berzikir sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para imam besar mazhab kita.

Ada pun persoalan-persoalan lainnya yang dibangkitkan oleh Dato' Dr. Mashitah berkenaan fahaman Wahhabi seperti tidak berqunut subuh, tidak bertahlil, dan tidak beryasinan malam Juma'at, maka telah lama saya sentuh di dalam blog fiqh saya. Para pembaca bolehlah merujuk ke sana.

Sebenarnya, persoalan yang diutarakan oleh Dato' Dr. Mashitah tersebut adalah merujuk kepada perbezaan pendapat yang telah lama berlaku, jauh sebelum datangnya era istilah Wahhabi diperkenalkan. Jika kita berusaha untuk bersusah-payah menela'ah, insyaAllah kita pasti akan mampu bertemu dan memahaminya...