Sabtu, Mei 29, 2010

Mari Join millatfacebook....

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.
Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.
“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.
Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.
Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.
Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.
Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Jumaat, Mei 07, 2010

10 Sifat Peribadi Muslim

Berikut merupakan sifat peribadi yang seharusnya disemaikan dalam diri individu muslim.Seandainya salah satu komponen tersebut tiada dalam diri kita,maka fikir-fikirkan dan renungkanlah sendiri.......

1) Aqidah yang sejahtera
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang mantap
4) Luas pengetahuan
5) Sihat tubuh badan
6) Mampu berdikari
7) MELAWAN NAFSU....!!!!!
8) Menepati masa
9) Tersusun urusannya
10) Bermanfat kepada orang lain


Semoga komponen-komponen ini mampu menjadi petunjuk kepada kita dalam merealisasikan individu Muslim yang sejati.

Rabu, Mei 05, 2010

Adilkah!!!????

salam...
hehe~ lame x tules kat blog ni...

kadang-kadang kita ditanya...
adilkah tuhan...???
adakah ALLAH maha ADIL...???
kita jawab...mestilah adil...kan dalam al-asma ulhusna ada al-adlu (maha adil)...
habis tu...kenapa banyak lagi orang miskin kat dunia ni..???
kalau ALLAH itu adil mesti semua dapat sama rata kan...
kenapa ya..???

kemudian satu idea terlintas di fikiran saya...
mungkin dapat menyumbang untuk menjawab persoalan ini..

saya dapat idea ni daripada seorang kawan saya...
semalam dia bagi mesej pasal teka-teki yang menarik minat...
kisahnya berlaku pada zaman sahabat...
zaman saidina ali mungkin...

begini teka-tekinya:

terdapat seorang sahabat yang membawa lima buku roti...kemudian datang seorang lagi sahabat membawa tiga buku roti...selepas itu, seorang lagi sahabat datang nak 'join' dua sahabat tadi makan sama-sama...tapi sahabat tadi tidak membawa roti...lalu ketiga-tiga mereka pun makan kelapan-lapan roti tersebut...bahagi sama rata...setiap seorang dapat sama banyak...setelah habis makan...sebelum pulang, sahabat yang tidak membawa roti tadi mengeluarkan lapan dirham untuk diberi kepada kedua-dua sahabatnya tadi sebagai balasan kepada roti itu..."pandai-pandailah 'hangpa' nak bahagi," katanya kepada dua sahabatnya itu sebelum beredar...
lalu timbul persoalan bagaimana lapan dirham itu perlu dibahagikan supaya ADIL...
sahabat yang pertama kata...'kita bahagi 5:3...'
sahabat kedua pula kata...'tak boleh, tak boleh... lebih baik kita jumpa ali... ali lebih ADIL'
lalu mereka pun berjumpa saidina ali untuk mendapat 'decision' yang lebih ADIL...
apakah keputusannya..?????

adakah 5:3(nampak adil sikit)...atau adakah 4:4(sama banyak, adil juga..tapi bilangan roti yang mereka bawa tak sama banyak...adilkah????)...atau mungkin 6:2(uish...dah jauh sangat beza tu...tak adil, tak adil)...habis tu apa..?????

jeng..jeng..jeng..

saidina ali kata keputusan yang paling adil ialah...yang bawa lima roti dapat 7 dirham, dan yang bawa tiga roti dapat 1 dirham sahaja...
aik!!! mana adil begitu...beza bilangan roti DUA saja, tapi beza duit sampai ENAM dirham...
adilkah begitu...???

jadi begitulah kita...secara lahiriah, ada manusia dapat banyak ada manusia dapat sedikit...tetapi kalau ia boleh dilihat secara mendalam...apa yang kita dapat ialah apa yang paling adil dan terbaik untuk kita...jadi bersyukurlah selalu...jangan merungut...selalu ingat...otak kita terbatas...tak boleh fikir semua benda...apa yang tuhan cipta ada hikmahnya...namun, sesetengahnya langsung tidak boleh terlintas di fikiran kita...tidak boleh difikirkankan oleh otak kita...ALLAH yang maha MENGETAHUI segala-galanya...

bukankah yusuf qardawi pernah menyatakan bahawa rezeki tidak hanya merangkumi harta benda...tidak hanya merangkumi duit...tetapi rezeki ALLAH boleh didapati dalam pelbagai bentuk...harta..duit..masa..anak..kesihatan..umur..selera makan...bukankah semua itu rezeki???
sering kita melihat...orang itu kaya, tapi tiada anak...orang itu kaya, tapi tiada masa untuk diluangkan masa untuk anak-anak...orang itu banyak duit, tapi selalu jatuh sakit...orang itu banyak harta, tapi selalu tiada selera makan...orang itu banyak wang, tapi selalu ada masalah, hidup tak tentu hala...
mana taknya, meraka tidak mahu bersyukur atas apa yang mereka perolehi...itulah sebab rezeki mereka ditarik...walaupun harta mereka tidak berkurang...
bukankah lebih baik hidup yang sederhana, tapi bersyukur...lalu hidup tiada masalah..selalu sihat...selera makan baik...dikurniakan ramai anak...

tapi kenapa ada orang yang kaya...yang tak bersyukur atas nikmat harta... tapi hidup mereka senang lenang...semua dia dapat..anak pun ramai...sihat je..selera tinggi..adilkah??
itu istidraj...rezeki tu untuk sesatkan lagi mereka...ingat...bukankah firaun laknatullah juga begitu kehidupannya...tapi akhirnya apa yang terjadi???semua dah tahu kan...

begitulah keadilan ALLAH...apa yang kita dapat bergantung kepada apa yang kita lakukan...apa yang kita dapat adalah apa yang paling adil dan terbaik untuk kita...

hehe~
mesti semua masih tertana-tanya kenapa saidina ali buat keputusan yang macam tidak adil kan..???
sebenarnya itulah yang paling adil...tak percaya???
ini alasannya...

sahabat yang bawa 5 roti=A
sahabat yang bawa 3 roti=B
sahabat yang tidak bawa roti=C

semua roti ada 8...bayangkan mereka bahagi sama rata... setiap roti dibahagikan kepada 3 bahagian kecil...jadi semuanya ada 8x3=24 bahagian kecil...setiap seorang akan makan 8 bahagian kecil...jadi A membawa 5x3=15 bahagian kecil...A makan 8, dan dia memberi 7 bahagian kecil kepada C...B pula membawa 3x3=9 bahagian kecil...B makan 8, dan dia beri hanya satu roti untuk C...
jadi nisbahnya 7:1...

ADIL bukan..???

wasalam...

Ahad, Mei 02, 2010

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

oleh: ABUL A’LA AL-MAUDUDI


Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa
pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah
setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan
kekacauan politik.
Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negaranegara
Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat
menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah
secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan
ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa
negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih
gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas
sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini
ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan
fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

Sabtu, Mei 01, 2010

Menghadapi Musibah

Jenis- jenis musibah dan tujuannya
  1. Bala' ialah apabila orang yang jahat melakukan kejahatan. tujuannya supaya dihina di dunia sebelum dihina di akhirat. Allah berfirman yang bermaksud: " Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah al- Anbiya' 21:35)
  2. Ibtila' ialah apabila orang yang baik melakukan kebaikan. Tujuannya supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan,supaya mereka mengambil pelajaran." (Surah al-A'raf 7:130)
  3. Kafarah ialah apabila orang yang baik melakukan kejahatan. Tujuannya supaya sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang mukmin. Allah berfirman yang bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesunnguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (Surah al Ankabut 29:2-3)

Bagaimana Menghadapi MUSIBAH?

  1. Tetapkan keyakinan dalam hati bahawa musibah itu dari Allah
  2. Menahan dan mengawal diri dengan sifat sabar.
  3. Banyakkan doa dan berzikir
  4. Tetap berusaha untuk mengatasi musibah itu
  5. Segera bertaubat lantas bertawakkal kepada Allah
"Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian, dan apabila Allah suka kepada kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka Allah redha dan jika dia marah, Allah pun marah kepadanya."
(Riwayat al-Tirmizi no.2396)