Selasa, Februari 08, 2011

Bangunlah

***tiada kena mengena dgn revolusi mesir***


Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

“Winston from America?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disal

urkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.

Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak ben

dera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?




Cerpen ini adalah hasil nukilan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, yang ditumpahkan dalam ke'hamasah'an kita berperang dengan zionis. Adakah kita benar2 seorang pejuang?


Bangunlah sahabat,
Bukannya nak kata demonstrasi itu salah, tetapi asas agama mesti kukuh...
Bukannya nak kata bakar bendera bendera Israel itu salah, tetapi iman di hati mesti utuh,
Bukannya nak kata merobek gambar PM Israel itu salah, tetapi muhasabah dulu kita punya Subuh,

Arus kemodenan kian melanda umat masa kini, memang tidak dapat dinafikan umat Islam sudah kian jauh dari jalan yang benar, masing-masing hanyut denagan tipu daya dunia, ditambah dengan nafsu dan syaitan yang licik, iman sahaja yang mampu menewaskan mereka,
yang kuat, yang lemah, yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda, tidak terkecuali semuanya..

Memang mudah kita letakkan kesalahan kepada negara-negara barat, iluminati, satanic, hiburan melampaui batas, pergaulan bebas mereka, macam-macam lagi, tetapi,
Sejauh mana hati kita terdetik untuk mengubah diri kita,
Sejauh mana kita berusaha menjauhi masalah-masalah itu,
Sejauh mana tindakan kita mengatasi masalah itu dalam kalangan umat Islam..
Masing-masing gah dengan kehebatan dunia sahaja..

Semangat perjuangan semua hanya pada kata-kata sahaja,
Praktikalnya? Hancur lebur dimamah kenikmatan dunia yang sementara..

Teringat saya kepada kata-kata Prof. Yusuf bin Ahmad dalam ucapan beliau semasa Program Ramah-mesra yang dijalankan di Irbid baru-baru ini,
"Saya tidak risau akan tindakan orang-orang kafir yang bertindak untuk menghancurkan Islam, itu sudah memang kerja mereka, tetapi saya lebih risau jika orang-orang Islam tidak bertindak untuk mengatasi masalah ini,"

Benarlah sabda nabi s.a.w. bahawa umat masa kini boleh diumpamakan sebagai buih di lautan, tiada kualitinya, jika berkocak, reaktif sungguh, makin bertambah buih-buihnya..namun, ia cuma buat sementara, reaktif cuma sementara. Kemudian senyap. Mengapa?

Memang dapat dibanggakan ramai orang Islam yang sangat bersemangat menyertai demonstrasi dan sebagainya, namun, semangatnya hanya di situ, kemudian, balik rumah, tido, main game, tengok tv, tiada perubahan...tiada gaya hidup muslim..


Bukannya nak kata tak boleh nak tido,
Bukannya nak kata tak boleh nak main game,
Bukannya nak kata tak boleh nak tengok tv,
Tetapi, kepentingan umat mesti diutamakan..
Apa usaha kita untuk membangunkan Islam di muka bumi ini?
Apa usaha kita untuk menaikkan kembali sistem khalifah di mata dunia?
Apa usaha kita untuk menjadikan kerajaan Islam sebagai ustaziatul alam?

Bangunlah sahabat,
Renungkan sejenak, sejauh mana kita menghayati peringkat-peringkat dakwah yang diasaskan kepada Imam Hasan Al-Bana,
Yang pertama.."Fardhul Muslim"...INDIVIDU MUSLIM..DIRI KITA SENDIRI dahulu..
Ubah diri sendiri ini kepada gaya hidup muslim..
InsyaALLAH, dengan lahirnya individu-individu muslim, maka lahirlah baitul muslim, masyarakat muslim, kerajaan muslim....sehinggalah ustaziatul alam..Islam akan kembali tertegak..

Mahu lihat Islam kembali tertegak? Fokus bermula pada diri kita sendiri..
BANGUNLAH...


klik link ini dan hayati:

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Khamis, Februari 03, 2011

Antara Perjalanan.Revolusi,dan Pemuda

"Fikri,jom pegi demo!",Saudara Hanif Mahpa mengajak.Terkejut juga bila saya diajak ber'demo' buat kali pertama.Huhu....masih segar dalam ingatan penulis akan perjalanan penulis bersama pemuda yang segak dan tampan itu.Banyak yang dipelajari dari stesen Kuala Kubu sehingga Kl sentral walaupun hanya naik train sahaja.Walaupun,kami lebih berbual ketika makan tengah hari di putra,tapi banyak juga yang saya belajar melalui pemerhatian ilmiah dalam train tersebut.Banyak juga yang dibualkan berkaitan isu-isu semasa,politik,dan juga isu-isu yang terbaru ini iaitu berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang penulis kira menjadi buah mulut masyarakat seluruh global kini.

Dan ketika berbual berkaitan isu ini,teringat pula penulis pada suatu diskusi yang pernah dianjurkan di Auditorioum Darul Quran,yang dikendalikan oleh Saudara Marwan Bukhari.Diskusi yang berjalan dalam beberapa jam itu akhirnya diakhirkan dengan konklusi yang dibuat oleh Saudara Marwan dan pemikiran penulis juga .Kebetulan pula memang sama pendapat kami.

Selasa, Februari 01, 2011

Republik Arab Mesir

rusuhan perang di jalanan bukan keputusan yang mudah untuk dibuat...

ini menunjukkan bahawa rakyat mesir seakan akan putus harap kepada sistem pemerintahan di negara mereka menyebabkan tiada cara lain selain revolusi mesir.iaitu hari kemarahan.

mengalahkan hosni mubarak dengan cara ini penting bagi masalahah pelestin dan rakyat mesir khususnya.

sehinggakan israel sahabat baik hosni mubarak bersedia membekalkan senjata api bagi menghapuskan rusuhan untuk menjatuhkan rejim mubarak.rusuhan ini akan merosakkan hubungan damai mereka yang telah terjalin mesra nurani kurang lebih 3 dekad yang lalu.