Khamis, Februari 03, 2011

Antara Perjalanan.Revolusi,dan Pemuda

"Fikri,jom pegi demo!",Saudara Hanif Mahpa mengajak.Terkejut juga bila saya diajak ber'demo' buat kali pertama.Huhu....masih segar dalam ingatan penulis akan perjalanan penulis bersama pemuda yang segak dan tampan itu.Banyak yang dipelajari dari stesen Kuala Kubu sehingga Kl sentral walaupun hanya naik train sahaja.Walaupun,kami lebih berbual ketika makan tengah hari di putra,tapi banyak juga yang saya belajar melalui pemerhatian ilmiah dalam train tersebut.Banyak juga yang dibualkan berkaitan isu-isu semasa,politik,dan juga isu-isu yang terbaru ini iaitu berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang penulis kira menjadi buah mulut masyarakat seluruh global kini.

Dan ketika berbual berkaitan isu ini,teringat pula penulis pada suatu diskusi yang pernah dianjurkan di Auditorioum Darul Quran,yang dikendalikan oleh Saudara Marwan Bukhari.Diskusi yang berjalan dalam beberapa jam itu akhirnya diakhirkan dengan konklusi yang dibuat oleh Saudara Marwan dan pemikiran penulis juga .Kebetulan pula memang sama pendapat kami.


Revolusi yang tercetusnya kebiasaanya bermula daripada kebangkitan para pemuda.Hasil daripada kesedaran yang mula terbit di hati,lalu berlakulah beberapa siri pemberontakan,rusuhan atau sebagainya yang bertujuan untuk menggulingkan pemerintah yang zalim atau penindasan yang berlaku secara berleluasa.Mana mungkin manusia akan mudah memberontak kalau tak kerana kezaliman kerana hakikatnya semua manusia termasuk baik atau jahat,semuanya mahukan keadilan.Itu adalah Fitrah.

Namun,bukanlah isu ini yang ingin penulis bangkitkan sebenarnya,tetapi persediaan kita sebagai pemuda-pemudi Islam di Malaysia untuk mencetuskan revolusi kegemilangan Islam di Malaysia.Rata-rata pemuda-pemudi kini mengganggap segala-galanya memerlukan rusuhan,demonstrasi( tiada kait mengait dengan ajakan saudara Hanif untuk ber'demo' agar pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang ) untuk mencetuskan revolusi kegemilangan Islam.Persoalannya,ke manakah kita selepas tamat rusuhan sebegitu?Apakah kita boleh terus membina negara Islam ketika itu?Apakah Islam sudah gemilang setelah tamat rusuhan itu?

Satu kritikan penulis kepada segilintir golongan pemuda-pemudi yang suka bertindak atau bercakap secara melulu tanpa ilmiah,kajian dan mendalam terhadap sesuatu perkara khususnya politik.Masing-masing hanya mengikut apa - apa sahaja secara membabi buta yang dilontarkan oleh pihak media ataupun individu-individu tertentu.Hasilnya,mulalah ada yang kata "kerajaan zalim!!!....tak guna!!!!......diktator!!!!,dan ada juga yang mengikut demonstrasi secara melulu.Persoalannya,apabila ditanya kepada golongan ini berkaitan perkara-perkara tersebut secara ilmiah apa yang diketahui olehnya,sudah tentu mereka tidak mampu mengeluarkan hujah -hujah mereka.Hal ini kerana tiada kajian yang dilakukan terhadap isu-isu semasa.dan ada juga yang menilai sesuatu itu tidak berteraskan ilmiah.

begitulah betapa pentingnya ilmiah dalam kehidupan kita sebagai pemuda-pemudi untuk menegakkan semula Islam.Ilmu menjadi prasyarat utama sebagai persediaan untuk mencetuskan semula revolusi kegemilangan Islam.Lihat sahaja zaman Abasiyyah yang dikatakan zaman keemasan Islam suatu ketika dahulu,adakah kegemilangannya disebabkan semangat semata-mata?Tidak ...tetapi disebabkan ilmu yang berkembang dengan pesat ketika itu.Dan ilmu jugalah yang mencetuskan zaman Renaisance di Eropah suatu ketika dahulu.Penekanan ilmu juga telah nyatakan :

" Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim"

Oleh itu,tuntutlah ilmu sedalam-dalamnya,bukan sahaja silibus yang dipelajari di sekolah kerana ilmu itu begitu luas.Dalam setiap perkara pasti ada Ilmu.Politik,perkahwinan,urusniaga dan lain-lain lagi ..banyak ilmu yang terkandung dalamnya.Oleh itu tuntutlah sedalam-dalamnya.Janganlah buang masa dan malas.Banyakkan membaca dan mengkaji.Dan dalam doa yang Rasulullah S.A.W ajrkan juga ada menyebut:

"Kami berlindung daripada sifat lemah,pengecut.........................,MALAS.....( hingga akhir doa)"
[Allahumma inni auzubika minal hammiwal hazan,waauzubika minal ajzi wal KASAL waauzubika minal jubni wal bukhl,waauzubika min ghalabatiddaini wa qahrir rijal]

Lihatlah,bagaimana sifat malas inilah yang akhirnya menyebabkan manusia menjadi lemah,pengecut dan ditindas seperti yang dimaksudkan dalam doa tadi.Buktinya,lihatlah masyarakat Islam pada hari ini,ditindas,lemah,takut,dibebani hutan walhal bilangannya amatlah ramai.Wallahualam........

Tiada ulasan: