Ukhuwah. Banyak sangat sudah kita dengar dan mungkin kita bicarakan.
Tentang 'ukhuwah'. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudahpun berada di
dalam sistem tarbiyah dan dakwah.
Ukhuwah juga dirasakan ada pada semua orang bahkan yang tak kenal pun
tarbiyah. Mungkin didefinisikan dengan term yang lain. Seperti
'brader-brader' atau 'buddies selamanya' atau 'BFF' dan sebagainya. Yang
pastinya, mereka merasakan kebersamaan itu.
Terlalu banyak jenis ukhwah, i can say. Ukhuwah shopping, ukhuwah Dota,
ukhuwah mengopi, ukhuwah pakcik-pakcik pencen, ukhuwah team
makcik-makcik marhaban dan sebagainya. Okay. Mungkin kita tak panggil
itu ukhuwah. Seperti yang kita faham dan cuba maksudkan. Tetapi, yang
pastinya setiap satu ukhuwah itu ada dasarnya yang tersendiri. Dan dasar
tersebut tiada duanya.
Ukhuwah fillah. 'Ukhuwah' di atau pada atau dalam 'Allah'. Kenapa tidak
disebut 'ukhuwah wallahi' ataupun 'ukhuwah lillah'? Kerana ukhuwah kita
itu di dalam lembayung cinta Allah SWT. Di mana kita mencintai saudara
kita tidak lain hanyalah untuk meraih cinta Allah SWT.
Bilamana kita sebut 'dakwah itu cinta', apa yang aku terfikir ialah,
kita cinta kepada sasaran mad'u kita. Then, kita cuba approach atau
dakwah fardiyah dia ke arah mendekati Allah SWT. Hanya semata-mata
kerana kita tahu bahawa Allah akan mencintai kita. Dengan itu sahaja
kita dapat meraih cinta Allah. Memang benar, Allah bersifat Ar-Rahman
kepada semua manusia dan makhluk keseluruhannya. Tapi, sifat Ar-Rahim
Allah itu hanyalah bagi orang-orang yang Dia kehendaki.
FirmanNya yang membekas ke dalam hati pastinya firman-firman yang
berkaitan dengan cinta, dengan hati. Hakikatnya, banyak yang berkaitan
dengan hati. Maka kenapakah kita masih tidak mencari dan cuba
memahaminya? Kata mahu masuk syurga, tetapi cinta Allah diletak tepi.
Sedangkan tiket syurga itu hanyalah disebabkan rahmat atau cintaNya.
Ukhuwah dalam Islam. Muslim itu berbagai macam. Aku melihat sekeliling
ketika khutbah solat Jumaat. Mungkin mereka ini melakukan ibadah yang
sama. Mungkin juga baju atau jubah yang sama. Tapi, mereka kelihatan
tidak bersatu. Akidah Islam masing-masing tidak sama. Dari segi apa?
Dari segi kefahamannya.
Ukhuwah. Moga didasari dengan cintaNya. Kalau tidak, tidak ke manalah
kita. Satu ikatan yang menjanjikan bahawa kita takkan berpisah sehingga
ke akhirat dan syurga akhirnya. InshaAllah.
Moga kita tsabat