Isnin, Ogos 10, 2009

Buah Fikiran

Assalamualaikum..

Seronok bersekolah???
Orang kata waktu sekolah sungguh enjoy... tak susah sangat kalau kita bekerja entahlah hamba pun x tahu sebab hamba pun x penah keje lagi..
Orang kata waktu sekolah senang..belajar je nanti mak bapak bagi duit belanja..
Orang kata waktu sekolah paling senang cari kawan..lebih-lebih lagi budak yang aktif koko..
Orang kata waktu sekolah paling bosan...sebabnye asyik-asyik belajar..
Orang kata waktu sekolah paling sakit hati... lebih-lebih lagi bila cikgu yang masuk kelas tu kita 'anti'
Orang kata waktu sekolah paling banyak kenangan

Haaaaa....
macam-macam ragam kat dunia ni...
tapi kan, takde orang kata enjoy betul mati waktu belajar..waktu tu tengah berjihad cari ilmu..
tak ramai orang kata 'Aku belajar nak bela nasib keluarga,bangsa dan agama Islam..'
tak ramai orang yang aktif koko dan aktif berdakwah waktu sekolah ...
tak ramai orang yang belajar ikhlas kerana Allah dan nak menegakkan syiar islam..
tak ramai orang yang menegah rakannya sedangkan rakannya sedang mengatakan sesuatu yang buruk tentang seorang cikgu..

sebenarnya..banyak lagi benda macam ni dekat dunia..tapi itulah sedikit sebanyak yang dapt dibangkitkan untuk kesedaran kita bersama..
kita nak berjaya tapi kalau salah jalan yang dipilih macam mana nak berjaya..
tanyalah diri sendiri..
itulah sebab hadis pertama sekali yang dibangkitkan dalam mana-mana kitab hadis sohih ialah niat..
sebab melalui niatlah allah akan menilai diri kita macam mana..sama ada kita ingat Allah ataupun tidak..
rasa nya cukup sampai sini dahulu...insyallah sekiranya hamba dibri peluang untuk menulis oleh allah pasti akan ada sedikit coretan daripada diri hamba yang hina ini..dan sekiranya terdapat kesalahan tegurlah diri hamba ini
diri hamba ini pun bukanlah alim ulamak tapi Hamba Allah yang mengharapkan teguran..

Tiada ulasan: