Khamis, Ogos 27, 2009

SYARAT vs FADHILAT

Salam..

Ehm,Da jenguk ke BLOG BATCH.. de perbincangan tentang kes kartika(arak). join la dan sumbang pendapat.

Kedatangan Ustz Zawawi ke masjid di tempatku memberikan tazkirah cukup padat dan berkesan rasanye. Ustz membincangkan tentang 'ANtara Syarat dan Fadhilat"

Bila bercerita tentang Ramadhan kita selalunya cari kebaikan dan kelebihan penghuni2 ramadhan. Nak kebaikan seribu bulan la.. Nak dapat pahala berganda la.. Manfaatkan waktu letiadaan SYAITAN la.. Nak masuk SYURGA Ar-RAYYAN la..

Hakikatnya nak dapat sumer tuh ade SYARAT2NYA. Bukan sekadar puasa dan terus dapat. Sama juga, seorang majikan menggaji seorang pekerja,dia berjanji akan bayar gaji setiap hujung bulan. Tapi boleh ke pekerja tuh datang tiap2 hari sedangkan just duduk diam termenung sahaja. Adakah dia akan mendapat upah yang dijanjikan di akhir bulan nanti..?! Pastinya tidak ! Kena tendang kot.. Pekerja tuh kena datang and jalankan tanggungjawab dan tugas2 die.. Itu yang sebenarnya.

Sama juga kita dalam ramadhan. Kalau just tidor pagi sampai petang.. Bangun untuk berbuka sahaja,Sepatah HARAM pun kita tak dapat. Perbanyakkan amalan Sempurnakan persiapan. Inilah masa nya nak "ENJOY BERIBADAH" sementara tak diganggu SYAITAN. Persiap kan diri kita seSEMPURNA mungkin,dan kita akan selesa dan bersedia untuk menghadapi bulan2 seterusnya untuk diganggu syaitan. Maksudnya kita dah kebalkan diri kita agar tak terleka dengan FANA dunia bawaan SYAITAN.

SYARAT.
Kalu ikut kata ustz ZAWAWI,kita kena jadi seorang muttaqun sebagai syarat untuk dapatkan kebaikan2 yang dijanjikan. Dalam Al-Quran ALLAH menukilkan kata2 NYA.. Diakhir ayat ke 183 surah alBaqarah

"Moga2 kamu bertakwa"

So,kalau tak sampai tahap TAKWA (susah beb) Kita barangkali tak dapat sumer kebaikan dan kelebihan tu.. Subhanallah! Nilai diri and muhasabah diri.

Memetik kata2 Saidina Umar:
"Hisablah diri kamu sebelum kamu diHISABKAN"

Sekian yang baik dari ALLAH,yang lemah adalah atas kecacatan saya sebagai HAMBA yang lemah,hina,dina,keji dan daif disisi ALLAH.. Mana yang salah tolong betul2kan.
ASSALAMUALAIKUM.

Tiada ulasan: