10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)·
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)·
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
3. Akhlak yang mantap (Matiinul Khuluq)·
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
4. Mampu berusaha (Qaadiran ala Kasbi)·
Walaupun kaya, perlu bekerja.· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).· Menjauhi riba dalam semua lapangan.· Menyimpan untuk waktu kesempitan.· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)·
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)·
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan· Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)·
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.· Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidakbiasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)·
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)·
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)·
Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.· Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.· Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah
DIPETIK DARI: halawatul iman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan