Rabu, Mac 31, 2010

are you good enough??

salam... sayang blog ini diam terlalu lama, sedangkan kita ada pelawat dari segenap penjuru dunia... US, Egypt, Singapore, Czhec Republic, Russian Fedrration, UK yang datang bulan lepas... tapi jumlah ini berkurang kerana blog ini kian sepi.. mungkin kerana penulis2 blog ini yang kian sibuk,maka terpaksalah saya mencuri sedikit masa untuk menulis...

anda pernah tak terdetik di hati, 'saya budak baik'? 'saya budak beriman'? kadang2 apabila kita melihat orang melakukan maksiat, terdetik di hati ini,"apalah nak jadik... nasib baiklah aku ni budak baik.." pernah tak terdetik? saya jujur, pernah... mungkin anda adalah orang yang tinggi imannya berbanding mereka yang pernah...

jadi, kenapa anda rasa anda beriman? anda baik?
apa kayu ukur untuk mengatakan seseorang itu baik?
erm, setuju tidak kalau saya katakan apabila seseorang itu memenuhi semua tuntutan tuhan.
apa dia?
rukun Islam yang lima, seperti lagu Yusuf Islam, '..five noble pillars upholding what is virtous..to make the testimony is the best of the faith, and the fast, and the prayer, the pilgrimage and the charity.."
kalau x silap lebih kurang begitu la..lagi?
"..ta'muruna bil ma'rufi wa tanhauna 'anil munkari..."
"...berpesan2 kepada kebaikan dan berpesan2 kepada kebenaran.."
ha..itu lagi..maknaya apabila kita telah melaksanakan semuanya, kita telah cukup beriman, betul ke?
ana pun kurang arif.. tapi, apabila kita berasa kita telah cukup beriman, sebenarnya kita salah...
anda solat? anda tutup aurat? anda anak yang taat?
ingat, there's always a chance to improve...(maaf, masih lemah dalam English..)
solat? - tapi masih sendirian? apa kata cuba solat jemaah.. dan awal waktu! ha..kan better gitu...
tutup aurat?- pakai jeans?(maksud saya yang sedikit ketat, utk perempuan..)ha apa kata try pakai yang longgar n tidak menampakkan bentuk tubuh.. mesti ramai nak masuk minang nanti..hehe..
anak yang taat?- betul ke... ikut cakap parent? bagus.. tapi adakah anda menegur bila parent buat salah? 

ha..so, sebenarnya banyak lagi contoh..tu jer yang ada dalam otak ana.. hm.. bila kita fikir balik, rasa macam berdosa pula terasa diri yang byk kekurangan ini adalah insan yang baik...
tu jer lah.. ana harap tazkirah ini berguna untuk kita..
"wazakkir fainnazzikra tanfa'u lil mukminina.."
wassalam...

ps:bukan nak promote tapi kalau boleh anda beramai2 yg blm membaca novel versus tulisan Hlovate bolehlah cari di pasaran, dan semoga dgn membaca buku itu ada sinar hidayah yang dtg menyusup ke hati..

Rabu, Mac 24, 2010

Assalamualaikum..

mungkin ana pernah memberi tazkirah mengenai perkara ini, tapi suka ana membangkitkan kembali untuk kita muhasabah diri bersama..

manusia ini ada macam2 golongan.. jom kita koreksi diri, kita dalam golongan mana?

1-manusia wajib
-kategori ini terdiri daripada orang2 yang penting dalam masyarakat.
-kewujudannya dirai dan ketiadaannya ditangisi.
-contoh paling senang, nabi Muhammad SAW.

2- manusia sunat
-masih dikira penting untuk masyarakat.
-kewujudan dirai tetapi ketiadaannya tidak mendatangkan kesan kepada komuniti.
-kebanyakan mukmin adalah golongan ini.


to read more, please click here...

Khamis, Mac 18, 2010

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

OLEH:ABUL A’LA AL-MAUDUDI


Saudara-saudara yang mulia !!
Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi
kepada dua jenis:
Jenis pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk
pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).
Jenis kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.
Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari
kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang
beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenappenjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah
sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar
semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya
hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.
Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri
atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan
disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi
oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek
pula.

Rabu, Mac 17, 2010

KITA MASIH DIAMBANG PEPERANGAN



Firman Allah:
"sesungguhnya orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu sbelum engkau mengikuti mereka"
(al-Baqarah:120)
sedarlah sahabat sekalian...

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan JANGANLAH kamu ikuti langkah-langkah SYAITAN!!! Sungguh,ia musuh nyata bagimu.(al-Baqarah:208)

Isnin, Mac 15, 2010

Strategi.......????!!!!!

1.Allah berfirman bahawa Dia menciptakan kamu berpasang-pasangan tetapi cuba kita lihat kejadian Amoeba.sp.Kalau kita belajar biology,Amoeba ni merupakan unicellular organism bermaksud satu atau tiada pasangan.Jadi,betul ke tak Allah ni???

Jawapan :1- Secara logik akalnya,Allah berfirman tentang perkara tersebut dalam Al-Quran.Jadi, siapa yang baca Al-Quran?Manusia atau Amoeba?Sudah tentulah manusia.
2- Tidak semua benda Allah ciptakan di dunia ni berpasang-pasangan sebab dalam Surah An-Naba',Allah tak kata pun,"...Kami menciptakan semuanya berpasang-pasangan..." tetapi sebaliknya Allah berfirman,"....Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan....".


2. Boleh tak Allah menciptakan batu yang Dia sendiri tak boleh angkat??kata Allah itu maha mencipta?

Jawapan:1-Sememangnya Allah itu maha mencipta,tetapi kita kena ingat bahawa Allah itu Pencipta yang hebat dan agung juga.Cuba kita bayangkan seandainya seorang manusia menciptakan sesuatu yang dia sendiri tak boleh nak kawal,bolehkah kita memanggil dia seorang pencipta yang hebat?Sudah tentu tidak.Kalau kita ikuti siri kartun Jimmy Neutron,seorang budak saintis yang dikatakan hebat,dia pernah mencipta sebuah atom yang berkuasa dan tak pernah diciptakan oleh saintis lain.Tetapi,dia sendiri tak mampu nak mengawal pergerakan atom itu.Dia sendiri akui bahawa dia telah gagal dalam ujikaji itu.Jadi,dia tak boleh digelar pencipta yang hebat.Tetapi berbeza dengan Allah,Allah itu Pencipta yang berkuasa dan mampu mengawal semua benda.Jadi,fikir-fikirkanlah sendiri Allah boleh menciptakan batu yang dia sendiri boleh angkat ke tak?

p/s : Strategi dakwah bukan hanya terletak pada dalil sahaja tetapi ia merangkumi dalil,sirah,contoh dan analogi serta sebagainya.

Rabu, Mac 10, 2010

ULAMA' SEMAKIN KURANG...

"Sesungguhnya ALLAH menarik ilmu2 di atas dunia ini dengan mematikan ULAMA'...!"

Salam...

       Dunia dikejutkan apabila dikhabarkan dengan kematian seorang Ulama besar. Syeikh Muhamed Sayed Tantawi dijemput oleh ALLAH ketika beliau sedang mengadakan lawatan ke Saudi Arab. Menurut sumber beliau diserang sakit jantung.
Berkaliber!

           Susuk tubuh yang cukup masyhur nama nye lebih-lebih lagi di arena pentas Keilmuan, meninggal dunia pada usia 82 tahun. March 10 2010 menjadi saksi betapa kami menangisi pemergianmu wahai Ulama. Syeikh merupakan Ulama al-Azhar dan pastinye pandangan beliau merupakan antara pandangan yang sering dijadikan rujukan. (sumber)

       Moga ALLAH memanjangkan umur kita untuk menggantikan tempat2 saf2 kekosongan ulama' Islam... Sama kita sedekahkan al-Fatihah...

Rabu, Mac 03, 2010

remembering the day..3 mac 1924




Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.

..kalau anda perasan, dlm video ini dinyatakan..
'...he went to the grave of Salahudin Al-Ayubi,.the one who 730 years crushed the crusade and liberate Palestine and Syria..he went to the grave in Damascus and kick it..he said

'WAKE UP OO SALAHUDIN..WE ARE HERE'..

wow, terbakar rasanya.Satu tamparan hebat bg kita terutama yg beragama islam tentunya.Walau bgmana pun, telah dibekalkan kpd kita untuk bersiap sedia, menuntut ilmu sebanyak mungkin semata-mata utk melakonkan skrip janji optimis Rasulallah S.A.W mengenai kemenangan umat islam terhadap org-org yg kafir..bukannya menunggu mana-mana pohon atau batu berbicara...

Moga-moga suatu hari nanti akan lahir seorang PEMIMPIN yg BAIK untuk meneraju kepimpinan Ummah dan disertai pula dgn RAKYAT yg baik dan alangkah bagus sekiranya TENTERA pd ketika itu juga merupakan tentera yg BAIK..mudah-mudahan Konstantinopel 'moden' yg terkenal dgn keutuhan dn kehebatan ketenteraannya akan tunduk di bwh naungan islam suatu hari nanti...insyaallah