Jumaat, Disember 30, 2011

Titipan Buat Naqib dan Naqibah














Tip no. 1



Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah.Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT.Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah.Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.


Tip no. 2


-Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu.
-Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu.
-Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.
-Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!

Jika Suatu Saat Nanti Kau Jadi Ibu



Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, ketahuilah bahwa telah lama umat menantikan ibu yang mampu melahirkan pahlawan seperti Khalid bin Walid. Agar kaulah yang mampu menjawab pertanyaan Anis Matta dalamMencari Pahlawan Indonesia: "Ataukah tak lagi ada wanita di negeri ini yang mampu melahirkan pahlawan? Seperti wanita-wanita Arab yang tak lagi mampu melahirkan lelaki seperti Khalid bin Walid?"

Jika suatu saat nanti kau jadi ibu, jadilah seperti Asma' binti Abu Bakar yang menjadi inspirasi dan mengobarkan motivasi anaknya untuk terus berjuang melawan kezaliman. "Isy kariman au mut syahiidan! (Hiduplah mulia, atau mati syahid!)," kata Asma' kepada Abdullah bin Zubair. Maka Ibnu Zubair pun terus bertahan dari gempuran Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi, ia kokoh mempertahankan keimanan dan kemuliaan tanpa mau tunduk kepada kezaliman. Hingga akhirnya Ibnu Zubair syahid. Namanya abadi dalam sejarah syuhada' dan kata-kata Asma' abadi hingga kini.

Rabu, Disember 21, 2011

Tukarkan Mulut Kepada Badan



Mungkin apabila baca sahaja tajuk post ini,ramai yang akan berfikir tentang suatu makhluk yang digelar “Alien”.Betul tu,tak mustahil bagi sesiapa yang membaca tajuk post ini untuk berfikiran begitu.Atau mungkin juga macam-macam benda lain lagi yang akan difikirkan oleh anda semua.Yang pastinya,tajuk post ini telah menimbulkan tanda soal dalam otak masing-masing.

Jumaat, Disember 09, 2011

Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung


Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca sekalian...Pada post kali ini saya ingin menulis tentang satu pengajaran yang saya dapat hari ini bedasarkan ayat Al Quran HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL' yg bemaksud ''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung".

Khamis, Disember 08, 2011

KHASIAT KHATAMUN NUBUWWAH




Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:
“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’

Rabu, Disember 07, 2011

Aku Memilih CintaNYA drpd Cintamu

Assalamualaikum wbt kepada pembaca, ini hanya sekadar perkongsian drpd seseorang yg cuba untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga kita bersama dapat hidup dalam RedhaNYA.

Aku bukan menolak cintamu kerana kau tak cukup baik bagiku,
ataupun mungkin, kau tak cukup sempurna,
ataupun mungkin kau tak cukup kacak atau kau tak cukup kaya.
Itu sudah semestinya jauh sekali perkara yang ku pertimbangkan.

Tidak langsung terlintas di hatiku untuk mencari kesempurnaan dalam

dirimu kerana aku pun tidak sempurna. Banyak kekurangannya. Bukan juga kerana kau tak layak bagiku.
"We come to love someone not by finding a perfect person but by Learning to love an imperfect person perfectly"
Jika diri tidak sehebat Saidatina Fatimah mengapa mengharapkan lelaki sehebat Saidina Ali?.

Tapi semoga kau memahami niat sebenarku.
Aku masih belum lengkap bersedia ke arah itu
Dikala ini aku masih memperbaiki diriku untuk menjadi hambaNYA yang solehah
Masih belum sampai masanya untuk aku menerimamu dalam hidupku sehingga kau halal bagiku
Aku lebih memilih cintaNYA daripada cintamu kerana dengan mencintaiNYA aku akan ditemukan dengan cinta yang sejati kelak.
CINTA HINGGA KE SYURGA.

Isnin, November 21, 2011

Pengorbanan


Sebelum meneruskan post ini,penulis nak minta maaf sangat2 sebab lambat post.Sebenarnya post ni penulis nak letakkan masa raya aidiladha tempoh hari tapi disebabkan ada perkara aula yang perlu diutamakan jadi terpaksa ditangguhkan.
Sahabat-sahabat yang penulis kasihi sekalian,bila mana kita berbicara tentang raya aidiladha pastinya yang terlintas dalam fikiran kita ialah berkaitan dengan ibadah qurban,lembu dan sebagainya.Jangan ada yang fikir duit raya pulak….hehe,tu raya puasa.Sahabat-sahabat,ramai antara kita sudah sedia maklum ataupun memang secara automatic terfikir bahawa bila sebut je aidiladha pasti kita akan sebut berkaitan dengan pengorbanan.Jadi,pengorbananlah yang penulis ingin kongsikan bersama pada post kali ini.

Rabu, November 09, 2011

CINTA YANG TAK MASUK AKAL




Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Selasa, November 08, 2011

Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung


SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.
Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.
Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Cantik itu satu ujian?



Assalamualaikum wbt, buat pembaca sekalian.... Ini hanya perkongsian daripada insan biasa yang sedang berusaha memperbaiki diri utk menjadi hamba Allah yg lebih baik... Renungan untuk kita bersama.......

"beauty lies on the eyes of the beholder".... betul ke tak? mungkin betul.... sbb kadang2 kalau kita tengok seseorang tu ada orang kata dia cantik, ada orang kata biasa je, ada yang kata tak cantik pun.... Cantik itu sesuatu yang subjektif... Ada yang cantik luaran... Ada juga yang cantik dalaman... Tapi saat ini saya nak kongsi tentang cantik luaran...