Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca sekalian...Pada post kali ini saya ingin menulis tentang satu pengajaran yang saya dapat hari ini bedasarkan ayat Al Quran HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL' yg bemaksud ''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung".
Sebagai manusia sudah semestinya dalam hidup kita ada seseorang yang sangat istimewa bagi kita. Yang tanpanya kita rasa sangat sedih. Dialah tempat kita bercerita & berkongsi suka duka bersama. Berkongsi gelak tawa. Kalau boleh kita nak sentiasa bersamanya. Tapi hakikatnya dunia ini bukan semudah itu. Tak semua yang kita mahukan, kita akan peroleh. Kita kena sedar bahawa satu ketika nanti dia akan pergi. Sama ada buat selamanya atau buat sementara waktu. Ada ketikanya nanti kita pasti akan berjauhan dari dia. Mungkin terpisah oleh benua yang berbeza. Tapi hakikatnya bila saat itu tiba pasti kita akan merasai satu kehilangan yang sangat besar & kita pasti menangis & mengharapkan dia ada di sisi seperti selalu.
Kita akan terus berharap bahawa dia akan ada di sisi. Tatkala saat itu tiba pada kita nanti ingatkanlah diri kita bahawa "dia sangat jauh dari kita, betapa tinggi pun harapan kita dia takkan sampai untuk mengelap air mata kita seperti selalu". Tatkala itu kita kena sedar bahawa Allah sahaja pengharapan kita. Allah tidak akan pernah meninggalkan kita. Allah akan sentiasa bersama kita. Kita kena kuat untuk diri kita. Ulanglah ayat ini HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL' yg bemaksud ''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung".
Pada hari ini saya belajar untuk berhenti terlalu berharap pada manusia. Bukan maksud saya untuk mengabaikan rakan2 atau keluarga kita. Tapi untuk menyayangi mereka dengan sekadarnya & untuk meletakkan segala pengharapan hanya kepada Allah yang Esa. Begitu juga saya ingin mengajak rakan2 pembaca sekalian untuk kita kembalikan hati kita sepenuhnya kepada Allah. Meletakkan sepenuh kekuatan & harapan hanya padaNYA supaya kita tidak rasa kecewa jika satu hari orang yang kita sayang pergi jauh dari kita. Tatkala saat itu tiba kita pasti akan reda kerana kita yakin dengan janji Allah. Mungkin hari ini kita masih ada bersama dia tapi esok, lusa siapa tahu? Oleh itu, sama2 lah kita renungkan kembali. semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Insya Allah....
1 ulasan:
Catat Ulasan