Rabu, Disember 07, 2011

Aku Memilih CintaNYA drpd Cintamu

Assalamualaikum wbt kepada pembaca, ini hanya sekadar perkongsian drpd seseorang yg cuba untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga kita bersama dapat hidup dalam RedhaNYA.

Aku bukan menolak cintamu kerana kau tak cukup baik bagiku,
ataupun mungkin, kau tak cukup sempurna,
ataupun mungkin kau tak cukup kacak atau kau tak cukup kaya.
Itu sudah semestinya jauh sekali perkara yang ku pertimbangkan.

Tidak langsung terlintas di hatiku untuk mencari kesempurnaan dalam

dirimu kerana aku pun tidak sempurna. Banyak kekurangannya. Bukan juga kerana kau tak layak bagiku.
"We come to love someone not by finding a perfect person but by Learning to love an imperfect person perfectly"
Jika diri tidak sehebat Saidatina Fatimah mengapa mengharapkan lelaki sehebat Saidina Ali?.

Tapi semoga kau memahami niat sebenarku.
Aku masih belum lengkap bersedia ke arah itu
Dikala ini aku masih memperbaiki diriku untuk menjadi hambaNYA yang solehah
Masih belum sampai masanya untuk aku menerimamu dalam hidupku sehingga kau halal bagiku
Aku lebih memilih cintaNYA daripada cintamu kerana dengan mencintaiNYA aku akan ditemukan dengan cinta yang sejati kelak.
CINTA HINGGA KE SYURGA.

CintaNYA bagiku lebih menenangkan & mengisi segala kekosongan dihatiku ini.
Aku berharap kau juga begitu.
Janganlah kau memilih untuk mencintaiku daripada mencintaiNYA.
Kemungkinan cintaku mampu mengecewakan mu tapi cintaNYA tidak pernah menghampakan.....
Semoga kau memahami...

JIka ada jodoh antara kita sudah pasti cintaNYA akan mempertemukan kita. INSYA ALLAH.......
Jika kita tidak dipertemukan, pasti ada insan yang lebih baik dariku & setanding denganmu untuk menjadi pendampingmu.


Wahai pembaca sekalian,
Adakalanya cinta itu sangat mendesak terutamanya kerana rakan2 sekeliling kita semuanya "sudah berpunya". Waktu kecil dulu rasa kelakar pula dengar term tu. Tapi bila dah besar ni term tu macam dah biasa dengar sebab semua orang dah ada. Sebagai manusia biasa sudah menjadi lumrah untuk kita sedikit demi sedikit ke arah itu. Bukan senang untuk berada di dalam situasi ini. Tapi kepada sesiapa yang barada dalam situasi ini kuatkanlah semangat & tekad untuk menjauhkan diri daripadanya kerana jika dah terjebak sukar untuk berpatah balik. Jika ada yang dah berkenan di hati tu yakinlah "kalau jodoh takkan kemana". Keutamaan kita sekarang ialah belajar rajin2 untuk menjadi orang Islam yang berjaya. Yakinlah bahawa pastinya Allah akan pertemukan

kita dengan orang yang mencintaiNYA juga. Kalau terlalu susah, sibukkanlah diri kita dengan kerja2 kebaikan supaya kita tidak terlalu berfikir tentangnya. Letakkanlah sepenuh harapan pada cintaNYA nescaya kita akan dipertemukan dengan cinta sejati. Orang yang benar2 mencintai kita tidak akan membawa kita ke lembah kemungkaran & kebinasaan. kerana dia mencintai kita kerana ALLAH. & itulah jawapan muktamad & tiada sebab lain. Semoga kita dipertemukan dengan cinta sejati hingga ke syurga. INSYA ALLAH........
.

Tiada ulasan: