Jumaat, Disember 30, 2011

Titipan Buat Naqib dan Naqibah














Tip no. 1



Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah.Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT.Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah.Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.


Tip no. 2


-Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu.
-Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu.
-Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.
-Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!




Tip no. 3


-Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna.
-Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai.
-Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci – segeralah pula saling lindung-melindungi.
-Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!


Tip no. 4


-Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing.
-Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. -Tempoh lama baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.




Tip no. 5


-Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes – LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu.
-Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?


Tip no. 6


-Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini?Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang?Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah.
Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!




Tip no. 7


-Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu.
-Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin.
-Selamat – kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama.
-Ceria – dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.




Dr Harlina Halizah Hj Siraj ialah ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM , juga Timbalan Ketua Wanita  IKRAM Pusat

Tiada ulasan: