Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:
“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’
1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’
Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah dengan dengan mencetak dan menampalnya ke dinding?
Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC?
Dari apa yang telah ditafsirkan ALLAHyarham guru saya sebelum
mengijazahkannya kepada saya,
yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya. Bagaimana?
InsyaALLAH akan dikongsikan.
Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup
segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.
Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya.
Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati,
iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol
disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.”
Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai
perhiasan di rumah,
maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak,
terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang
diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A
di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan,
dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan
tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.”
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada
Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya,
maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian,
dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga
dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya.”
(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita
Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya
(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita
Muhammad itu hambanya dan utusannya
(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan
(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri
maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)
Men
Tiada ulasan:
Catat Ulasan