Ahad, Jun 21, 2009

MATH.. mACam sENang.. taPi..

dari dulu aku tak dpt jwb.
Saye nk beli beg, harge rm 97. sy tak de duit. sy pinjam mak rm 50, abah pun rm50. jadi hutang saye ade rm 100. lps beli beg, ade baki rm3. sy bagi mak seringgit, abah seringgit dan saye punye seringgit jgk.
Jadi, hutang saye kat mak ngan abah, tinggal rm 49 setiap satu.49+49= 98.hutang tadi saye tambah dgn seringgit saye. jadinye rm 99.mane lagi seringgit??pade mulenye kan hutang saye rm 100?

HAMBA menumpang..

perutusan dari keTurunan Adam pengikut MUHAMMAD, hamba memohon izin menyertai da'wah pena dengan ucapan semulia-,ulia ucapan..
ASSALAMUALAIKUM!

Sememangnya janji ALLAH menyebutkan bahawa da'wah itu melalui beibu onak duri laluan berliku! InsyaALLAH bersama kita menongkah nya dgn kudrat kurniaan ILAHI..

Skadar peringatan buat semua.. Segala coretan hamba dalam blog ini bukan berkhutbah cuma betuli diri jua! Setapak demi setapak laluan hamba adalah suatu bentuk TARBIYAH.. Sebagaimana mus'ab diTARBIYAH agar memulakan da'wah diMADINAH.. Perjuangan Rasulullah adalah perjuangan tanpa NOKTAH.. Siapa penyambungnya.. KITA!

sambungan... sedingin bayu subuh...

Berderau darahku mendengar namaku disebut ustaz. Khalifah? Hendak memimpin 100 orang bakal Huffaz saja sudah menguji, masakan ingin memimpin 7 Billion umat Islam di dunia ini? Kepada tuhan dikurniakan segala pujian.
Selepas habis tazkirah itu, kami solat Isya’ berjemaah. Aku bersama Asad, Amir Lajnah Musolla segera memastikan saf-saf berada dalam keadaan kemas. Asad lagaknya seperti Umar pula. Sekejap seperti Hamzah, sekejap seperti Umar. Memang tokoh budak ini! Faiz Ikmal disuruh ke depan mengimami kami solat. Bacaannya yang sayu membuat hatiku luluh dan mataku mencair. Terasa basah di pipi. Maha suci Allah, tatkala dia membaca ayat,”wahai orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?” aku mendengar esak yang menyayat hati dari segenap penjuru musolla. Nyata, sedegil manapun mereka, mereka tetap insan pilihan. Kami dipilih tuhan untuk memegang amanah suci ini. ibarat memegang bara api. Terlintas di mindaku, bilakah aku akan menjadi insan sesoleh Ustaz Muhaimin, atau Asad atau Faiz Ikmal? Segera aku beristighfar teringat solatku mula diganggu syaitan.

click here to read more...

Ahad, Jun 07, 2009

Cerpen- sedingin bayu subuh

Sedingin bayu subuh


Lelah. Biasalah, baru pulang ke asrama. Serasa otak tepu dengan ragam-ragam rakan-rakan pelajar di asrama. Aduh, peningnya! Aku melangkah ke bilik air di sebelah kamar. Hanyir, berlumut sedikit, tidakkah Mak Salmi membersihkannya? Atau barangkali dia pun sudah jemu membersihkannya. Asrama lelaki, biasalah. Seusai selesai urusan di tandas, aku melangkah semula di kamar. Kenapa bising macam zoo ni? Oh, patutlah, Faizzudin baru pulang dengan lauk macam untuk kenduri sekampung khas untuk geng sekamar, diiringi lawak segarnya.
”Makanlah,” ujarnya. Seperti orang Mongolia gamaknya, semua makan penuh lahap. Lucu sekali. Terasa seperti aku seorang sahaja yang sudah matang.

click here to read more...

BOIKOT????

Assalamualaikum.. boikot. Ape ade dengan perkataan boikot? Sape boleh takrifkan dengan betul? Habislah... macam2 jawapan kite dengar nanti. Macam pandai sangat. Memang pandai pun... tapi tak pandai buat lah pulak... ape kes nie?? Sebenarnye boikot sentiase berjalan, tapi slow sangat.. nak tunggu Palestin tue kena bantai kaw2 dengan Zionis barulah kencang sikit… Melayu…. Alahai Melayu… bukan Melayu isunya sekarang, tapi Islam. Anta orang Melayu, betul? Anta orang Islam, betul? Habis, mane langkah yang anta ambil untuk memenuhi peran anta? Atau anta hanya sorak ’boikot’ atau bertakbir apabila mendengar laungan takbir dari setiap jihat? Muslim jenis apakah anta ini? Berkata tentang isu boikot, bagaimana gerak kerja yang telah dispesifikasikan oleh para Ulama’ kita? Mereka mencadangkan supaya kita memfokuskan kepada beberapa produk sahaja. Masalahnya umat Islam tidak reti mengikut arahan. Mengapa KFC yang sudah dibeli oleh orang kita hendak diboikot? Kepada pihak yang disebutkan pula, mengapa tidak mengambil inisiatif untuk mengiklankan pembelian tersebut supaya dimaklumi umum? Atau sememangnya perkara tersebut memang tidak pernah terjadi? Kalau betul, kenapa kita tidak menyokong usaha mereka ini? Memang benar mereka perlu membayar komisien kepada pihak KFC pusat (itu yang menjadi keraguan banyak pihak, ana pun tak pasti tentang ni), tetapi, berapa persen sangatlah yang perlu mereka bayar. Sedangkan banyak lagi produk lain yang boleh diboikot. Memang kita sedia maklum KFC antara penyumbang terbesar kepada pighak Zionis, tapi kini sudah dibeli oleh orang kita. Come on boy, support our Company!!! Kenapa kita boikot produk yang menjadi keperluan kita(makanan)? Sedangkan banyak lagi produk yang lebih Aula untul diboikot. Contoh, ROKOK!!! Orang Yahudi tidak merokok, tapi mereka mencipta rokok untuk orang lain. Kenapa kita tidak memboikot produk seperti ini? Ini bukan keperluan bahkan bala! Kalau KFC, ramai yang tak tahan dengan aroma untuk membelinya. Tak salah sebab halal. Rokok, halal??? Lagi satu, ade ke orang kita yang berani buka restoran macam KFC tu? Ade la beberapa restoran... tapi sikit sangat! Jadi, kita boikot mana lebih Aula, mana lebih penting, mana yang lebih utama. Sebelum habis menaip, ana syorkan kita boikot:-

Arak, sebab haram!

Rokok, atas sebab yang sama.

Tesco , sebab banyak lagi pasaraya lain yan boleh ditelusuri..

apa2 pun... ni pendapat jer..

Itu sahaja, selamat memboikot, Assalamualaikum!!!

(saya menulis artikel ini atas perbincangan dengan ayah saya, Mohd Shafie Ngah..)

www.abrarshafie.blogspot.com

Sabtu, Jun 06, 2009

Langkah Tercipta




Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelam namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Jumaat, Jun 05, 2009

Nasyid

salam...
ana tgah wat projek...
http://nasyidfree.blogspot.com/
kat sini kite boleh download nasyid...
tp x byk lagi coz baru buat...
selamat mencoba...

Bangunlah wahai pemuda islam..

Assalamualaikum,


...kadang-kadang kita x beberapa mengerti apa sebenarnya yg berlaku disekeliling kita..

..tggjawab kita.....amanah......ape tujuan kta ini diciptakan..



...Rasulullah s.a.w pernah berpesan kpd para sahabat, "jangan lah kamu menghinakan diri kamu sendiri'. lalu seorang sahabat bgun dn brtanya kembali kpd Rasulallah s.a.w," Ya Rasulallah, apakah mksud kami menghinakn diri kami sndiri?..Rasulallah s.a.w pun mnjawab,"apabila kamu melihat suatu kemungkaran itu, kamu tidak mnegurnya"



...mrujuk kmbali kpd hadis ini,.Rasulallah s.a.w brpesan kpd kita spaya saling tegur-menegur antara satu sama lain tetapi haruslah kita ingat cara-cara utk mnegur sprti yg diajar oleh Rasulallah s.a.w yakni dgn cara yg brhikmah dn bijaksana dan.. saya sndiri ingin mengaku adakalanya saya trlepas pndang trhadap prkara2 sprti ini dn trima kasih kpd sahabat2 yg mnegur. moga2 redha Allah bersama kita.



..sebagaimana yg kta tahu, setiap SBP diseluruh Malaysia diwujudkn satu organisasi yg kebanyakannya dikenali sebagai Badan Dakwah dan Rohani atau lbih dikenali sbg BADAR..tp kta kna igt..tggjwb utk brdakwah, menegur dn sbgnya bkn hanya trletak pd organisasi2 trtentu kerana hakikatnya kta juga adalah manusia biasa ..bkn nya nabi dn bknnya rasul yg dilahirkan maksum



..jdi ingin ditegaskn skali lg agar kta bersama-sama bgun dmi kpntingan ummah bkn utk kpntingan diri semata-mata.dan igtlah..tidak ad manusia diciptakn sempurna melainkn diizinkn Allah..bgunlah dan brilah peringatan sesama saudara kita..bukankah memberi pringatan itu mrupakan satu prkara yg baik?



..dan igtlah..kta brdakwah bkn kerana kita ad pgkat ..bkn kerana kta ada jawatan..tetapi kerana tanggungjawab kita sbg org islam..dan tggjawab ini akan trus brkekalan selagimana kita terus brpegang dgn kalimah Lailahailallah..



..truslah brdakwah dn brdakwah itu trdapat plbg cara..dan jgnlah brputus asa dlm usaha dakwah..sdgkn Rasulallah s.a.w sndiri diuji dgn pelbagai dugaan dlm usaha utk mnyampaikan dakwah..bygkn brtapa tabahnya Rasulallah s.a.w, dlm usaha nk mnyampaikn islam, menyampaikan kebenaran yg membawa kegelapan kpd cahaya, baginda dikutuk, dihina, disakiti malah ad pihak yg brusaha utk m'bunuh bginda..



..contoh yg plg jelas yg dpt saya critakn disini ialah sprti pristiwa di Taif..rasanya sume org da tau..bginda dibaling batu smpai cedera parah sehingga ad riwayat yg mengatakn capal Rasulallah s.a.w pd ketika itu brkocak dgn darah,..kmudian dtg pula Jibril a.s brtanya kpd Rasulallah s.a.w mahukah dia menimpakn bukit2 ke atas pnduduk2 Taif, dgn sabar nya Rasulullah s.a.w menolak tindakan Jibril a.s tersebut dgn harapan generasi2 pnduduk Taif pd masa akn dtg memeluk islam



..bgitulah sdikit kisah prjuangan Rasulallah s.a.w..adakalanya bginda dibaling dgn tahi2 dn njis binatang..semata2 utk brdakwah..kta??..kta hidup di negara yg aman damai ..x de org nk baling tahi dn njis ke muka kita..dh lbih 5 dekat ngara kita mncapai kmerdekaan, nmun islam masih blum brkembang dgn spnuhnya di negara kita..



..ksimpulannya di sini, truskan lah brdakwah, Rasulallah s.a.w sndiri prnah brpesan smpaiknlah driku walaupun spotong ayat..lakukanlah walaupun sdikit..Allah mnjajikn gnjaran bg mereka yg melakukn kebaikn walau sebesar zarah skalipn sbgmana firman Allah s.w.t dlm surah al- Zalzalah ayat ke-7 , 'barangsiapa yg membuat kbaikan walau sebesar zarah skalipun, dia akn mndapat ganjrannya di akhirat kelak'..dan Allah mnyambung lg pd ayat yg ke-8 , 'dan barangsiapa yg membuat kjahatan walau sebesar zarah skalipun, dia akan mndapat balasannya di akhirat..

Rabu, Jun 03, 2009

10 muwassafat tarbiyah



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."


Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."


Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan


Selasa, Jun 02, 2009

Carta Organisasi BADAR 2009

Penasihat
Ustazah Sharipah Mariah Bt Syed Hussin

Pengerusi BADAR
Faiz Ikmal B Sofian

Naib Pengerusi 1
Siti Mastura Bt Kawaeed

Naib Pengerusi 2
Muhd Murtadha B Zainal

Setiausaha
Iyliaa Aifaa Bt Yusoff
Abrar B Mohd Shafie

Bendahari
Nor Farhana Atiqah Bt Mohd Haizal
Muhd Haiqal B Abdul Halim

Lajnah Pengurusan Masjid
Hafidz B Kamarudin
Roziedayana Bt Sobar

Lajnah Tazkirah dan Ceramah
Muad'z B Abdul Wahab
Siti Nadia Bt Mohd Rozali

Lajnah Hal Ehwal Muslimin/Muslimat
Muhd Ali b Abdul Karim
Siti Sarah Bt Shukor

Lajnah Usrah dan PDU
Zulsyafiq B Ahmad Azmi
Siti Nor Hanim Bt Mohd Napiah

Lajnah Mulitimedia dan Penerbitan
Abdul Rahim B Azlan
Nur Nasuha Bt Sabar Abdullah

Lajnah Tamrin dan Tarbiyah
Mohd Rusydi B Ahmad Zuhairi
Siti Maisarah Bt Mohamad Amiludin

Lajnah Ekonomi
Muzahfar Shah B Abdul Munir
Anis Syafiqah Bt Md Yusof

Lajnah Skuad Solat
Mohd Wafiy B Abdul Wahab
Dina Adillah Bt Md Nasukha
Nurunnajwa Khaizuran Bt Abdullah Zen

Assalamualaikum w.b.t..ahlan wasahlan


Assalamualaikum w.b.t
sahabat-sahabat serta rakan-rakan jemaah penegak kesyumulan agama sekalian,

..jadi pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita sama-sama mengucapkan seinfinti kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga kami menghasilkan blog BADAR buat kali pertamanya dgn brsusah payahnye dengan kerjasama sahabat-sahabat lain..

..insyaallah kita cuba jadikan blog ini sebagai satu tempat utk kita brkongsi ilmu atau pendapat..atau mungkin tmpat untuk mengemukakan cadangan atau sebarang komen berkaitan BADAR di sekolah kita..