"Ayah Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin" ?
Mari kita lihat ayat Quran..
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar:
"Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?
Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
(Surah Al-An'am: 74)
Dalam
Ayat tersebut, benar Allah swt menyebut "Bapanya". Maka adakah benar
ayah kandung Nabi Ibrahim adalah seorang musyrikin? Malah membuat
berhala-hala untuk disembuh kaum Nabi Ibrahim..
Dalam Ayat tersebut bahawa Allah gunakan perkataan "Abi" yang bermaksud bapanya.
Dari segi bahasa, perkataan الأب (Abi) bukan hanya ditujukan kepada ayah kandung semata-mata. Namun ianya juga ditujukan kepada datuk, moyang dan juga kepada bapa saudara itu sendiri. Jika kita melihat ayat 133 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi :
Kamu
tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada
anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka
menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".