Ahad, Ogos 29, 2010

Benci Islam Bertukar Cinta

DAN mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)

Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka. (al-Baqarah: 120)

Maka ini tidak menghairankan apabila sehingga hari ini umat Islam sentiasa dicabar dan tercabar dek pelbagai tindak tanduk Barat yang tidak pernah senang dengan Islam.

Bagi mereka tidak ada sisi yang positif dan baik kecuali yang hitam dan gelap sahaja mengenai Islam.

Justeru, menghapuskan Islam adalah satu agenda dan matlamat yang dilancarkan dalam apa juga bentuk.

Daripada soal yang remeh termasuk purdah, janggut, menara masjid, azan dan sebagainya lagi mereka jadikan isu dan polemik.

Ini sebagaimana yang menjadi misi dan visi kepada ahli politik Switzerland, Daniel Streich yang mencipta populariti murahan supaya negaranya bersih daripada sebarang binaan suci yang bernama masjid.

Atau sekurang-kurangnya masjid yang dibina tidak perlu sempurna dengan struktur kubah atau menara.

Alasannya, warga Barat kini hidup dalam ketakutan ekoran siri-siri keganasan dan serangan yang kononnya didalangi oleh umat itu. Oleh itu dengan adanya menara dan masjid itu akan menambahkan lagi ketakutan sehingga mereka tidak mampu meneruskan kehidupan yang sebagaimana biasa.

Streich adalah orang pertama yang mencetuskan larangan yang tidak berasas itu di Switzerland supaya negara yang terkenal dengan soal kebebasan amalan dan gaya hidup itu menuruti saudara-saudara mereka di negara Eropah lain yang mengenakan pelbagai larangan ke atas umat Islam seperti larangan berpurdah di Perancis, larangan azan dan sebagainya.

Di saat umat Islam masih begitu kecewa, marah dan sedih terhadap fitnah-fitnah jahat Barat seperti filem Fitna dan karikatur menghina Rasulullah SAW, Streich menambahkan lagi pedih itu tanpa langsung memikirkan perasaan umat Islam.

Semua itu mengingatkan kita kepada kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Galdstone (William Ewart Gladstone 1809-1898) yang berucap dalam satu persidangan Parlimen Britain sambil tangannya mengangkat senaskhah al-Quran iaitu: "Selagi al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selagi itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur dan selagi itulah Eropah tidak akan dapat hidup dalam keadaan aman dan damai."

Bekas instruktor tentera yang kemudian bertukar karier sebagai ahli politik untuk Parti Rakyat Swiss (SVP) dari Bandar Bulle itu menjalankan propaganda gerakan yang berbau anti-Islam dengan begitu meluas ke serata negeri.

Baginya penduduk Islam perlu mengorbankan kepentingan agama mereka jika ingin terus menetap di Switzerland.

Namun tahukah anda pada 10 November tahun lalu, Streich akhirnya meninggalkan parti SVP akibat tidak tahan dengan pendirian parti itu yang bagaikan seorang perempuan sihir jahat memburu Islam.

Malah Streich juga turut meninggalkan agama Kristian. Sebaliknya dia memilih Islam yang selama ini dia hina dan keji. Islam akhirnya menjadi anutan dan kepercayaannya yang sejati.

Dahulunya dia seorang yang rajin membaca kitab Injil dan sering beribadat di gereja-gereja akan tetapi kini, Streich adalah individu Muslim yang tidak sahaja membaca al-Quran, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, malah yang lebih 'indah'nya beliau sering beribadat di masjid.

Tanpa diduga sama sekali segala pemikiran anti-Islamnya telah bertukar 360 darjah kepada memeluk agama itu.

Malah azamnya kini untuk membina dan membangunkan sebuah masjid yang tidak sahaja paling indah di Switzerland malah di seluruh Eropah.

Iaitu masjid kelima yang pernah dibina di Switzerland.

"Pastinya sebuah masjid yang lengkap dan sempurna binaannya terutama menara yang paling tinggi dan kubah yang paling besar dan indah," katanya.

Mengharapkan agar pembinaan masjid itu sebagai satu pengampunan atas segala dosa-dosanya, ternyata Streich adalah sebagaimana penduduk Eropah lain pada mulanya mempelajari al-Quran dan cuba memahami Islam dengan tujuan untuk dijadikan senjata 'membunuh' Islam itu sendiri.

Pasti ada keburukan dan kekurangan dalam ajaran Islam yang boleh beliau gunakan sebagai senjata, tetapi ternyata sebagaimana yang akhirnya terpaksa beliau akui, Islam tidak lebih sebuah agama yang benar dan bersih daripada sebarang unsur keganasan dan kejahatan.

"Saya belajar mengenai Islam secara komprehensif semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi akhirnya yang saya temui Islam merupakan sebuah kumpulan ajaran yang sangat logik yang memberikan jawapan yang masuk akal dalam apa jua persoalan penting dalam kehidupan.

Akhirnya beliau bersikap antipati terhadap pemikiran jahatnya selama ini terhadap Islam dan daripada kegiatan politik itu sendiri.

Begitupun, beliau dikatakan dalam usaha untuk menubuhkan sebuah parti baru, iaitu Parti Demokratik Konservatif Sivil (CCDP) berpusat di Freiburg.

"Penubuhan ini tidak lain sebagai menyaingi SVP sebagai satu tanggungjawab saya untuk membersihkan semula segala kekotoran yang saya taburkan selama ini," katanya.

Beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam SVP menyebabkan saranan mengenai larangan beliau bagi mendiskriminasi Islam itu telah memasuki ke peringkat penggubalan undang-undang yang kini cuba dihalang oleh Streich sendiri.

"Jika inisiatif jahat saya itu diterima, ia pasti merupakan satu tamparan yang sangat hebat buat saya yang menyebabkan saya bertanya pada diri sendiri, alangkah sia-sianya selama ini saya bergelumang dalam arena politik," katanya.

Kontrasnya kini, Switzerland memerlukan lebih banyak masjid bagi menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di negara itu.

"Adalah tidak wajar Switzerland memaksa umat Islam mengamalkan kepercayaan, ajaran dan ibadat mereka di lorong-lorong belakang," kata Streich.

Islam kini merupakan agama kedua terbesar di Switzerland selepas agama Kristian iaitu terdiri lebih dari 350,000 penganut.

Sabtu, Ogos 28, 2010

The Strength Of Ummah

Puasa, solat Tarawih - Patuhi sepuluh adabnya

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut, di antara yang terpenting :

1. Menjaga lidahnya daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.

3. Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, ter utama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: ``Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?'' Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (An-Nasai)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Puasa itu adalah `perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu : Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sabdanya : Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: ``Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.''

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.

Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwaya Ahmad, Bukhari dan Mus-lim).

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).

10.Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan `wajib' solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.

Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat.

Sabda nabi s.a.w. : Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman. (An-Nasai).

- Petikan Nasihat Agama dan Wasiat Iman tulisan al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad.

Kemenangan Sepuluh Ramadan

Sejarah Bulan Ini
Pada waktu Zuhur, 10 Ramadan 1393 Hijrah bersamaan 6 Oktober 1973 Masihi, angkatan tentera Mesir dan Syria dengan bantuan beberapa unit tentera dari beberapa buah negara Arab telah melancarkan serangan ketenteraan secara besar-besaran terhadap tentera Israel di semenanjung Sinai dan dataran tinggi Golan.

Pada hari pertama peperangan sahaja, Israel terpaksa meminta bantuan dari negara-negara Barat kerana pukulan yang sangat kuat, kerugian dan bencana yang sangat dahsyat.

Sedangkan angkatan tentera Mesir, berjaya memusnahkan pertahanan garisan Bar Lev di Timur terusan Suez dan menawan ramai di kalangan angkatan tentera Israel.

Sementara angkatan tentera Syria pula berjaya menghentam kesemua kawasan dan kubu pertahanan Israel di Golan.

Seluruh dunia dikejutkan dengan keberanian kepahlawanan tentera Arab, tahap kepintaran dan kemampuan mereka di dalam menggunakan senjata moden, kemampuan panglima perang mereka di dalam membuat perancangan serta menyelenggarakan perjalanan urusan-urusan pejabat sehingga peperangan yang berlaku ini dianggap se-bagai peperangan terbaik yang pernah diharungi oleh bangsa Arab di dalam sejarah

moden mereka, di dalam menentang Israel.

Malah peperangan ini merupakan salah satu peperangan terpenting mereka di dalam sejarah bangsa Arab secara keseluruhannya.

Keberkatan sahur

Nur Ramadan
Bersahur atau makan pada waktu sahur sangat dituntut bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. daripada Anas, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad :

- ``Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya dalam makanan sahur itu ada keberkatannya.''

Sabda Rasulullah s.a.w lagi daripada Abu Said :

- ``Bersahur itu berkat. Oleh kerana itu janganlah kamu meninggalkannya, walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.'' (Riwayat Ahmad)

Ibnu Hibban pula meriwayatkan daripada Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

- ``Bersahurlah kamu walaupun hanya seteguk air.''

Amalan bersahur dalam Islam menunjukkan perbezaan cara berpuasa antara umat Islam dengan ahli kitab.

Ia bersandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Amir bin Ash :

- ``Yang membezakan atau memisahkan antara puasa kita dengan puasa umat Yahudi dan Nasrani ialah makan sahur.''

Jumaat, Ogos 27, 2010

Musibah

Jenis - jenis musibah & tujuannya

Bala' - Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan. Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.
(surah al Anbiya'21:35)
Ibtila'- Apabila orang yang baik melakukan kebaikan.Tujuannya supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat. (surah al A'raf 7:130)
Kafarah - Apabila orany yang baik melakukan kejahatan sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang mukmin. (surah al Ankabut 29:23)


Bagaimana Menghadapi Musibah?

1. Tetapkan keyakinan dalam hati musibah itu daripada Allah
2. Menahan dan mengawal diri dengan sifat sabar
3. Banyakkan berzikir dan berdoa
4. Tetap berusaha untuk mengatasi musibah itu
5. Segera bertaubat lantas bertawakal kepada Allah


Renung- renungkan.........
I asked for strength.......... and Allah gave difficulties to make me strong.

I asked for wisdom........... and Allah gave me problems to solve.

I asked for courage...........and Allah gave me obstacles to overcome.

I asked for love.................and Allah trouble people to help.
I asked for favours............. and allah gave me oppotunities.

Maybe I received nothing I wanted........ But received everything I needed.




Sabtu, Ogos 21, 2010

Ramadhan Membentuk Nafsu

Sebesar-besar jihad adalah Jihad Nafsu...!

Sahabat-sahabat pembaca sekalian,

Seakan satu tamparan buat kita apabila diajak untuk turun ke medan jihad bersama mengangkat pedang memerangi musuh laknatullah... Satu tamparan? Mengapa saya bicara begitu?
Kerana tanpa kita sedari, musuh terbesar yang ada dalam jiwa kita masih belum mampu kita perangi. Biar kita disifatkan sebagai berpengalaman dalam beberapa bidang... Namun bidang jihad memerangi nafsu, xpernah... Never and ever kita akan mampu katakan kita yakin mampu memerangi nye.

Kerana... Tidak dinamakan manusia itu insan, melainkan kerana fitrahnya pelupa. Tanpa peringatan nafsu akan kembali menjatuhkan empayar IMAN dalam kita.

Atas alasan itulah ALLAH pilih kita menjadi tetamu nye dalam AKADEMI RAMADHAN. Alhamdulillah...

Melatih diri memerangi NAFSU! Supaya kelak bersedia memerangi musuh2 mendatang...

UMPAMA BESI
Tiada dalam kemampuan manusia (selain Nabi Daud) untuk dengan mudah membengkokkan besi apatah lagi memebentukkan nya mengikut citarasa sendiri.
Dengan kebijaksanaan akal kurniaan ALLAH,manusia menjumpai jalan membentukkan besi. Iaitu dengan memanaskan nya. Dengan suhu kepanasan yang tinggi, besi mula bertukar warna kemerahan, pelentur besi akan mula menegtuk besi tersebut hingga menjadi seperti yang diinginkannya.

Usai,proses pembentukan... Besi tersebut dibiarkan maka kekallah bentuk nye seperti itu melainkan dimusnahkan.

MEMBENTUK NAFSU
          Biasa nya ketibaan ramadhan ini akan mengajak kita untuk menguji kekuatan hawa nafsu kita. Nafsu yang kita tundukkan bentukkan itu sebagai manifestasi TAKWA kita kepada ALLAH. Andai kita mengambil ramadhan ini semata-mata untuk meNUNDUKKAN nafsu kita kepada perintah ALLAH, maka kelak ia akan kembali bangkit bermaharajalela.
          Jelaslah,tugas kita adalah untuk membentuknya, sebagai mana pelentur besi membentuk besi. MEMBENTUK NAFSU, lebih2 lagi dengan Tarbiyah Ramadhan bererti membentuk mengikut cita rasa ALLAH dan Rasul. Usai dibentuk,bentuk nya akan lebih kekal. Mudah untuk IMAN kita terus melakar empayar dalam jiwa MUSLIM.

Bukankah ramadhan itu adalah bulan yang panas dari bulan2 yang lain. Bukankah sememangnya ALLAH ingin jadikan fitrah besi itu sebagai satu perumpamaan..? Maka,apa lagi alasan kita untuk terus tewas dalam arena jihad ini.

Sedang batu yang keras mampu lekuk dek lembutnye titisan AIR.