Rabu, Februari 18, 2015

Aku Mati

Boleh bayangkan, saat kita terjaga dari tidur, sedar-sedar kita sudah berada dalam liang lahad?

Saat itu, kita meronta-ronta mahu dikembalikan semula ke dunia untuk beramal, tetapi semuanya itu sia-sia. Kita sudah terlambat.

Usia yang Allah swt anugerahkan untuk kita di atas dunia ini, kita tidak dapat gunakan dengan sebaiknya.
Kita menyangka, kita punya masa yang lama lagi untuk hidup di atas muka bumi ini, sebagai seorang anak muda yang sihat segala tubuh badannya, kacak atau cantik rupa parasnya, kita bergelumang dalam maksiat.
Kita langsung tidak ingat akan kematian yang sedang mengejar kita dengan pantas.

Langsung tidak ingat!

Masa yang ada di atas dunia ini kita bazirkan dengan perkara sia-sia.
Bila lagi kita mahu berubah wahai anak muda? Bila lagi?

Saat tangan atau kaki kita patah dalam kemalangan? 
Saat kita sesak dada di malam hari tanpa bantuan oksigen? 
Saat bas yang kita naikki mahu kemalangan? Ataupun kereta yang kita pandu kemalangan? 
Atau saat kita nyaris dilanggar oleh kereta? Atau kita mendapat berita ditimpa penyakit merbahaya yang boleh membawa maut?

Berubahlah wahai anak muda.

Gunakan waktu yang masih berbaki ini dengan sebaik-baiknya.
Hari-hari, saya selalu pandang ke langit. Selalunya usai pulang daripada solat. Memandang jauh ke langit, apa anak muda kecil ini mampu lakukan untuk mengubah dunia? Apa?

Andai dia pergi dari dunia, apa yang telah dia sumbangkan untuk ummah ini? Apa? Adakah cukup untuk di bawa bekalan, memandangkan dosanya sudah terlalu banyak?

Jika mati, anak muda ini sangat berharap, agar matinya ketika sedang berjuang di jalan Allah!
Hanya itu yang diharapkan. Tiada lain!

Sudah tiada masa lagi untuk dibazirkan dalam kesia-sian!
Bangkitlah wahai anak muda!

Tiada ulasan: