Jumaat, Mei 15, 2015

Nakbah 15 MEI 1948


Apa itu Nakbah?? 



1.15 Mei 1948 juga dikenali sebagai peristiwa Nakbah, dalam bahasa arab bermaksud "Malapetaka", merujuk kepada peristiwa pengisytiharan negara haram Israel dan disambut sebagai hari kemerdekaan Israel setelah berjaya merampas tanah air penduduk Palestin.

2. Dalam peristiwa itu, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir keluar meninggalkan kampung halaman, harta benda, perniagaan dan terpaksa melarikan diri ke Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

3. Sebahagian rakyat Palestin masih kekal mendiami tanah haram Israel dan tertakluk kepada peraturan Israel. Namun terdapat lebih 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh bangsa yahudi ke atas penduduk bukan berbangsa yahudi.

4. Data pada tahun 2012 mencatatkan terdapat sekurang-kurangnya 4.4 juta pelarian Palestin berdaftar dengan PBB yang juga merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejak bumi tanah air mereka.

5. Penduduk Palestin tidak hanya dihalau. Ada yang dibunuh di perkampungan masing-masing seperti yang berlaku di Deir Yassin dan Tantura.

6. Sudahlah dihalau dari tanah air, peristiwa di kem pelarian Sabra & Shatila membuktikan betapa kejamnya rejim Zionis sehingga sanggup membunuh, menyembelih dan menghapuskan etnik Palestin tanpa sedikit pun rasa bersalah.

7. Pelarian Palestin tertakluk kepada undang-undang antarabangsa yang membenarkan mereka untuk kembali ke tanah air mereka. Sehingga kini hak tersebut tidak dihiraukan oleh Israel.

Pada tahun ini, ummat Islam memperingati Peristiwa Nakbah pada 15 Mei dan menyambut Isra' Mikraj pada 16 Mei.

pesanan: Apa yang kita buat hari ini untuk umat Islam di Palestin??? 
               Fikirkan!

wallahu a'lam

1 ulasan:

SquadHijrah berkata...

terima kasih atas info ini