BUAT PARA NUQABA’ SEPINTAR YANG DIKASIHI...pesanan daripada Ustazah "Islam, the way of life",bukan sekadar agama yang cenderung dalam soal ibadah semata-mata, bahkan ajaran yang dibawa oleh manusia sesempurna Muhammad S.A.W ini merangkumi segala aspek kehidupan. Cukup untuk membuktikan, bahawa Islam inilah agama benar daripada Allah S.W.T. Malang sungguh, terdapat ramai lagi manusia yang menafikannya. Astagfirullah! Sekarang tugas utama adalah menepis arus kebejatan sifat agama yang sering melanda. Para daie dan pemimpin Islam perlu peka dan harus menyediakan aset yang berkualiti dalam meneraju dunia Islam masa hadapan. Maka para naqib dan naqibah antara yang diberi taklifan menggalas amanah mulia ini. Persediaan Nuqaba’ Tanggungjawab yang dipikul bukan satu bentuk bebanan, tapi satu peluang bagi masa yang ada sekarang ini untuk kita meraih pahala dalam menyeru manusia menegakkan Islam di persada dunia. Ingatlah ketika Ayat CintaNya mengingatkan “Kamu adalah ummat terbaik yang dikeluarkan untuk ummat manusia, kamu menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” 3:110 .Sebelum kita membentuk anak didik kita, sebaiknya kita lengkapi diri kita terlebih dahulu. Rasulullah S.A.W adalah model terbaik untuk dicontohi. Antara sifat baginda: *Siddiq(Benar) Dalam setiap tutur kata Rasulullah S.A.W dipelihara daripada menyampaikan sesuatu yang bersifat pembohongan. Dari sifat yang mulia ini, masyarakat menggelarkan diri Rasulullah S.A.W sebagai Al-Amin. Kepercayaan yang ditaruhkan kepada Muhammad S.A.W membuahkan pengaruh dalam gaya kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu tatkala Muhammad S.A.W sedang menyampaikan risalah agung dari ilahi ramai yang terkesan, kecuali mereka yang sombong dan hanya mengikut hawa nafsu semata-mata. *Amanah(Bertanggungjawab) Rasa amanah inilah sumber kelangsungan proses dakwah yang berterusan. Tanpa rasa bertanggungjawab pada amanah yang dipikul, kerja yang dijalankan hanyalah dengan sambil lewa dan lalai. Rasulullah S.A.W bersikap optimis dalam kerja dakwah dan sentiasa memberi tarbiyah kepada sahabat-sahabat baginda. Dengan rasa tanggungjawab juga Rasulullah S.A.W sentiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah serta berfikir bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ummah. *Tabligh(Menyampaikan) Sabda Rasulullah S.A.W "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat" Segala ilmu yang kita tahu hendaklah kita sampaikan dan ajaklah bersama-sama untuk diamalkan. Kerna ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Jangan takut atau kedekut untuk berkongsi ilmu demi kejayaan ummat. Insyaallah sekiranya ilmu itu diamalkan kita akan mendapat saham pahala yang berlipat kali ganda..Dengan tiga sifat inilah Rasulullah S.A.W mentarbiyah dan mendidik para sahabat hingga menjadi pemimpin hebat. Contohnya seperti era Khulafa' Ar-Rasyidin. Hasil daripada kajian dan penelitian para ulama' dalam ribuan sahabat Rasulullah S.A.W terdapat pula 6 sifat yang sentiasa wujud dalam diri mereka hasil pentarbiyahan Rasulullah S.A.W. Maka para naqib naqibah hendaklah mempunyai 6 sifat ini dan mesti perlu disematkan dalam diri anak didik sekalian agar mereka menjadi bayang-bayang para sahabat menongkah arus kefasikan dan kemaksiatan dengan hati yang cekal dan pemikiran yang kritis menyusuri zaman. *Usaha dakwah atas hakikat Kalimah Syahadah(Akidah) *Usaha dakwah atas solat khusyuk dan khuduk(Amal Soleh) *Usaha dakwah atas dasar ilmu dan zikir(Ketaqwaan) *Usaha dakwah atas ikramul muslimin(Akhlak Mulia) *Usaha dakwah atas Ikhlas niat(Keyakinan) *Usaha dakwah atas dakwah dan tabligh(Amar Makruf Nahi Mungkar) 6 aspek harus ditekankan ini bagi membina peribadi muslim terpuji ini. 6 aspek ini juga penting bagi memperteguhkan jati diri remaja. Para naqib naqibah pula perlu menyediakan method yang sesuai dalam membentangkan 6 sifat ini. Perlu bijak dikaitkan dengan isu semasa, tazkirah, hadith, ayat al-quran, persoalan mencabar dan lain-lain lagi. Diharapkan semua mampu memimpin dan mengorak langkah baru demi Islam tercinta. SALAM MA'AL HIJRAH DAN SELAMAT BERJUANG DEMI ISLAM TERCINTA! BUAT PARA NUQABA’ SEPINTAR YANG DIKASIHI...
cuti sekolah dan menghampiri,kan? kalau tak silap, begitulah.
rasa macam diri kita bebas, dari peraturan, dari exco, dari badar, dari segalanya yang bosan2 di sekolah tu.kan?
boleh ana nak bercerita? atau berkongsi bicara?
sebelum tu, kita koreksi diri dulu.
baca quran di sekolah?
solat jemaah?
hormat cikgu?
ikut peraturan?
itu di sekolah. mampu ke kita nak kekalkan di rumah?
cabarannya lagi besar!
ada orang kata, tarbiyah yang sebenar, bukan di sekolah. tarbiyah yang sebenar apabila kita keluar dari sistem sekolah. kita ke rumah. dunia realiti. di mana kita agak bebas menentukan apa yang kita mahu lakukan.
kita macam terlupa, Allah itu sentiasa ada.
muhasabah diri kita semula. dulu kita buat baik kerana apa? kerana siapa?
kerana cikgu? tak berbaloi.
kerana kawan? tak berbaloi
kerana Allah, berbaloi2!
ingat dan sedar, kalau kita uat sesuatu kerana selain daripadaNya, kita hanya buat sesuatu yang sia2.
kalau kita bangun awal subuh kerana ust Qosim, dapat pahala ke?
yang bagi pahala itu Allah. bukan ust Qosim.
jadi, kalau kita baik di sekolah, kekalkan baik itu sentiasa. kerana Allah bukan hanya ada di sekolah semata.
apa relevannya kita, kalau di sekolah kita baca quran, solat jemaah, hormat cikgu2, tapi di rumah kita tak solat, tak baca quran, tak hormat ibu ayah?
ibarat kita rasa bertuhan di sekolah sahaja.
saudara saudari,
istiqamah itu susah. tapi Allah suka. mungkin kita susah nak kekalkan semua, tapi kita cubalah kekalkan apa yang sedia ada.
baca ma'thurat contohnya. bukan senang nak baca kalau kat rumah. ingat, kita buat kerana Allah, maka kita istiqamah untuk dapat pahala.
selamat bercuti, jaga amalan, jaga stadi.
ingat, cuti kena siapkan kerja rumah yang berlonggok tu. supaya kita cemerlang,ok?
due je prioriti untuk cemerlang.
untuk bagi ibu ayah gembira.
untuk ummat yang memerlukan kita.
Assalamualaikum...ehem..banyaknya habuk...syukur Alhamdulillah..masih diberi kekuatan dan kesempatan utk saya menukilkan beberapa peringatan khas buat diri saya sendiri dan juga pembaca2 yang dirahmati Allah sekalian..moga-moga Allah s.w.t memasukkan kalimah Lailahailallah dalam hati kita dan kita mengakui bahawasanya tidak ada tuhan yg layak disembah melainkan Allah s.w.t..,makhluk tiada kuasa..hanya Allah yg berkuasa..
Muslimin muslimat yg dirahmati Allah
Hari ini, kita sering mengakui, pabila kita lapar kemudian kita makan-kita ckp makanan tuu yg bg kita kenyang,,pabila kita haus..kita minum milo ais – kita kata milo ais tuu yg bagi kita hilang dahaga..betul tak?..ya- saya sendiri mengakui, kadang2 kita tak perasan..itulah manusia.hanya percaya apa yg kita lihat, yakni nikmat yg diberikan tp x pernah pula memikirkan pada si pemberi nikmat..mungkin kita belum benar2 memahami erti tempelakan Allah s.w.t dlm surah ar-Rahman sebanyak 31 kali..`maka nikmat tuhan yg manakah kamu dustakan??’
Hakikatnya, Allah yg bagi kita segala sesuatu.Kita makan Allah yg bagi kenyang.kita minum Allah yg bagi hilang dahaga .Hatta kalau kita membuang air sekali pun, kalau x diizinkan xkan dapat kita membuang air..kan?..mau kena buasir kita nanti..kesimpulannya bermula dari kita tidur sampai kita bangun pada keesokannya-semuanya berlaku atas kuasa Allah.sehingga digambarkan oleh Rasulallah s.a.w dlm 1 hadis, sekiranya diambil ranting yg terdapat pada semua pokok dlm dunia ini utk dijadikan pena, kemudian lautan itu dijadikan dakwat..nescaya x mampu utk menulis semua nikmat Allah kepada manusia-menggambarkan nikmat Allah ini terlalu bnyk..tuu pun kita masih rasa bangga, kononnya apa yg kita dapat selama ini berlaku atas daya usaha kita
Muslimin muslimat yg dirahmati Allah
Benar..kalau ditanyakan pada kebanyakan orang, mereka percaya Allah itu maha wujud..seperti yg disusun dlm 20 sifat wjib Allah s.w.t , sifat ‘wujud’ diletakkan tempat yg pertama-kenapa?..kerana sifat percaya Allah maha wujud itulah timbul sifat kepercayaan kita terhadap kekuasaan Allah s.w.t. tapi sahabat2..sifat percaya belum cukup.kita perlu ada sifat yakin, dan keyakinan inilah yg akan membantu kita untuk mencapai jannah Allah..saya cuba bawakan 1 kisah...
Abrar seorang pemanah yg hebat.Beliau boleh memanah apa jua sasaran walaupun beliau sedang berdiri, duduk mencangkung ataupn sebaliknya-senang citer abrar ni power je la..kan senang.Kita percaya dia boleh memanah dgn tepat, tp bagaimana kita nak yakin betul-betul yg beliau seorang pemanah yg hebat?..senang je..ambil sebiji epal sbg sasaran dan letakkan di atas kepala..kalau anda yakin beliau seorang pemanah yg hebat..haa..sruh beliau panah epal atas kepala anda..bru tau hebat x hebat..
Inilah masalah kita sahabat2 yg mulia, kita percaya Allah itu ada, tapi keyakinan kita tidak.itulah masalahnya, kita lebih suka bercerita tentang kehebatan dunia..cakap pasal motor, kereta,laptop,perempuan, dan perkara2 yg sewaktu dgnnya..pernah tgk sekumpulan org tgah duduk bersembang bercerita mengenai kebesaran Allah? Ya..memang ada..tp jumlahnya sangat sikt..dibandingkan zaman dahulu, para sahabat bersembang mnceritakan kebesaran Allah dgn perasaan yg sgt excited skali-mngalahkan excited kita bersembang mengenai perkara duniawi.
Kemudian, pabila dipersoalkan mengenai perkara ini, ada yg menjawab-alah..alaa..ak dah tau..benar..tidak dinafikan kenyataan ini, memang semua orang tahu malah anak yg baru dilahirkan pun akan disambut dgn kalimah2 kebesaran Allah..-yakni azan dan iqamat di telinga kiri dan kanan.tp tujuan kita bercerita tentang kebesaran Allah utk menimbulkan keyakinan kita terhadap Allah bukan sekadar percaya, bukan sekadar pengetahuan..
Urm..rasanya takat ni je lah penulisan saya, maaf atas kekhilafan saya selama ini, da lama blog ni x di’update’kan atas alas an kekurangan diri saya ini..erm..sukacita sekali saya mengakhiri post ini dgn satu hadis Rasulallah s.a.w,
‘sungguh pelik benar keadaan orang yg beriman ini kerana semua perkara yg dilakukannya akan mendatangkan kebaikan.Dan perkara ini tidak berlaku kepada kaum yg lain melainkan org yg beriman.Pabila dia mendapat kesenangan,dia bersyukur maka itu satu kebaikan baginya dan pabila dia ditimpa musibah dan dia bersyukur, maka itu juga satu kebaikan baginya’
It is known that ALLAH s.w.t is the MOST MERCIFUL...
But if ALLAH is the most merciful, then why should He create hell??
Why can't He create only heaven?
Is this what we call the MOST MERCIFUL???
Then a man would say...
"If God do not create hell, I would like to be the most richest guy in this world by any means.. I would killing people and take their properties, bank robbing, or even rapping all the beautiful girls I have seen.."
After all, it is accepted that most people feel that doing the evil things is more fun than being a good person...
This things will happen if God only create the heaven;
Bad people, good people all will go to heaven...
Then, what is the point of being a good person?
Then, human will no need
to be tested by God anymore in this world, because..
Everybody will "pass" all the obstacles that God gives us for free. A killer will meet the people whom he had kill in this world and if he wanted to kill or rape again that person, he could do that again in heaven..
Nobody will get punishment of what he did...
Then where is the most merciful of God after all??
But, very little people learn from the creation of hell...
Look...Listen...And fells of the things surround you... Who create all those beautiful things?
After all, one thing for sure, everybody will die...
And what happen next?
Nobody knows...
But for us who believe in God.. We believe that we will
return to Him...And all the things we did in this world will be questioned...
DAN mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran).(al-Baqarah: 217)
Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka.(al-Baqarah: 120)
Maka ini tidak menghairankan apabila sehingga hari ini umat Islam sentiasa dicabar dan tercabar dek pelbagai tindak tanduk Barat yang tidak pernah senang dengan Islam.
Bagi mereka tidak ada sisi yang positif dan baik kecuali yang hitam dan gelap sahaja mengenai Islam.
Justeru, menghapuskan Islam adalah satu agenda dan matlamat yang dilancarkan dalam apa juga bentuk.
Daripada soal yang remeh termasuk purdah, janggut, menara masjid, azan dan sebagainya lagi mereka jadikan isu dan polemik.
Ini sebagaimana yang menjadi misi dan visi kepada ahli politik Switzerland, Daniel Streich yang mencipta populariti murahan supaya negaranya bersih daripada sebarang binaan suci yang bernama masjid.
Atau sekurang-kurangnya masjid yang dibina tidak perlu sempurna dengan struktur kubah atau menara.
Alasannya, warga Barat kini hidup dalam ketakutan ekoran siri-siri keganasan dan serangan yang kononnya didalangi oleh umat itu. Oleh itu dengan adanya menara dan masjid itu akan menambahkan lagi ketakutan sehingga mereka tidak mampu meneruskan kehidupan yang sebagaimana biasa.
Streich adalah orang pertama yang mencetuskan larangan yang tidak berasas itu di Switzerland supaya negara yang terkenal dengan soal kebebasan amalan dan gaya hidup itu menuruti saudara-saudara mereka di negara Eropah lain yang mengenakan pelbagai larangan ke atas umat Islam seperti larangan berpurdah di Perancis, larangan azan dan sebagainya.
Di saat umat Islam masih begitu kecewa, marah dan sedih terhadap fitnah-fitnah jahat Barat seperti filem Fitnadan karikatur menghina Rasulullah SAW, Streich menambahkan lagi pedih itu tanpa langsung memikirkan perasaan umat Islam.
Semua itu mengingatkan kita kepada kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Galdstone(William Ewart Gladstone 1809-1898)yang berucap dalam satu persidangan Parlimen Britain sambil tangannya mengangkat senaskhah al-Quran iaitu:"Selagi al-Quran ini berada di tangan kaum Muslimin, selagi itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur dan selagi itulah Eropah tidak akan dapat hidup dalam keadaan aman dan damai."
Bekas instruktor tentera yang kemudian bertukar karier sebagai ahli politik untuk Parti Rakyat Swiss (SVP) dari Bandar Bulle itu menjalankan propaganda gerakan yang berbau anti-Islam dengan begitu meluas ke serata negeri.
Baginya penduduk Islam perlu mengorbankan kepentingan agama mereka jika ingin terus menetap di Switzerland.
Namun tahukah anda pada 10 November tahun lalu, Streich akhirnya meninggalkan parti SVP akibat tidak tahan dengan pendirian parti itu yang bagaikan seorang perempuan sihir jahat memburu Islam.
Malah Streich juga turut meninggalkan agama Kristian. Sebaliknya dia memilih Islam yang selama ini dia hina dan keji. Islam akhirnya menjadi anutan dan kepercayaannya yang sejati.
Dahulunya dia seorang yang rajin membaca kitab Injil dan sering beribadat di gereja-gereja akan tetapi kini, Streich adalah individu Muslim yang tidak sahaja membaca al-Quran, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, malah yang lebih 'indah'nya beliau sering beribadat di masjid.
Tanpa diduga sama sekali segala pemikiran anti-Islamnya telah bertukar 360 darjah kepada memeluk agama itu.
Malah azamnya kini untuk membina dan membangunkan sebuah masjid yang tidak sahaja paling indah di Switzerland malah di seluruh Eropah.
Iaitu masjid kelima yang pernah dibina di Switzerland.
"Pastinya sebuah masjid yang lengkap dan sempurna binaannya terutama menara yang paling tinggi dan kubah yang paling besar dan indah," katanya.
Mengharapkan agar pembinaan masjid itu sebagai satu pengampunan atas segala dosa-dosanya, ternyata Streich adalah sebagaimana penduduk Eropah lain pada mulanya mempelajari al-Quran dan cuba memahami Islam dengan tujuan untuk dijadikan senjata 'membunuh' Islam itu sendiri.
Pasti ada keburukan dan kekurangan dalam ajaran Islam yang boleh beliau gunakan sebagai senjata, tetapi ternyata sebagaimana yang akhirnya terpaksa beliau akui, Islam tidak lebih sebuah agama yang benar dan bersih daripada sebarang unsur keganasan dan kejahatan.
"Saya belajar mengenai Islam secara komprehensif semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi akhirnya yang saya temui Islam merupakan sebuah kumpulan ajaran yang sangat logik yang memberikan jawapan yang masuk akal dalam apa jua persoalan penting dalam kehidupan.
Akhirnya beliau bersikap antipati terhadap pemikiran jahatnya selama ini terhadap Islam dan daripada kegiatan politik itu sendiri.
Begitupun, beliau dikatakan dalam usaha untuk menubuhkan sebuah parti baru, iaitu Parti Demokratik Konservatif Sivil (CCDP) berpusat di Freiburg.
"Penubuhan ini tidak lain sebagai menyaingi SVP sebagai satu tanggungjawab saya untuk membersihkan semula segala kekotoran yang saya taburkan selama ini," katanya.
Beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam SVP menyebabkan saranan mengenai larangan beliau bagi mendiskriminasi Islam itu telah memasuki ke peringkat penggubalan undang-undang yang kini cuba dihalang oleh Streich sendiri.
"Jika inisiatif jahat saya itu diterima, ia pasti merupakan satu tamparan yang sangat hebat buat saya yang menyebabkan saya bertanya pada diri sendiri, alangkah sia-sianya selama ini saya bergelumang dalam arena politik," katanya.
Kontrasnya kini, Switzerland memerlukan lebih banyak masjid bagi menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di negara itu.
"Adalah tidak wajar Switzerland memaksa umat Islam mengamalkan kepercayaan, ajaran dan ibadat mereka di lorong-lorong belakang," kata Streich.
Islam kini merupakan agama kedua terbesar di Switzerland selepas agama Kristian iaitu terdiri lebih dari 350,000 penganut.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut, di antara yang terpenting :
1. Menjaga lidahnya daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.
3. Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, ter utama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: ``Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?'' Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.
Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (An-Nasai)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Puasa itu adalah `perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu : Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.
Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Sabdanya : Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: ``Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.''
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.
Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.
Sabdanya : Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwaya Ahmad, Bukhari dan Mus-lim).
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).
10.Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan `wajib' solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.
Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat.
Sabda nabi s.a.w. : Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman. (An-Nasai).
- Petikan Nasihat Agama dan Wasiat Iman tulisan al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad.
Kemenangan Sepuluh Ramadan
Sejarah Bulan Ini Pada waktu Zuhur, 10 Ramadan 1393 Hijrah bersamaan 6 Oktober 1973 Masihi, angkatan tentera Mesir dan Syria dengan bantuan beberapa unit tentera dari beberapa buah negara Arab telah melancarkan serangan ketenteraan secara besar-besaran terhadap tentera Israel di semenanjung Sinai dan dataran tinggi Golan.
Pada hari pertama peperangan sahaja, Israel terpaksa meminta bantuan dari negara-negara Barat kerana pukulan yang sangat kuat, kerugian dan bencana yang sangat dahsyat.
Sedangkan angkatan tentera Mesir, berjaya memusnahkan pertahanan garisan Bar Lev di Timur terusan Suez dan menawan ramai di kalangan angkatan tentera Israel.
Sementara angkatan tentera Syria pula berjaya menghentam kesemua kawasan dan kubu pertahanan Israel di Golan.
Seluruh dunia dikejutkan dengan keberanian kepahlawanan tentera Arab, tahap kepintaran dan kemampuan mereka di dalam menggunakan senjata moden, kemampuan panglima perang mereka di dalam membuat perancangan serta menyelenggarakan perjalanan urusan-urusan pejabat sehingga peperangan yang berlaku ini dianggap se-bagai peperangan terbaik yang pernah diharungi oleh bangsa Arab di dalam sejarah
moden mereka, di dalam menentang Israel.
Malah peperangan ini merupakan salah satu peperangan terpenting mereka di dalam sejarah bangsa Arab secara keseluruhannya.
Keberkatan sahur
Nur Ramadan Bersahur atau makan pada waktu sahur sangat dituntut bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. daripada Anas, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad :
- ``Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya dalam makanan sahur itu ada keberkatannya.''
Sabda Rasulullah s.a.w lagi daripada Abu Said :
- ``Bersahur itu berkat. Oleh kerana itu janganlah kamu meninggalkannya, walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.'' (Riwayat Ahmad)
Ibnu Hibban pula meriwayatkan daripada Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
- ``Bersahurlah kamu walaupun hanya seteguk air.''
Amalan bersahur dalam Islam menunjukkan perbezaan cara berpuasa antara umat Islam dengan ahli kitab.
Ia bersandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Amir bin Ash :
- ``Yang membezakan atau memisahkan antara puasa kita dengan puasa umat Yahudi dan Nasrani ialah makan sahur.''
Seakan satu tamparan buat kita apabila diajak untuk turun ke medan jihad bersama mengangkat pedang memerangi musuh laknatullah... Satu tamparan? Mengapa saya bicara begitu?
Kerana tanpa kita sedari, musuh terbesar yang ada dalam jiwa kita masih belum mampu kita perangi. Biar kita disifatkan sebagai berpengalaman dalam beberapa bidang... Namun bidang jihad memerangi nafsu, xpernah... Never and ever kita akan mampu katakan kita yakin mampu memerangi nye.
Kerana... Tidak dinamakan manusia itu insan, melainkan kerana fitrahnya pelupa. Tanpa peringatan nafsu akan kembali menjatuhkan empayar IMAN dalam kita.
Atas alasan itulah ALLAH pilih kita menjadi tetamu nye dalam AKADEMI RAMADHAN. Alhamdulillah...
Melatih diri memerangi NAFSU! Supaya kelak bersedia memerangi musuh2 mendatang...
UMPAMA BESI
Tiada dalam kemampuan manusia (selain Nabi Daud) untuk dengan mudah membengkokkan besi apatah lagi memebentukkan nya mengikut citarasa sendiri.
Dengan kebijaksanaan akal kurniaan ALLAH,manusia menjumpai jalan membentukkan besi. Iaitu dengan memanaskan nya. Dengan suhu kepanasan yang tinggi, besi mula bertukar warna kemerahan, pelentur besi akan mula menegtuk besi tersebut hingga menjadi seperti yang diinginkannya.
Usai,proses pembentukan... Besi tersebut dibiarkan maka kekallah bentuk nye seperti itu melainkan dimusnahkan.
MEMBENTUK NAFSU
Biasa nya ketibaan ramadhan ini akan mengajak kita untuk menguji kekuatan hawa nafsu kita. Nafsu yang kita tundukkan bentukkan itu sebagai manifestasi TAKWA kita kepada ALLAH. Andai kita mengambil ramadhan ini semata-mata untuk meNUNDUKKAN nafsu kita kepada perintah ALLAH, maka kelak ia akan kembali bangkit bermaharajalela.
Jelaslah,tugas kita adalah untuk membentuknya, sebagai mana pelentur besi membentuk besi. MEMBENTUK NAFSU, lebih2 lagi dengan Tarbiyah Ramadhan bererti membentuk mengikut cita rasa ALLAH dan Rasul. Usai dibentuk,bentuk nya akan lebih kekal. Mudah untuk IMAN kita terus melakar empayar dalam jiwa MUSLIM.
Bukankah ramadhan itu adalah bulan yang panas dari bulan2 yang lain. Bukankah sememangnya ALLAH ingin jadikan fitrah besi itu sebagai satu perumpamaan..? Maka,apa lagi alasan kita untuk terus tewas dalam arena jihad ini.
Sedang batu yang keras mampu lekuk dek lembutnye titisan AIR.
This is the story of a little boy who had very bad character. His father gave him a bag of nails and told him that each time he would lose his patience, he should nail a nail behind the door. The first day the boy nailed 37 nails behind the door. The following weeks, as he learned to control his temper, each time he would nail less nails behind the door. He discovered that it was easier to control his temper than to nail behind the door.
A day came when he could control his character during all the day. After informing his father, this one suggested that he should remove a nail each day he could control his character. The days passed and the youth could announce his father that there were no more nails to remove from the door.
His father took him by the hand and led him to the door. He told him,
'You have worked hard, my son, but look all those holes in the door. Never more it will be the same. Each time you lose your patience, you leave scars exactly as the ones you see here.'
Khamis, Jun 17, 2010
10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna
1.Dirikanlahsolatapabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
2.Bacalahal-Qur'anatau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
3.Berusaha dan bersungguh-sungguhlahsaudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
4.Janganlah banyakbertengkardalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
5.Janganlah banyakketawakerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlahbergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
7.Janganlah saudarameninggikan suaralebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.Jauhilahmengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipankita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
ana dapat video ni ketika membuka membaca artikel dari ustaz Zaharudin. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua untuk memperbanyakkan amalan kita, InsyaAllah...
Pada tahun 2010 ini, Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-30 telah diadakan di SBP Integrasi Sabak Bernam, Selangor. NKI ini telah melibatkan seluruh SBP yang terdapat di Malaysia, termasuklah SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR). SEPINTAR telah menghantar wakil pelajarnya seramai 6 orang yang terdiri daripada 3 pelajar lelaki dan 3 pelajar perempuan. Mereka ialah Ahmad Noor Fikri bin Zainol, Mohd Zuladl bin Hasan Hamidi, Mohd Akmal bin Zulkarnain, Nor Farhana Atiqah bt Mohd Haizal, Nur Shahidah bt Shaari dan Nurul Hidayah bt Jamalluddin.
NKI ini telah diadakan selama 4 hari yang bermula daripada 18 Mac 2010 sehingga 21 Mac 2010, iaitu pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Oleh itu, pelajar SEPINTAR dikehendaki untuk berkumpul di sekolah pada hari Khamis, jam 10.30 pagi. Pelajar SEPINTAR bertolak ke SBPI Sabak Bernam dengan menaiki bas Sekolah Menengan Sains Sultan Alam Shah (ASIS) bersama-sama dengan pelajar SBP lain di sekitar daerah Gombak, Selangor. Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 2 jam setengah setelah tiba di sana pada jam 4.00 petang. Setelah sampai, pelajar SEPINTAR mendaftarkan diri dan bergerak ke asrama yang telah ditentukan.
Aktiviti NKI ini bermula pada sebelah malamnya, iaitu selepas menunaikan solat fardu Isyak secara berjemaah. Slot pertama pada NKI ini ialah taklimat peserta bersama pihak urusetia. Kemudian, pada pukul 10.00 malam, aktiviti ‘Simulasi Usrah’ telah diadakan. Dapatan daripada aktiviti ini ialah para peserta telah diperkenalkan dengann ahli-ahli usraah masing-masing. Sesi taaruf ini talah menjalinkan hubungan persahabatan yang baru sesame ahli usrah yang sememangnya terdiri daripada sekolah-sekolah yang berbeza. Seterusnya, para peserta minum malam sebelum pulang ke asrama untuk merehatkan diri.
Pada hari kedua NKI iaitu hari Jumaat, 19 Mac 2010, aktiviti pertama yang diadakan ialah kuliah subuh yang bertajuk Iman dan Takwa Tunjang Ketamadunan. Kuliah ini telah disampaikan oleh Ustaz Baharudin bin Husain dari SAM Tinggi Batu 38, Sabak Bernam. Pengisian yang disampaikan oleh penceramah tersebut amatlah bermanfaat dan berguna kepada para peserta. Antara pengisian tersebut ialah iman dan takwa menjadi tunjang dalam kehidupan insane yang bergelar Muslim. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan kelebihan al-Quran dan solat dalam kehidupan. Seterusnya, beliau ada menyebut, ‘dunia di tangan kamu, akhirat di hati kamu’ sebagai penutup ceramah beliau.
Kemudian, para peserta berkumpul di Dataran Informasi sebelum meneruskan aktiviti seterusnya selepas menikmati sarapan di dewan makan. Di sana, para peserta mengalunkan lagu Negaraku, lagu tema NKI dan Asmaul Husna. terdapat juga ikrar NKI sebelum mendengar taklimat daripada urusetia. Seterusnya, slot kedua ialah Ucap Tama NKI oleh Tuan Haji Abd Rashid bin Ngah iaitu Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertajuk Membina Jati Diri Kepemimpinan. Dapatan daripada aktiviti ini ialah tugas seseorang pemimpin itu bukanlah mudah. Pemimpin haruslah membaiki diri sendiri dahulu sebelum memimpin orang lain. Selain itu, seseorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan ilmu yang penuh di dada.
Aktiviti NKI ini diteruskan lagi dengan slot ketiga iaitu Tamrin Qiyadi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Abd Ghafar bin Don, iaitu pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk ceramah beliau ialah Kecemerlangan Modal Insan Penentu Kepimpinan Terbilang. Dalam ceramah tersebut, beliau telah mendedahkan kepada para peserta NKI cici-ciri seorang pemimpin yang cemerlang. Seseorang pemimpin itu, bukanlah sahaja harus cemerlang dari aspek akademik semata-mata malahan, aspek sahsiah dan akhlak amatlah penting sekali. Hal ini kerana, pemimpin yang berakhlak dan bersahsiah mulia akan dihormati oleh orang lain serta mampu mewujudkan organisasi yang mantap. Selepas itu, para peserta menikmati makan tengahari sebelum masuk waktu solat zuhur. Bagi peserta lelaki, mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Politeknik Sultan Idris Shah. Manakala, bagi peserta perempuan pula, mereka mengikuti aktiviti Kalam Nisa’ bersama Ustazah Kartini bt Mahhyuddin dari SMK Munshi Abdullah, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Aktiviti Kalam Nisa’ ini diadakan khas untuk peserta-peserta perempuan saling berkongsi ilmu dan pengetahuan memandangkan isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini banyak melibatkan kaum wanita.
Seterusnya, slot keempat NKI ini ialah Pengenalan dan Fungsi Organisasi BADAR bersama Ustaz Muhamad Syaari bin Abd Rahman. Dahulu, beliau merupakan ahli BADAR bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS). Kini, beliau ialah Senior Executive Training Department I.P. Minda Sdn. Bhd. Dalam slot kali ini, beliau mendedahkan kepada para peserta, iaitu ahli BADAR khususnya, fungsi sebenar organisasi BADAR dalam sesebuah sekolah. Hakikatnya, organisasi BADAR amatlah penting kerana merekalah yang menjalankan gerakan dakwah Islmiah di sekolah. Di samping itu, beliau turut memperkenalkan langkah-langkah untuk memantapkan organisasi BADAR. Pada petangnya, para peserta melakukaan aktiviti riadah dan permainan bersama ahli usrah. Aktiviti telah mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama ahli usrah.
Setelah menguruskan diri dan makan malam, para peserta solat Maghrib secara berjemaah. Sementara menunggu waktu Isyak, terdapat pengisian kuliah maghrib. Kuliah tersebut disampaikan oleh Ustaz Nasri bin Jajuli dari SAM Pasir Panjang, Sekinchan. Tajuk kuliah beliau ialah Keunggulan Iman Teras Kegemilangan Ummah. Beliau banyak mengingatkan para peserta tentang tanggungjawab dan peranan khalifaah Allah di muka bumi ini. Seterusnya, Aktiviti LDK bermula pada jam 9.00 malam. Dalam LDK tersebut, para peserta diminta merancang satu program untuk dilaksanakan oleh pihak BADAR di sekolah masing-masing. Kemudian, setiap kumpulan usrah diminta membentangkan rancangan kumpulan masing-masing. Berbagai-bagai perkara yang berkaitan dengan BADAR dibentangkan, antaranya ialah berkenaan usrah, surau, dan organisasi BADAR itu sendiri. Kemudian, sebelum pulang ke asrama, para peserta menikmati minum malam di dewan makan.
Pada hari Sabtu bersamaan 20 Mac 2010,kuliah subuh telah diadakan seawal jam 6.25 pagi setelah selesai solat subuh secara berjemaah di Surau As-Syakirin.Kuliah subuh kali ini bertajuk Kepimpinan Berintegriti yang disampaikan oleh Ustaz Badruldin b. Tameziz dari Sekolah Agama Menengah Parit Baru.Terdapat banyak pengisian yang boleh kami dapati daripada program tersebut.Setiap muslim di muka bumi ini merupakan seorang pemimpin,sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada diri sendiri.Setiap Muslim seharusnya berbangga kerana Allah telh mengiktiraf kita sebagai seorang pemimpin.Selain itu,setiap pemimpinseharusnya mempunyai skill yang tersendiri agar dapat mempengaruhi orang lain untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan meninggalkan perkara yang mungkar.
Setelah selesai kuliah subuh,para peserta perlu bergerak ke dewan makan bagi menikmati sarapan pagi sebelum menuju ke Dataran Informasi.Para peserta menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Nadwah,menasyidkan asmaul husna serta membaca ikrar nadwah di samping mendengar taklimat daripada kem komandan sebelum menjalankan aktiviti seterusnya sepanjang hari tersebut.Selepas itu,tepat jam 8 pagi,aktiviti kembara minda telah bermula.Dalam program ini,para peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Sabak Bernam.Antara tempat lawatan tersebut ialah Tempat Perlindungan Wanita Baitul Ihsan,Ladang Mangga,Pusat Bioasli,Muzium Sabak Bernam,Ladang Penternakan Lembu Fidlot,Institut Latihan Dakwah Selangor(ILDAS) dan Kilang Perusahaan Kerepek.Melalui program ini,para peserta mendapat pengalaman-pengalaman baru di samping dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kami kepada Allah atas segala kebesaranNya.Di samping itu,program ini member kesedaran kepada kami bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya,memerlukan pengorbanan yang tinggi lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin BADAR.Selepas pulang dari Kembara Minda,para peserta diarahkan untuk ke Dewan Ibn Sina untuk membentangkan hasil lawatan ke tempat-tempat tersebut.
Pada sebelah petang pula,aktiviti Eksplo-Riadah telah diadakan selepas para peserta makan tengahhari dan solat zohor secara berjemaah.Aktiviti ini berlangsung di sekitar SBPI Sabak Bernam.Dalam aktiviti ini,mentak dan fizikal para peserta akan diuji di samping menerapkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan.Para peserta perlu menghabiskan sebanyak 12 check-point yang jaraknya lebih kurang lima kilometer.Terdapat aktiviti yang menarik dalam setiap check-point tersebut yang menguji sikap kerjasama serta kreativiti para peserta.Antara aktiviti tersebut ialah,membina kapal layar menggunakan barang terbuang,papan anti-Israel,mengupas buah kelapa dan sebagainya.Aktiviti-aktiviti ini memberi pengalaman yang menarik kepada kami lebih-lebih lagi apabila kami menunaikan solat asar secara berjemaah di atas tanah di lokasi check-point maing-masing.
Selepas itu,para peserta berkumpul di dewan makan untuk menikmati makan malam.Kemudian,para peserta menghadiri kuliah maghrib di surau As-Syakirin setelah menunaikan solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah.Kuliah maghrib pada kali ini bertajuk Khulafa’ Ar-Rasyidin Model Kepimpinan Ummah yang telah disampaikan oleh Encik Fathilah b. Salleh selaku Guru Inovasi negeri Selangor.Beliau telah menyatakan bahawa solat merupakan perkara yang paling penting yang perlu dilaksanakan dengan khusyuk dan jangan lalai di samping memperingati sunnah Rasulullah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.Hal ini demikian kerana orang yang bijak dalam kalangan kamu ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan lebih bijak dari itu ialah orang yang bersedia menghadapi kematian.
Selepas itu,para peserta menunaikan solat isyak secara berjemaah.Kemudian,para peserta bergerak ke Dewan Ibn Sina untuk menghadiri Forum Nadwah Kepimpinan Islam.Forum ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Haliza bt. Hj. Siraj selaku bekas pelajar Sekolah Seri Puteri,Putrajaya dan Prof. Madya Dr. Ishak b. Sulaiman juga merupakan bekas pelajar SBP iaitu di Kolej Islam Sultan Alam Shah.Terdapat banyak input yang kami peroleh daripada forum ini.Mereka telah menyatakan bahawa kepimpinan yang menggunakan ilmu dan mempraktikkan sunnah Rasulullah adalah menjadi asas kepada kepimpinan fglobal agar setiap pemimpin dapat pergi lebih jauh untuk menyampaikan dakwah bagi memartabatkan agama Allah.Forum ini telah tamat pada jam 11 malam.
Pada keesokan harinya,seawall jam 4 pagi,para peserta telah berkumpul di Surau As-Syakirin untuk program qiamullail.Qiamullail ini diketuai oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor,Ustaz Haji Mustaffa b. Sidin.Solat sunat tasbih,solat sunat hajat dan solat sunat tahajud telah dilaksanakan oleh para peserta secara berjemaah di samping berzikir kepada Alah s.w.t.Allah telah berfirman,”dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.Setelah itu,kami solat subuh secara berjemaah dan seterusnya menghadiri kuliah subuh yang disampaikan oleh beliau yang bertajuk Tahsin Surah Al-Fatihah.Beliau menyatakan bahawa Surah Al-Fatihah merupakan ibu kepada Al-quran.Hal ini demikian kerana surah Al-Fatihah merangkumi segala aspek yang terkandung dalam al-quran.Beiau menyatakan bahawa orang-orang yang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya yang berdasarkan sebuah firman Allah dalam Surah Al-Mu’minun ayat 1&2.
Pada hari terakhir kami di Nadwah Kepemimpinan Islam ini,kami diarahkan untuk pergi ke bilik usrah seawal jam 8 pagi untuk slot yang seterusnya iaitu Pelan Tindakan Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) setelah berkumpul di Dataran Informasi untuk menyanyikan Lagu Nadwah,Negaraku dan bacaan ikrar.Kami ditugaskan untuk berbincang dalam kumpulan akan tajuk tersebut.Selepas itu,peserta lelaki perlu bergerak ke Dewan Ibn Sina manakala peserta perempuan bergera ke Surau As-Syakirin untuk membentangkan pelan tindakan yang telah dibincangkan.Dalam pembentangan tersebut,secara tidak langsung kami dapat bertukar-bertukar pendapat mengenai program-program yang boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing.
Pada pukul 11 pagi,Majlis Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam telah dijalankan.Semua para peserta telah berkumpul di Dewan Ibn Sina bagi menunggu ketibaan perasmi penutup bagi program ini iaitu Yang Berbahagia Dr. Puad b. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.Beliau menyatakan bahawa keadaan ummah akan datang bergantung kepada sikap remaja masa kini dan para pesertalah merupakan penggerak kemajuan negara bagi memimpin negara pada masa akan datang.Pengetua SBPI Sabak Bernam selaku pengerusi bagi Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-30 pada kali ini juga telah memberikan ucapan seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pengerusi BADAR bagi setiap sekolah serta pemenang-pemenang bagi aktiviti Eksplo-Riadah.Selepas penyampaian hadiah tersebut,maka berakhirlah Nadwah Kepemimpinan Islam kali ke-30 pada kali ini.Sebelum para peserta berangkat pulang,para peserta perlu bergerak ke dewan makan bagi menikmati makan tengahhari.Selepas itu,kami bertolak pulang pada pukul 2 petang dengan menaiki bas SMS Alam Shah.Alhamdulilla,kami selamat sampai ke SEPINTAR kira-kira jam 6 petang.