Isnin, November 21, 2011

Pengorbanan


Sebelum meneruskan post ini,penulis nak minta maaf sangat2 sebab lambat post.Sebenarnya post ni penulis nak letakkan masa raya aidiladha tempoh hari tapi disebabkan ada perkara aula yang perlu diutamakan jadi terpaksa ditangguhkan.
Sahabat-sahabat yang penulis kasihi sekalian,bila mana kita berbicara tentang raya aidiladha pastinya yang terlintas dalam fikiran kita ialah berkaitan dengan ibadah qurban,lembu dan sebagainya.Jangan ada yang fikir duit raya pulak….hehe,tu raya puasa.Sahabat-sahabat,ramai antara kita sudah sedia maklum ataupun memang secara automatic terfikir bahawa bila sebut je aidiladha pasti kita akan sebut berkaitan dengan pengorbanan.Jadi,pengorbananlah yang penulis ingin kongsikan bersama pada post kali ini.

1)Pengorbanan oleh nabi Ibrahim
Pasti kita ingat ketika mana perintah Allah S.W.T kepada nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya.Sahabat-sahabiah,penulis boleh katakan nabi Ibrahim gila.Kerana apa?kerana memang dia sudah buang tabiat kerana melanggar logic akal seorang manusia.Mana mungkin seorang bapa sanggup menyembelih anaknya sendiri.Cuba bayangkan kalau kita sendiri nak disembelih oleh parents kita ataupun kita disuruh menyembelih anak kita sendiri.Sanggup?..pergh..memang gilalah.Tapi sebenarnya,kita tak boleh katakana baginda gila kerana apa?kerana ketika mana baginda diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya.Sedar tak sedar sebenarnya baginda telah meletakkan logik akal pada tempat yang kedua.Apa yang pertama?....jawapannya ialah TAQWA.Kerana nilai taqwa kepada Allah lebih besar berbanding logic akal.Marilah sama-sama kita mengambil ibrah daripada kisah ini.
2)Pengorbanan seorang bapa
Sebenarnya,penulis ni merupakan seorang anak kepada pembela lembu.Ya,ayah penulis membela banyak lembu.Masih ingat lagi sehari sebelum raya haji,ayah penulis sibuk menghantar lembu-lembu kepada pembeli-pembeli.Pernah tertanya-tanya dalam hati ini.”.kenapalah ayah ni sibuk sangat nak bela lembu..dahlah nak jaga susah”.Jawapannya ialah kerana ingin menyara anak-beranak untuk meneruskan pengajian.Penulis dapat makluman bahawa duit gaji yang diperoleh tak mampu nak tanggung kos pengajian kami.Petang tu,naik motor dengan ayah dalam keadaan bajunya yang sangat kotor kerana seharian dari pagi sampai ke maghrib sibuk di kandang.Cuma rehat sebentar untuk solat sahaja.Lepas solat terus sambung kerja2 di kandang.Sangat sedih bila mengenangkan jerih perih seorang bapa hanya semata-mata untuk anak-anaknya.Nasihat penulis,sayangilah ayah dan ibu kita,walaupun kita ni mudah dapat wang daripada mereka sekalipun,ketahuilah bahawa mencari duit bagi mereka sangat susah.Lagi-lagi macam ayah penulis ni…sedih sangat.Air mata penulis ketika itu jadi sangat murah lalu jatuh berderai ke atas muka bumi Allah ini.
3)Pengorbananku buatmu ayah…
Memang sakit kalau kita bela lembu ni.Kalau time dia gila,pergh..memang tak tahan.Penat main kejar-kejar dengan lembu ni.Nak kena bagi makan lagi,minum lagi.Kalau lembunya seekor dua taka pa,ini tak.Semuanya ada dalam 37 ekor.Yang tukang bagi minum,makannya ada 3 orang je.Yang mana ada pengalaman tu tahulah macam mana susahnya jaga lembu ni.Tapi tetap penulis buat juga untuk mengurangkan beban ayah penulis.Pernah sekali tu,nak bawa masuk lembu tu dari ladang ke kandang,tetibe je dia buat gila pulak lari ke sana-sini,time tu penulis tengah pegang talinya,bila dia lari penulis pun lari sekali lepas tu jatuh tersembam dan terseret atas tanah.Luka tangan.Sedar-sedar je jam kat tangan dah hilang dah,tercabut masa kena seret tu agaknya.Tapi semuanya tak lama,lepas raya haji dah tak ada dah lembu.Semuanya kena jual…hehe,padan muka,,,aman hidup aku.Tapi jauh di sudut hati rasa rindu dengan lembu pula.Lusanya,penulis berangkat ke darul quran untuk study sikit sebagai persediaan nak hadapi exam minggu depannya.Dengan azam yang kuat untuk buat yang terbaik exam kali ini,penulis melangkah……

Tiada ulasan: