Selasa, November 08, 2011

Cantik itu satu ujian?



Assalamualaikum wbt, buat pembaca sekalian.... Ini hanya perkongsian daripada insan biasa yang sedang berusaha memperbaiki diri utk menjadi hamba Allah yg lebih baik... Renungan untuk kita bersama.......

"beauty lies on the eyes of the beholder".... betul ke tak? mungkin betul.... sbb kadang2 kalau kita tengok seseorang tu ada orang kata dia cantik, ada orang kata biasa je, ada yang kata tak cantik pun.... Cantik itu sesuatu yang subjektif... Ada yang cantik luaran... Ada juga yang cantik dalaman... Tapi saat ini saya nak kongsi tentang cantik luaran...

Anda perasan tak, selalunya orang cantik ni selalunya orang yang seksi? Orang yang selalu mendedahkan aurat? Org yang playgirl? Hakikatnya dapat kita tengok pada iklan pelangsingan badan... ketika berbadan comel mereka memakai pakaian yang longgar2 tetapi apabila sudah langsing semua terus berpakaian ketat2...Saya tak kata semua cuma kebanyakannya... Jadi cuba kita berfikr balik kenapa?

Jawapannya, boleh jadi kerana org cantik memiliki segala yang menyebabkan ia mempamerkan kpd masyarakat.... Menyebabkan ia bangga dgn kecantikan diri.... Itulah yang saya ingin katakan CANTIK ITU SATU UJIAN......

Kalau kita cantik tahan la diri kita daripada mendedahkan perhiasan kita buat tontonan ramai...ingatlah wahai pembaca sekalian, "SESUNGGUHNYA WANITA INI PERHIASAN DUNIA & SEINDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"... Perhiasan & kecantikan kita itu hanyalah untuk orang yang selayaknya menjaga & menghomati kita nanti....Ingatlah, Allah ingin meguji dengan sedikit kecantikan....Adakah kita akan tunduk dgn hasutan syaitan?....Semoga jawapan kita TAK....Pakailah apa yang diwajibkan oleh syariat....Kuatkan tekad di hati...Walaupun kita cantik tp ketaqwaan kita kpd Allah tetap teguh...Walau apa pun orang kata... Walau apa pun orang ulas...Ingatlah kita tetap kita....Tiada
siapa boleh mengubah pendirian kita.....sbb kita ada Allah di sisi....

Kalau kita orang yang kurang cantik.... Bersyukurlah kita kerana kita terselamat daripada menjadi fitnah dunia...Allah tidak melihat pada ketaqwaan, kekayaan atau apa2 pun melainkan ketaqwaan seseorang...Jadi yakinlah setiap perkara yang ditempuhi pastinya ada banyak hikmah yang Allah telah susun buat kita....Allah tentukan pastinya yang terbaik untuk kita......Ingatlah, pastinya satu hari nanti pasti ada yang mengatakan kita cantik pada pandangannya & menghargai kita seadanya kita....


Wahai pembaca sekalian, renunglah kembali pakaian harian kita... Adakah ia menggoyahkan iman SYABAB?, berubahlah.... Sanggupkah kita menjadi org yang menyebabkan seorang pemuda ISLAM masuk ke neraka?....Hanya kerana kita.....Kita penyebabnya...Renungan bersama terutamanya untuk diri ini yang sering alpa.... Wallahu aa'lam.. Semoga kita menjadi hamba Allah yang solehah... INSYA ALLAH......


Tiada ulasan: