Rabu, Mei 27, 2015

Ini Bukan Untuk Pendosa!




Siapakah pendosa?




وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ 

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri. Ali-Imran : 135

Dalam ayat mengatakan mengenai orang yang melakukan perbuatan keji dan menganiaya diri sendiri, macam mana tu?

Melakukan perkara keji bermaksud melakukan dosa maksiat, melakukan segala larangan Allah. Menganiaya diri sendiri pula bermaksud berbuat zalim pada diri sendiri antaranya seperti bohong pada diri walaupun sudah tahu itu perkara benar tapi terus-menerus berbohong pada diri.

Konklusinya, pendosa ialah mereka yang membuat dosa, mempunyai pengalaman melakukan dosa juga yang sedang berenang dalam lautan dosa.

Iyaa, entry ini hanyalah untuk mereka yang bukanlah seorang pendosa, jadi siapa yang merasakan dirinya ialah seorang pendosa bolehlah tekan button close untuk tutup tab blog ini.

Ini amaran keras, ini bukan untuk pendosa!

Saya yakin, tiada seorang pun pendosa yang masih membaca penulisan saya ini. Jadi, mungkin masih bermain di pemikiran kalian, kalau bukan untuk pendosa, maka untuk siapa? Untuk binatang? Untuk Malaikat?

Bukankah semua manusia ialah seorang pendosa? Bukankah penulis penulisan ini juga ialah seorang pendosa? Adakah wujudnya manusia yang tidak menjawat jawatan seorang pendosa!?

Yaa benar, memang dalam kefahaman kita selama ini bahawa semua manusia ialah pendosa. Asal sahaja kamu dikategorikan sebagai manusia maka secara automatik kamu dikategorikan sebagai pendosa.

Equation yang melekat ketat dalam minda kita:
Manusia = Pendosa.

Manusia ialah pendosa? Saya tahu itu tapi saya mahu keluar daripada mentaliti ini. Bukan saya ingin mengatakan bahawa saya ialah seorang manusia yang tidak melakukan dosa. Tidak!

Semua manusia melakukan dosa maksiat kesalahan. Itu fakta!

Cuma, apa yang ingin saya katakan ialah, sudah tiba masanya untuk kita keluar daripada dilemma ini. Dilemma pemikiran yang merasakan diri ialah seorang pendosa.

Bila melakukan dosa, terus kata: 'Saya seorang pendosa, tidaklah dinamakan manusia jika tidak melakukan dosa.' Disebabkan jawatan pendosa itulah yang menyebabkan para pendosa sedunia tidak merasakan melakukan dosa ialah satu kesalahan ataupun jenayah.

Sepertimana pensyarah tugasnya memberi syarahan ilmu di Universiti. Sepertima mana penceramah tugasnya memberi ceramah mengikut tajuk yang diberikan. Sepertimana perogol yang tugasnya ialah merogol mangsanya.

Apabila mind set mengatakan bahawa diri itu ialah seorang pendosa, maka kamu akan terus menerus melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Buat apa nak bersalah, sudah nama pun pendosa, maka tugas kamu ialah menjadi kilang penghasilan dosa.

Bahkan lebih teruk, membuat dosa ialah satu kebanggaan dan kemegahan. Boleh bergelak gembira dengan maksiat sendiri. Sehinggakan sanggup membuat pengiklanan maksiat dosa sendiri percuma secara meluas terutamanya di alam maya. Bercerita dosa maksiat sendiri dengan megah gembira. Tiada rasa segan atas segala maksiat yang telah dilakukan.

Membuat dosa dengan bangga!? Astaghfirullah.

Itulah antara implikasinya apabila meletakkan title pendosa pada diri. Sebab itulah saya dengan kerasnya mengatakan entry ini bukan untuk pendosa. Wahai sekalian pendosa, mohon keluar daripada blog ini!

"Jadi blog ini untuk para malaikat dan binatang lah... Penulis penulisan ini ialah malaikat!?"

Eh. Saya tidak kata ini bukan untuk manusia, manusia yang bukan pendosa boleh lah baca...

"Lahh... Semua manusia pendosa, kau sendiri yang kata itu ialah fakta kan!?"

Benar, semua manusia ialah pendosa. Itu fakta dan saya akui. Ingat tidak apa definisi pendosa yang saya beri tadi?




وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا۟ فَٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ 

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri. Ali-Imran : 135

Saya petik ayat daripada kalam suci Allah, Surah Ali Imran. Ayat yang menjelaskan bagaimanakah sifat seorang pendosa. Melakukan perbuatan keji dan menganinaya diri, itulah pendosa. Pendosa ialah mereka yang membuat dosa, mempunyai pengalaman melakukan dosa juga yang sedang berenang dalam lautan dosa.

"Kalau bukan untuk manusia pendosa, maka untuk manusia apa lagi!?"

Benar, bukan untuk manusia pendosa. Ini untuk manusia bukan pendosa. Oh, ayat Quran tadi baru secebis ayat... Sambungannya barulah superb!



 ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُوا۟ لِذُنُوبِهِمْ 

mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka. Ali-Imran : 135

Selepas pengenalan istilah pendosa, seterusnya dijelaskan terus satu cara untuk transformasi daripada seorang pendosa kepada seorang bukan pendosa. Wah bagaimana itu? Cara tersebut berdasarkan ayat ialah:

1. Segera ingat Allah.
2. Mohon ampun akan dosa.

Dua perkara tersebut digelar sebagai TAUBAT. Maksudnya setelah kamu melakukan dosa maksiat, setelas kamu berenang puas dalam lautan dosa, kamu segera ingat Allah dan terus mohon ampun. Maksudnya: ketika kamu melakukan dosa selaku seorang pendosa, kemudian kamu melakukan dua perkara itu, maka kamu secara tidak langsung telah melakukan TAUBAT.

Setelah melakukan dua perkara itu, apa yang terjadi?

وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ
dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.Ali-Imran : 135

Ayat di atas ialah ayat sambungan kepada ayat sebelum. Allah dengan denga stylo memberi respon apa yang akan Dia lakukan andai para pendosa melakukan taubat, respon Allah ialah: 
"Siapa lagi yang akan ampunkan segala dosa yang berlambak-lambak itu selain aku!?"

Juga membawa maksud, kalau kita dah taubat atas segala dosa maksiat yang telah kita lakukan maka Allah mengatakan siapa lagi yang akan kasi langsai segala dosa kita kecuali diri-Nya sendiri?
Konklusinya : Pendosa yang melakukan dosa kemudian bertaubat, maka tiada lagi istilah dosa dalam kamus hidupnya kerana Allah dah kasi langsai segala dosanya itu.
Seorang manusia yang berjawatan seorang pendosa akan melakukan tugasnya seperti biasa iaitu melakukan dosa. Tetapi jika pendosa tersebut ada melakukan sesuatu yang lain daripada para pendosa sedunia yang lain iaitu TAUBAT, maka tidak layaklah untuk jawatan pendosa untuk menjadi jawatannya lagi. Jawatannya akan melalui satu transformasi.

Transformasi menjadi apa? Saksikan equation dibawah.

Pembuat + Dosa = Pendosa.
Pendosa + Taubat = Bukan Pendosa
Bukan Pendosa = Pembuat + Taubat.

Konklusi : Pendosa yang bertaubat ialah seorang Pen-taubat [sepatutnya: Penaubat, untuk menampakkan mesej taubat dengan jelas, maka istilah 'pen-taubat' digunakan. Maaf ye Cikgu-Cikgu BM sedunia! ;D]

Perkara yang membezakan antara ahli-ahli pendosa yang telah mendaftar secara rasmi dalam Kelab Pendosa Sedunia ialah Taubat. Andai anda melakukan dosa namun anda bertaubat, maka tidaklah anda dipanggil sebagai pendosa, tetapi seorang pen-taubat.

Sudah jelas, siapakah pendosa dan siapakah bukan pendosa.

Pendosa = Pembuat Dosa + Ego tak nak Taubat.
Bukan Pendosa = Pembuat Dosa + Bertaubat.

Jadi siapa yang merasakan dirinya bukanlah seorang pendosa, maka dengan segala hormatnya saya jemput anda baca warkah yang saya nukilkan khas untuk para bukan pendosa. [Kalau masih rasa diri itu pendosa, maka letaklah jawatan itu dengan bertaubat. Hehe]


___


Warkah untuk Bukan Pendosa
Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh.
Salam Allah juga Rahmat Allah serta Barakah Allah ke atas kalian.
"Bismillahirrahman". Tidak saya lupakan Nama Allah yang Raheem.
Bismillahi ar-Rahmani ar-Raheem...
Bait-bait kata yang saya susun ini saya mulakan dengan Bismilah agar saya menjadi asbab hidayah kalian menjadi yang lebih baik, kemudian lebih baik dan akhirnya jadi yang terbaik.

Ini untuk kamu, manusia yang bukan pendosa.
Bacalah warkah saya ini dengan hati yang terbuka. Tidaklah saya hulurkan kata-kata Cinta ini jika tidak kerana saya Cintakan kalian kerana Allah dan Rasul-Nya.

Dulu kita gelarkan diri kita: seorang pendosa. Pendosa yang tugasnya membuat dosa. Sudah tentu dengan jawatan itu, telah banyak kita kumpul dosa-dosa. Istilahnya seperti telah kita lakukan segala jenis dosa yang ada, tak ada yang missed.

Nak dengar berita baik?
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.Al-Baqarah | 222

Dah buat dosa berlambak berselerak, dengan one simple taubat terus dicintai Allah. Setelah sekian banyaknya dosa maksiat yang dilakukan dengan taubat yang satu terus sifar segala dosa, the best part terus menjadi kesayangan Allah. Taubat sikit dan terus dicintai Allah!
Dalam ayat Quran itu, Allah bagi nama yang special kepada manusia bukan pendosa iaitu: Tawwabeen, yang bermaksud orang-orang yang bertaubat.
Beruntunglah kerana kalian tidak lagi seorang pendosa. Kalian telah pencen dan letak jawatan daripada menjawat jawatan seorang Pendosa yang tugasnya melakukan dosa. Jadi, setelah menjadi golongan Tawwabeen, maka secara tidak langsung kalian telah menjadi golongan yang dicintai Allah.
Tahniah wahai sekalian Tawwabeen.
Cuma saya hendak ingatkan kalian sedikit mengenai situasi dan keadaan kalian sekarang, kalian ialah seorang pen-taubat, seorang pembuat taubat. Ingin saya sambung ayat yang saya beri pada pertengahan entry ini tadi...

 وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Ali-Imran : 135

Ayat inilah yang menjadi penutup ayat bagi ayat 135 surah Ali-Imran.
Wahai Tawwabeen sekalian, apa yang Allah ingin kata dalam ayat itu ialah, kita sebagai golongan pen-taubat perlulah buat satu perkara, iaitu:

Taubat Nasuha

Taubat. Apakah itu taubat? Nak senang cerita pasal taubat ni, taubat ni apabila kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan mohon ampun daripada segala dosa dan ada azam untuk tidak repeat segala kesilapan dan maksiat. Rukun negara ada lima, maka rukun taubat ada tiga:
1. Penyesalan
2. Minta pengampunan
3. Azam untuk tidak repeat dosa.
Ramai je yang taubat, tersangat ramai yang bertaubat, namun most of them tidaklah taubat dalam erti kata yang sebenar. Sepertimana kita ingin beli kasut jenama Adidas namun yang dibeli hanyalah jenama Asida ataupun Adadis. Sudah tentu semua orang nak yang original tak nak yang ciplak, same goes to taubat, kita nak yang original!
Nak senang taubat, kita berdoa je lah kepada Allah:
"Ya Allah, aku menyesal dengan dosa-dosaku, aku minta ampun atas segala dosaku serta aku azam untuk tidak repeat segala dosa saya!"

Aisehmen, semua syarat taubat dah ada dalam doa. Penyesalan, minta ampun dan azam tidak repeat dosa. Perfect semuanya untuk rukun taubat!
Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar ucapan semata-mata yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. Keikhlasan dalam bertaubat hanya diketahui oleh Allah dan diri kita sendiri! Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita…
Bukan sekadar itu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia taubat yang original. Kita gelar dia sebagai Taubat Nasuha!
Setelah kita taubat nasuha dengan semangat dan sungguh-sungguh, namun disebabkan kita ini manusia, kadangnya kita ini leka dan lalai serta cuai, kita akan mengulang semula dosa yang telah kita lakukan. Iyaa laa, tidaklah dinamakan manusia jika tidak melakukan kesilapan dan kecuaian.
Serius, sangat-sangat tidak mustahil untuk kita terjatuh ke dalam gaung dosa maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Namun jangan risau, andai kita ikhlas dan sungguh-sungguh tika taubat kita yang dahulunya, maka Allah akan ampunkan dosa kita! Untuk dosa yang baru fresh-fresh yang kita buat itu perlulah mendapat perkhidmatan taubat lagi sekali. Andai kita tewas lagi, maka taubatlah lagi. 
Andai tewas dengan maksiat untuk ke-9, maka bangkitlah dengan taubat nasuha untuk kali ke-10.
Selamanya kita tidak akan pernah tewas dengan gaung dosa dan maksiat namun perlu ingat, taubat yang original menjadi primary weapon kita! Oyeah.
Like i said before, tidaklah dinamakan manusia jika tidak lupa dan cuai. Maka Allah memang telah maklum bahawa manusia ini lemah dan amat mudah tewas. Kita ni bila dah taubat, tapi masih buat dosa maksiat lagi lagi dan lagi. Taubat sejak darjah satu tapi bila nak phD masih lagi bertaubat taubat. 
Haaa. Teruskan taubat taubat dan taubat. Jangan pernah berhenti berlari dalam larian taubat nasuha. Andai kamu berhenti, andai kamu berputus asa, makna makhluk laknat syaitan dah berjaya conquer kita! Jangan ah kalah deh. Ingatlah selalu bahawa Allah takkan selamanya akan jemu untuk mengampunkan segala dosa kita, Allah takkan pernah bosan untuk melayan taubat nasuha kita.  Bahkan Allah mengaku yang Allah suka hambaNya yang bertaubat.
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.Al-Baqarah | 222
Apa lagi? Moh ler kita bertaubat selalu! Setakat ini sahaja warkah untuk meraka yang bukan pendosa. Andai rasa diri itu masih pendosa, maka cepat-cepatlah letak jawatan dan jadi Tawwabeen. Sebelum terlambat untuk bertaubat.
Daripada seorang Al-Khuwaidim,
Aiman Al-Banna
Seorang Tawwabeen.
Pendosa sejak baligh.
Pen-taubat sejak berdosa.


___
Saya tahu, saya sangat maklum bahawa betapa seronoknya ketika dalam atmosphera jahiliah dahulu. Sangat seronok! Sebab itulah Syurga itu dipagari dengan perkara yang tidak syok tetapi Neraka itu dipagari dengan perkara yang syok-syok belaka.
Highway menuju Neraka dipenuhi dengan keseronokan dan kemanisan.
Atas sebab kemanisan ber-jahiliah lah yang menyebabkan kita sangat berkeinginan untuk kembali untuk menghirup udara daripada atmosphera jahiliah itu semula. Sebab itulah ramai yang sesudahnya bertaubat, kembali kepada jahiliah. 
Allah sudah maklum bahawa majoriti daripada makhluk-Nya termasuk saya akan melakukan sedemikian, kembali kepada jahiliah setelah bertaubat. No worries, Allah kan dah kata: 
Buatlah dosa maksiat kali ke-999, Taubat kali ke-1000 tetap Allah terima.
Ingat tidak pengakhir ayat Surah Ali Imran tadi...
 وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Ali-Imran : 135

Berdasarkan ayat, kalian perlulah untuk tidak meneruskan perbuatan keji, iaitu segala maksiat yang telah kalian lakukan sewaktu kalian berjawatan seorang pendosa. Perlulah tinggalkan segala maksiat itu walaupun betapa susah setara mana sekalipun.
Oleh itu, saya akan berkongsi cara-cara melakukan road block untuk U-turn kepada jahiliah, agar para pen-taubat akan tetap menggenggam taubat nasuha itu hingga jejak masuk ke dalam Syurga Allah.
Di bahagian ini, saya akan bagi 2 cara penyelesaian.
1. Cara yang universal, cara yang umum digunakan untuk segala jenis maksiat.
2. Cara yang special, cara yang khusus digunakan khas untuk kategori maksiat.
Saya senaraikan beberapa dosa maksiat yang popular di kalangan makhluk manusia:
1. Abai Ibadah [Tidak solat, puasa, dsbg]
2. Lagha [Banyak maksiat berbanding ibadat]
3. Couple [Hubungan intim antara ajnabi, termasuk islamik punya couple]
4. Pornografi. [Menonton video-video lucah, yang menaikkan syahwat]
5. Onani [Melancap]
6. Homoseksual [Berminat dengan kaum sejenis, lelaki suka lelaki, perempuan suka perempuan]
7. dan lain-lain.
Saya bahagikan segala maksiat-maksiat di atas itu kepada 3 bahagian.
Maksiat yang berat.
Maksiat yang lekat.
Maksiat yang ketagih.
Bahagian pertama, cara yang universal untuk settle segela jenis maksiat. Semuanya ada 4.
___
Cara #1 : Kawan dengan Singa Berani, bukan Biri-biri

Kalau kamu duduk dengan Singa Berani, maka jadilah kamu makhluk yang berani. Andai melepak dengan para kambing biri-biri, maka jadilah pengecut seperti mereka.
Istilahnya, andai kalian duduk melepak dengan mereka yang sedang dalam perjalan ke Syurga Allah, maka kalian bersama dalam perjalanan mereka. Andai bersama dengan mereka yang mengheret diri ke Neraka Jahannam, maka ke Jahannam jugalah kamu.
Konklusi di sini, bijaklah mememilih sahabat. Sahabat inilah yang akan kasi implikasi yang besar dalam hidup kamu, melebihi keluarga kadang-kadang.
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَالَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً. يَاوَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلاً. لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
Dan ingatlah hari ketika itu orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata, ‘Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, andai kiranya dulu aku tidak menjadikan si Fulan itu teman akrabku. Sungguh ia telah menyesatkan aku dari Al-Qur`an ketika Al-Qur`an itu telah datang kepadaku.’ Dan adalah setan itu tidak mau menolong manusia.Al-Furqan: 27-29

Dalam ayat Al-Quran tersebut mengatakan bahawa akan ada segolongan manusia yang akan menyesal bersahabat dengan orang yang salah. Kenapa salah!? Sebab orang itu kasi dia lagha dan bermaksiat sehingga tidak sempat bertaubat. Akhirnya hidupnya dalam kecelakaan dan 'berbahagia' dalam Neraka Jahannam.
Carilah sahabat yang baik, agar dapat pengakhiran baik. Jauhkan diri daripada manusia yang jahat, agar hidup terjauh daripada pengakhiran yang jahat.
[Penting]
Jangan tidak bersahabat. Syaitan teramat mudah untuk conquer dan menghasut kita ketika kita berseorangan. Ketika kita duduk bersendirian, banyak idea yang terlintas untuk kita bermaksiat. Cubalah sendiri! 
Oleh itu jangan sesekali bersendirian, sentiasa dekatkan diri dengan orang. Terutamanya dengan golongan Singa Berani, bukan kambing Biri-biri.



Cara #2 : Carta Denda
Buat carta denda. Buat beberapa tahap. Cadangan dan contoh daripada saya.
5 kali buat 'maksiat spesifik' = Zikir & Selawat 1000 kali.
10 kali buat 'maksiat spesifik' = Sedekah RM10 kat Masjid.
20 kali buat 'maksiat spesifik' = Belanja Family dan rakan-rakan makan Dominos Pizza
30 kali buat 'maksiat spesifik' = Sedekah RM150 kat Rumah Anak Yatim
50 kali buat 'maksiat spesifik' = Lakukan kesemua denda di atas serentak!
maksiat spesifik itu ikut pilihan kamu, maksiat apa yang menjadi masalah utama. Contohnya seperti tinggalkan solat, menonton pornografi dan sebagainya,
Kena disiplin dan tegas dengan diri sendiri. Andai telah capai bilangan kesalahan tersebut, maka perlulah ikut denda yang telah kamu sendiri tetapkan.
Berikanlah pada diri itu denda-denda yang berat, barulah cuak nak bermaksiat!

Cara #3 : Azimat Taubat
Jadikan sesuatu untuk menjadi Azimat Taubat kalian. Bagaimana itu Azimat Taubat?
Azimat Taubat ialah suatu perkara yang kalian jadikan sebagai Azimat agar sentiasa berpegang teguh dengan taubat kalian. Azimat yang menjadi pegangan sentiasa, masa hendak lakukan sesuatu maksiat, akan rasa susah untuk lakukannya dek kerana teringatkan Azimat.
Antara Azimat Taubat yang boleh kalian lakukan.
1. Hafalan Surah Panjang, seperti Surah An-Naba', An-Naziat.
2. Hafal 10 Hadis Nabi.
3. Amalkan Mathurat pagi petang.
4. Dan sebagainya.
Lakukan perkara-perkara tersebut dengan konsisten. Jadikan antaranya menjadi Azimat. Fungsinya ialah, apabila kalian hendak bermaksiat kalian tidak sanggup untuk bermaksiat kerana teringat akan azimat.
Iyalah, takkan nak sia-siakan hafalan yang panjang, hafalan hadis yang banyak, amalan ibadah yang konsisten semata-mata untuk satu maksiat.
Ketika itu kalian akan berfikir dua tiga empat lima enam kali untuk lakukan maksiat. Apakah ingin gadaikan Azimat Taubat kalian ataupun bermaksiat.
Ketika sedang berfikir itu, jangan fikir banyak. Terus istighfar dan lari jauh-jauh laju-laju! [tiba-tiba]
Cara #4 : The Power of Five

Kuasa yang lima iaitu solat 5 waktu sehari semalam. Tak nak hurai panjang lebar, solatlah. Di dalamnya ada kekuatan. 
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَ 
Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Al-Ankabut : 45



Solatlah dalam erti kata yang sebenar. Solat dengan khusyuk [faham segala maksud bacaan solat]. InshaaAllah kalian akan rasa dekat dengan Allah dan akhirnya benarlah tercegahnya kalian daripada perbuatan keji dan mungkar. Kalian jadi Mungkar-Free!
___
Seterusnya, saya akan menjelaskan penyelesaian untuk maksiat yang telah saya bahagikan kepada 3 bahagian. Cara yang special, cara yang khusus digunakan khas untuk kategori maksiat yang spesifik.

Bacalah dan fahami, mungkin untuk diri kalian sendiri ataupun bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang berada di sekeliling kalian sekarang.
___
Maksiat #1 : Maksiat yang berat.
Maksiat yang berat untuk ditinggalkan, mungkin kerana sudah menjadi tabiat ataupun telah menjadi rutin seharian. 
Abai Ibadah & Lagha.
Abai Ibadah bermaksud mengabaikan segala jenis Ibadah yang Allah suruh seperti tinggalkan solat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Orang yang sudah biasa meninggalkan Ibadah solat akan sentiasa relax tiada resah ketika meninggalkannya sama ada secara sengaja ataupun tidak.
Lagha bermaksud banyak melakukan maksiat berbanding ibadat. Contohnya seperti online Facebook Twitter sehingga melewatkan solat kemudian tinggalkan terus, mendengar lagu-lagu omputeh yang lagha, menonton movie-movie yang lagha dan sebagainya. Senang kata lagha ni something yang tidak kasi kita manfaat, juga ada kemungkinan yang besar untuk beri mudharat.
Meninggalkan solat adalah suatu perkara yang sangat besar di sisi Islam, kerana yang membezakan orang Islam dan Kafir ialah solat.
Solat = Muslim.
Tidak Solat = Kafir.
Tapi sayangnya, empunya IC yang terpampang kemas tulisan "ISLAM" kebanyakannya tidak solat [Fakta]
Untuk meninggalkan dua jenis maksiat ini sangat-sangatlah berat. Kerana dua perkara ini sudah tentu menjadi rutin harian dan sudah menjadi amalan. Bagaikan telah dirancang dalam Planner seharian untuk melakukan dua maksiat itu. 
Berat untuk tinggalkan dua maksiat ini kerana kalian rasa maksiat itu terlalu manis untuk ditinggal. Kaedah untuk meninggalkannya mudah, ubahkan rasa manis itu kepada pahit maka kalian akan terus meninggalkan dua maksiat ini dengan hati yang ringan dan senang.
Persoalannya, bagaimana untuk kasi rasa maksiat itu pahit?
Selama ini, kalian tidak pernah merasakan kemanisan dalam ibadah dan kemanisan mengabaikan lagha. Sebab itulah kalian berat nak lakukan ibadah dan berat untuk abaikan lagha.
Maka, rasakanlah Ibadat itu manis dengan istiqamah [konsisten] dalam Ibadah. Sebagai contoh yang paling utama antara Ibadat ialah solat. Cuba keraskan diri dengan mengatakan:
"Aku akan solat 5 kali waktu solat sehari semalam dalam masa seminggu straight. Kali ini. Ini kali lah. Seminggu je."
Buat offer kepada diri yang tidak suka solat itu, kata seminggu sahaja kamu akan solat penuh. Penting: Solat perlulah dengan khusyuk, kalau boleh berjemaah. Khusyuk bermaksud mendalami makna solat itu samada doa iftitah dan segala maksud bacaan. Paling tidak pun, hayati gila-gila doa iftitah.
Sama juga kepada perbuatan lagha seperti chat-chat lgha dengan ajnabi, tengok movie dan dengar lagu lagha. Benda-benda ni semuanya syok dan seronok. Gila apa nak abaikan mereka!? Tapi dalam usaha nak jagi Tawwabeen kesayangan Allah, maka mereka semua perlu ditinggalkan.
Caranya cari kemanisan dalam meninggalkan perkara lagha itu. Ambil tempoh jangan lama sangat, seminggu cukup!
Contohnya hendak menggantikan dengar lagu-lagu lagha dengan dengar nasyid-nasyid kontemporari, qasidah-qasidah. Ingat perintah Allah untuk tunduk pandangan, maka jangan tengok movie-movie lagha yang menampakkan ajnabi yang seksi. Macam nak cari pasal dengan Allah pula bila tengok movie seksi-seksa, Allah suruh pandangan bukan!? Tahan diri daripada lakukan laghaan itu dalam masa seminggu.
Kemudian dalam masa seminggu selepas tempoh paksaan dan kerahan diri daripada segala maksiat itu, kalian pasti dapat kemanisannya!
Dan lihatlah hasilnya, BERAT untuk kembali kepada maksiat. BERAT untuk tinggalkan solat. BERAT untuk berbuat lagha.
Infiruu!
Maksiat #2 : Maksiat yang lekat.
Maksiat yang sangat melekat kepada pelaku maksiat. Benda yang kadangnya datang sendiri ataupun dicari. Sukar untuk menghilangkannya daripada dalam diri.
Couple & Homoseksual.
Mula-mula sekali, bezakan antara Couple dengan perkara yang bertemakan cinta yang lain. Rujuk SINI.

Homoseksual adalah lelaki atau wanita yang jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang sama tapi tak semestinya melakukan hubungan seks dengan mereka. Manusia yang homoseksual juga bermaksud tiada kecenderungan dengan berlainan jantina. Kadangnya 'penyakit' ini datang secara semulajadi sejak lahir dan kadang-kadang tidak.
Dua perkara ini berlaku kerana pelaku maksiat ini masih tidak sedar hakikat siapa yang patut dia cintai sepanjang hidupnya. Siapa yang patut menjadi contoh tauladan.
Ringkas dan padat, sepatutnya orang yang bergelumang dengan maksiat jenis ini tidak tahu cinta yang sepatutnya mereka salurkan bukanlah kepada pasangan couple ataupun orang sejenis yang dicintanya itu, sepatutnya kepada Nabi Muhammad SAW.
Penerapan cinta dan pembetulan hala tuju Cinta perlulah dilakukan kepada si pelaku maksiat. Carilah sirah-sirah Nabi Muhammad. Ia merupakan terapi yang terbaik untuk baiki masalah kalian.
Apabila sudah mula mencintai Nabi, maka pasangan couple dan homoseksual kamu itu bukan sahaja tidak dipandang sebelah mata, namun terus tutup kedua-dua mata untuk mereka.
Bukalah kedua-dua mata kalian hanyalah untuk Allah dan Nabi Muhammad sahaja!

Maksiat #3 : Maksiat yang ketagih.
Maksiat yang menyebabkan pelakunya untuk ketagih dan terus ketagih seperti mana ketagihnya seorang perokok tegar dengan rokoknya, sepertimana ketagihnya seorang peminum arak dengan araknya.
Pornografi & Onani.
Gejala pornografi ialah gejala yang telah menular luas dalam kalangan anak-anak muda. Mana tidaknya, buka Facebook ada iklan anime-anime yang hampir nak bogel, ada juga iklan yang dipaparkan sangat-sangat lucah. Buka Youtube pun masalah. Suggestion yang diberikan semuanya membuka jalan ke arah pornografi. Akhirnya masyarakat anak muda yang terjerumus dalam Pornografi semakin banyak dan banyak.
Onani pula kesan daripada Pornografi. Ia merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan. Istilah lain bagi Onani ialah melancap. Mengapa kesan daripada Pornografi? Ini hasil dapatan daripada orang yang cerita masalah mereka kepada saya. Mereka mengatakan bahawa mereka bermula untuk Onani setelah terangsang melihat visual-visual yang lucah sama ada daripada laman web pornografi ataupun movie-movie omputeh yang sememangnya menaikkan nafsu syahwat [adegan-adegan cium dsbg]
Maksiat jenis ini sememangnya membuat si pelakunya ketagih dengan ketagihan yang amat. Jadi bagaimana untuk kasi settle ini masalah!?
Analisis bagaimana anda mula untuk melompat masuk dalam atmosphera ketagihan itu, bagaimana anda boleh bermula untuk mulakan ritual ketagih anda itu.  Saya yakin, para ketagih sedunia sama puncanya, iaitu: Bila dekatnya dengan punca 'tidak tunduk pandangan'.
Apa itu punca tidak tunduk pandangan?
Gadget-gadget, laptop, majalah-majalah lucah, gambar lucah dan mana-mana material yang mampu menaikkan syahwat kalian. Mana tidaknya, kalau dah dekat punca maksiat, sudah tentu kemungkinan untuk terjun masuk dalam maksiat itu teramat tinggi.
Saya beri satu analogi mudah:
Kita sedang berpuasa. Sememangnya kita tahu sewaktu berpuasa tidak boleh makan dan minum. Kita beli Aiskrim waktu petang yang panas. Kita buka Aiskrim itu, kemudian kita jilat-jilat Aiskrim je, tak telan, tak makan, jilat-jilat sahaja. Tengah haus lapar dalam berpuasa, tambah lagi cuaca panas terik, paling parok Aiskrim yang sejuk manis berada dalam mulut kita, bersentuh lidah lagi!
Rasanya terbatal tak puasa kita?
For sure, confirm 100% akan terbatal. Dengan situasi kita haus dahaga, cuaca panas terik lagi, aiskrim kat dalam mulut bersentuh lidah lagi. Pheww, nyap nyap kena telan juga. Hasilnya puasa kita terbatal.
Kalau kita dekat-dekat dengan aiskrim sewaktu berpuasa, dekat dengan aiskrim yang akan menaikkan nafsu syahwat kita untuk batalkan puasa, maka sebab itulah kita akan batal puasa dengan telan aiskrim itu. Secara sedar atau tidak, akan terbatal juga puasa itu dengan termakannya aiskrim itu.
Sama juga kepada yang ketagih pornografi dan onani. Kalau kalian dekat-dekat dengan benda yang akan menaikkan nafsu syahwat kalian untuk ber-pornografi dan ber-onani, maka sebab itulah kalian akan kembali bermaksiat dengan onani dan pornografi. Secara sedar atau tidak, akan kembali kepada maksiat itu juga.
Solusinya, jauhkan diri daripada segala apa yang akan menaikkan nafsu syahwat kalian. Kalau ada iklan TV yang merangsangkan, maka alihkanlah pandangan itu kemudian sambung tengok. Ikutlah kreativiti anda dalam usaha untuk memerangi Makhluk Laknat Syaitan.
Infiruu!
___
Konklusi keseluruhan ringkas daripada saya: 
Tiada lagi istilah 'pendosa' dalam hidup kita, yang ada hanyalah 'Tawwabeen'.

Bertaubat. Jangan pernah berhenti bertaubat sehingga kita jejak Syurga Allah serentak. 

Itu sahaja. Saya akhiri penulisan saya dengan: Infiruu!

___

Maksud Infiruu ialah "Berangkatlah".
Maksudnya, mulalah berangkat walaupun dalam keadaan berat ataupun senang. Berangkat untuk berubah, berangkat untuk bertaubat. 
Rujuk Surah At-Taubah, ayat 41.
Infiruu!
___
-AIMAN BANNA-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah. saya diberi keizinan olehNYA untuk baca entry ni. terasa ringan beban yang dibawa selepas baca entry ni. memang betullah, kita x boleh berseorangan, syaitan mudah menghasut. kita pun mudah untuk mengikut hasutannya. sahabat yang baik sangat perlu untuk selalu memperingatkan kita. kena selalu mengisi hati dengah tarbiah2. menjauhkan diri dari unsur-unsur yang boleh menjerumuskan kita ke arah maksiat. yang penting sentiasa bertaubat. tq ^_^