Semoga Ramdhan ini memberi 1001 kebahagiaan kepada kita... Hadapilah bulan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan... Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmatNya...Sabtu, Ogos 22, 2009
Bulan kemuliaan
Semoga Ramdhan ini memberi 1001 kebahagiaan kepada kita... Hadapilah bulan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan... Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmatNya...AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...
Kini,
Bulan yg kita semua nanti,
tiba jua,
oh, Ramadhan...
Gembira hati ini,
tatkala bertemu denganmu,
sungguh tidakk kuduga,
pertemuan ini akan berlaku,
Karena hati ini rindu padamu...
Ramadhan,
hadirmu membawa kweyeynangan,
hadirmu membawa kedamaian,
hadirmu membawa sinar Ilahi,
hadirmu membawa cahaya keinsafan...
Ya Ramadhan,
malammu diimarahkan degan tarawikh,
diakhiri dengan witir,
syaitan dibelenggu,
hanya nafsu yang tinggal untuk menguji iman kita...
Hadirmu penuh bererti,
malammu penuh kesyahduan,
Padamu jua,
hadirnya satu malam,
yang lebih baik drpd 1000 bulan,
itulah Lailatilqadar,
yang dicari orang beriman...
Namun,
tidak terungkap olehku,
akan keistimewaanmu,
yg menjadikan rinduku padamu,
makin bertambah,
Aku rindu padamu Ramadhan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan alMubarak kepada semua warga Sepintar khususnya kepada rakan-rakan seperjuangan dakwah...

ahlan wasahlan ya Ramadhan...
AKU RINDU PADAMU...
Kini bulan kita nanti,
muncul jua,
oh, Ramadhan ...
Ah, gembiranya hati ini,
tatkala bertemu denganmu,
sungguh tidak kuduga akan pertemuan ini,
akn berlaku jua,
karena hati ini rindu padamu...
Ramadhan,
hadirmu membawa ketenangan,
hadirmu membawa kedamaian,
hadirmu membawa sinar Ilahi,
hadirmu menguji keimanan...
Hadirmu penuh bererti,
malammu penuh kesyahduan,
Padamu jua hadirnya,
satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan,
itulah Lailatulqadar,
yang dicari orang beriman...
Ya Ramdhan,
malammu diimarahan,
dengan tarawikh,
diakhiri dengan witir,
Syaitan dibelenggu,
namun hanya nafsu yang tinggal,
untuk menguji iman...
Tapi,
tidak terungkap olehku,
akan keistimewaan,
yang ada padamu,
menjadikan rinduku padamu,
makin bertambah...
Aku rindu padamu Ramadhan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga sepintar...
10 muwasofat
10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)·
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)·
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
3. Akhlak yang mantap (Matiinul Khuluq)·
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan daie iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
4. Mampu berusaha (Qaadiran ala Kasbi)·
Walaupun kaya, perlu bekerja.· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).· Menjauhi riba dalam semua lapangan.· Menyimpan untuk waktu kesempitan.· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)·
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)·
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan· Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)·
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.· Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidakbiasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)·
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)·
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)·
Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.· Daie adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie.· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.· Daie merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah
DIPETIK DARI: halawatul iman
Ahad, Ogos 16, 2009
~Hayya naqribullah,bizikril MAWT~
~MAUT~
Ayat al-Quran ini,menggentarkan hati barangsiapa yang mambacanya.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI"
(ali-Imran:185)
Maut satu perkataan yang digeruni manusia yang sedang bernafas.
Alhamdulillah ya Allah,tangan ini masih mampu menulis. Tidak tahu bila ia akan berhenti.
Tidak tahu? Mengapa?
kerana ia RAHSIA ALLAH.
Ayat al-Quran ini,menggentarkan hati barangsiapa yang mambacanya."Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan MATI"
(ali-Imran:185)
Maut satu perkataan yang digeruni manusia yang sedang bernafas.
Alhamdulillah ya Allah,tangan ini masih mampu menulis. Tidak tahu bila ia akan berhenti.
Tidak tahu? Mengapa?
kerana ia RAHSIA ALLAH.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian penasyid terkenal Ustaz Asri yang jga merupakan vokalis kump nasyid yang tidak asing lagi,Rabbani.
Sebelum ini kita dengar tentang pemergian Michael Jackson,Yasmin Ahmad.
Kesemuanya secara tiba-tiba..
Siapa sangka?
arwah Ustaz Asri rebah begitu sahaja dan malaikat maut terus mencabut nyawanya.
Arwah yang juga merupakan bapa saudara kepada sahabat saya di sekolah menengah dahulu.Arwh merupakan,penasyid juga ulama' yang sering menjadi rujukan sahabat2nya. Terpancar sikap rendah diri arwah tatkala melawat sahabat saya di asrama dahulu.Tidak pula pernah arwah membangga-bangga bahawa dia merupakan penasyid yang pernah merangkul banyak anugerah. Semoga rahmat dan redha Allah mengiringi pemergiannya.
kita bila? siapa sangka mungkin esok kita tidak melihat dunia.
tiba2 Allah takdirkan begitu,dengan amalan yang tidak pernah cukup.
Ya Allah~~~ ketika ini terketar2 saya membicarakan tentang kematian.
Ingin sekali saya mengajak semua berterusan mengingati MATI.
Berterusan dan tidak pernah berhenti.
Peringatan ini diutamakan dan ditujukan KHAS buat diri ini yang sering terlupa serta juga para pembaca yang sentiasa dalam agaan dan lindungan Allah Ta'ala.
Teringat tentang pemergian sahabat saya ketika di sekolah menengah dahulu.Mungkin sebahagian pembaca SEPINTAR mengenali arwah.
*******
Nama arwah ialah Siti Munirah bt Ajiyan.
Seorang yang rajin menghafaz Al-Quran.
Dengan ingatan Al-Quran yang hebat.
Jika ditebuk surah2 yang telah dihafaz arwah,pasti dapat.
Suatu hari,semasa di lawatan sekolah,kebetulan pula hri itu adalah hari pemrgian isteri bekas PM kita.Ketika itu hujan renyai2 dan petang jumaat.
Arwah datang kepada saya dan berkata:
"Asma,seronokkan kalau dapat mati masa malam jumaat,pastu hujan renyai2.Hujan menandakan langit sedih dengan pemergian kita..."
saya terdiam dengan kata-kata arwah lantas mengangguk dan tersenyum.
saya membalas dengan mengatakan inshaAllah pasti,orang macam dia akan husnul khatimah,saya doakan.
Dan pengakhirannya,arwah betul2 meninggal pada malam jumaat dan ketika itu hujan renyai2.Punca kematian adalah akibat pendarahan dalam otak yanglewat dikesan.
Siapa sangka?
Ketika itu,kami baru di Tingkatan 4.Cuti sekolahketika itu.Cuti akhir tahun.Saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan arwah rebah ketika sedang bersembang dengan keluarganya beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Ketika hari pengebumian,muka arwah yang hitam manis dilihat berseri. Seakan-akan bercahaya pada pandangan kami. Ketika dimasukkan ke dalam lahad pula,abang arwah yang turun ke lahad menceritakan kepada kami bahawa sebaik turun ke lahad,dia merasa sejuk yang semacam. Sesejuk pandangan arwah. Lahad untuk orang yang husnul khatimah kata kami.
*******
Sahabat2 sekalian, secara umum dapat dikatakan pembicaraan tentang kematian bukanlah pembicaraan yang menyenangkan hati semua orang,bahkan ada segelintir manusia yang inginkan hidup seribu tahun lagi seperti yang dinyatakan Allah dalam surah Al-Baqarah;
"Dan sungguh,engkau(Muhammad) akan mendapati mereka(orang-orang Yahudi),manusia yang paling tamak dalam kehidupan(dunia),bahkan lebih tamak dari orang-orang musyrik.Masing-masing dari mereka ingin diberi umur seribu tahun lagi,padahal umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab.Dn Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan"
(al Baqarah:96)
Dalam surah Ghafir atau surah al-Mu'min pula Allah Ta'ala menceritakan tentang ucapan orang2 kafir pada hari kiamat;
"Mereka menjawab,"Ya Tuhan kami,Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali,lalu kami menakui dosa-dosa kami.Maka adakah jalan(bagi kami) ntuk keluar(dari) neraka?"
(Ghafir:11)
Definisi kematian bagi sebahagian ulama' adalah ketiadaan hidup atau antonim bagi hidup.
1. Kematian pertama=dialami manusia sebelum kelahirannya,yakni sebelum roh ditiupkan
2. Kematian kedua=merupakan saat yang kita sedang tunggu dan tidak tahu bila waktunya,meninggalkan dunia yang fana ini.Fana bermakna tidak kekal.
PERSOALANNYA
Seperti yang biasa ditanya.Usah tanya orang lain.Tanya diri sendiri.
BERSEDIAKAH aku?
Jika imtihan,kita bersedia dengan membaca buku sehingga tidak tidur malam.
Menyediakan diri agar soalan2 imtihan dapat dijawab.
Persediaan yang boleh dikatakan sempurna sebelum menjawab imtihan. Kemudian,natijahnya,ditentukan Allah.
Jika persedian IMTIHAN yang lagi satu ini?BERTEMU ALLAH.PENCIPTA kita.PEMILIK NYAWA kita.Ayuh saya dan sahabat2 pembaca yang dirahmati Allah,mari bersedia ke arah itu..
Tugas kita hanya bersedia.Natijahnya juga pada Allah.
Untuk itu,kitaperlu DOA,DOA, sdan DOA agar pengakhirannya Husnul khatimah.
Mari menjadi orang yang paling BIJAK. Yang mengingati MATI.
Persoalan bijak bukan pada 4 flat atau berapa banyak A~~
Tapi kita yang mengingati MATI.
Mari kita bersama-sama menjadi syabab yang..
"jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat..Laksana anak-anak akhirat.. Melihat dunia dari jendela akhirat"
(Allahyarham Ammar:bekas pelajar tahun 3 perubatan Kaherah)
sebelum mengakhiri pembacaan,luangkan masa kita sebentar untuk menghadiahkan surah al-fatihah pada yang telah pergi,muslimin muslimat,mujahidin dan mujahidat serta semua yang telah pergi tidak kira kita mengenali mereka atau tidak.
AL-FATIHAH
p/s:bittaufiq wan najah pada adik2 SEPINTAR yang bakal menduduki PMR an SPM.Berjuang elok2.Semoga redha Allah mengiringi setiap pergerakan anda semua.Amin~Fi hifzillah..(^^)/Sabtu, Ogos 15, 2009
Muka'd Kelumpuhan bukan HALANGAN..
SALAM..
Sebagai seorang hamba yang tidak pernah lepas diduga, Muka'd seorang hamba ALLAH yang semakin dimamah USIA merupakan seorang yang LUMPUH FIZIKALNYA. Kelumpuhan beliau tidak sesekali mampu menghalangnya dari terus membuktikan kecintaan dan keimanannya kepada ALLAH dan Rasulullah.
Muka'd telah menyuruh anaknya membina sebuah pondok dihadapan rumahnya agar dapat Muka'd melihat wajah Rasulullah andai Rasulullah melintas atau melalui dihadapan rumahnya. Dia sanggup tinggal seorang diri disitu hanya kerana ingin melepaskankan kerinduan kepada kekasih ALLAH,Muhammad S.A.W.
Suatu hari Rasulullah mendapat khabar berita Muka'd telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka Rasulullah bersabda bahawasanya hanya Rasulullah sahaja yang layak untuk pergi menziarahi Muka'd. Maka Rasulullah terus menapak menuju kearah pondok Muka'd. Setibanya Rasulullah di pondok Muka'd, Malaikat Jibril sudah ada di dalam pondok Muka'd.
Lantas Malaikat Jibril berkata andai kau tidak tiba wahai Muhammad, aku akan menjalankan penghormatan menguruskan jenazah Muka'd. Namun memandangkan Engkau sudah tiba di sini, maka Engkaulah yang selayaknya untuk menguruskan jenazzah Muka'd. Lantas Rasulullah memanggil para sahabat untuk bersam-sama menyelesaikan urusan menguruskan jenazah.
Moralnya, walau lumpuh Muka'd tidak pernah sesekali beliau tetap teguh ingin membuktikan IMANnya kepada Rasulullah. Penghormatan untuk menguruskan jenazahnya hanya layak dijalankan oleh Malaikat atau Muhammad S.A.W. Hebatnya orang2 yang BERIMAN.!!

Khamis, Ogos 13, 2009
Al-Fatihah untuk Ustaz Asri Rabbani
saya dikhabarkan Ustaz Asri meninggalkan dunia tiga jam selepas pemergiannya. berikut adalah petikan yang dipetik dari harakah daily...
Asri Rabbani jatuh dan meninggal dunia
Salmah Husain
Thu Aug 13, 09 11:37:50 am MYT
Dikemaskini 1.20pmKUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini....
click here to read more>>>

Renungan..
Salam..
Sambil berehat menikmati keindahan kesejahteraan kehidupan yg bersalut dugaan dari Tuan Empunya Dunia tidak laen lagi ALLAH rabbuNA.. 'Aku' mengambil kesempatan ini utk berkongsi satu lintasan dari hati kecil penuh rayuan sukma mengharap satu transformasi yang hampir mustahil agar berlaku keatas REMAJA.! yang disebut oleh insan yang masyhur Hassan Al-Banna sebagai as-Syabab, atau al-Fatayat..
Dalam perjalanan 'aku' kesurau pada hampir setip hari utk mengerjakan solat zohor, perjalanan ku akan melintasi SMK TTDI JAYA yang tersergam indah. Namun jelas sekali ia dicemari dengan akhlak keji REMAJA dihadapan sekolah. Masing-masing dengan hal mereka sedang menanti org bertanggungjawab membawa mereka pulang.
Muslimah yang seharusnya indah bersalut hijab bertintakan akhlak mahmudah bawaan Khadijah Khuwailid dan Aisyah Humaira' sememangnya tidak menyedari mereka hakikatnya sudah keluar dari landasan akidah sebenar. Berjalan berdua-duan bersama LELAKI seakan tiada salahnya. Meninggi suara cuba bertengkar dengan makhluk EGO (lelaki) seakan lupa suara mereka sebenarnya anugerah yang harus disimpan. Hal ini di Malaysia yang gah sebagai ahli yang bersuara lantang di OIC.
Muslimin yang sepatutnya menjadikan Muhammadsebagai idola teraju kehidupan jauh sekali dari landasan ''Sitarol mustakim". Menjadikan hiasan dunia penghias sisi mereka. Seakan tidak mengenal erti masjid yang terletak berhampiran dengan sekolah,apa lah salahnya ke masjid utk menunaikan kewajipan seorang muslim dari melepak dan menikmati keindahan gadis tercemar! Berjalan dengan lagak gaya sombong seakan lupa dengan pesan Luqmanul Hakim dalam Al-Quran.
"Janganlah kamu berjalan dengan sombong di atas muka bumi ALLAH, sesungguhnya ALLAH membenci setiap yang berbangga dengan keturunan" (petikan dari Surah Luqman)
'aku' sendiri manjadi lemah utk bersuara berdakwah! Langkahku kemas berkopiah putih ditenung sekan janggal dengan insan sepertiku mempersiap rohani. Seakan tidak tergerak hati mereka walau sedikit utk bersamku menapaki langkah ke masjid yang sememangnya hampir dengan sekolah mereka.
Hakikatnya wahai DAI'E, selagi mana kita da peluang berdakwah, gunakanlah. Kerana sememangnya itu yang menjadikan kita khaira ummah. Tina suatu ketika di satu persimpangan kita menjadi kaku seakan tidak mampu berdakwah seperti mana yang berlaku ke atas ku dalam langkah ku utk fardu ZOHOR. Kita memerlukan REMAJA utk menguatkan benteng dakwah islamiah. REMAJA memerlukan kita utk memperkasa BENTENG IMAN mereka!

Rabu, Ogos 12, 2009
solat di awal waktu
salam n smile ana ucapkan pada pembaca sekalian...semoga rahmat ALLAH akan terus bersama kite......trima kaseh pada sahabat yang menjemput ana utk menjadi sebahagian daripada 'blog writer' kat blog nie....walau dimana saja kita berada, fikrah islamiah yang kita sanjung tetap sama..even di sekolah ataupun di Universiti, dakwah itu tetap menjadi suatu keperluan....dan dakwah memerlukan kepada sabar...dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.....SOLAT!!!!!!
Mengapa Solat Awal Waktu?
saladinjunior@gmail.com
Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?
Saudara,
Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.
Saudara,
Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.
Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.
Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang nak amek trial khusunyer dak SEPINTAR), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.
Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.
***
Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.
Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha
Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.
Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.
***
Saudara,
Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.
“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.
PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN. Banyak study poun tak guner kalu solat dilambat-lambatkan .........
***
Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.
kamarul hilmi b kamal - SBPIR 0708 - UTP

Langgan:
Catatan (Atom)