Sabtu, Februari 13, 2010

Ucapan Perdana Pengerusi BADAR 2010

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah,pertama kalinya ingin saya memanjatkan seinfiniti kesyukuran yakni kesyukuran tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya masih dikurniakan dengan dua nikmat yang bagi saya cukup besar iaitu nikmat Iman dan Islam.Seterusnya,saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung blog ini termasuk diri saya sendiri kerana saya sendiri akui bahawa saya baru sahaja berkecimpung dalam dunia blog ini..

...............Ahlan Wasahlan Wa Marhaban..................................................

Muslimin - muslimat yang saya hormati sekalian,
ingin saya sentuh sedikit sebanyak tentang perkataan "DAKWAH".Ramai di antara kita sering terdengar dan mengungkap perkataan ini yang hanya terdiri daripada enam huruf tersebut,tetapi persoalannya,sejauh manakah penghayatan dan pengimplementasian kita sebagai umat Rasulullah S.A.W terhadap perkataan ini?...Jadi sempena tahun yang baru ini dengan semangat yang baru,saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kita terhadap perkataan ini.Ramai di antara kita ( pelajar sekolah),apabila terdengar sahaja perkataan "DAKWAH" , pasti akan terlintas di fikiran kita satu istilah iaitu "BADAR"(Badan Dakwah dan Rohani).Hal ini seolah-olah menunjukkan bahawa tanggungjawab untuk berdakwah hanya terletak kepada BADAR sahaja.Persepsi yang telah dicetuskan ini ternyata salah 100%,tiada kompromi.Hal ini kerana dalam Al-Quran,Allah telah berfirman melalui Surah Ali-Imran,ayat 110 mafhumnya.....

"Kamu adalah sebaik-baik umat(umat Rasulullah S.A.W) yang dilahirkan untuk umat manusia untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran(amar ma'ruf nahi munkar) serta beriman kepada Allah......"

Melalui ayat ini,kita dapat lihat sendiri bahawa Allah menegaskan tanggungjawab untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran terletak kepada umat Rasulullah S.A.W.Apabila dikatakan umat,kita perlu mengetahui bahawa kita SEMUA ini ialah umat Rasulullah S.A.W.Jadi,tanggungjawab untuk menggerakkan dakwah itu terletak pada kita semua bukan BADAR sahaja.Dalam ayat tadi juga,kita dapat lihat bahawa Allah tidak berfirman seperti berikut .....


" Kamu adalah sebaik-baik BADAR yang............................."

atau

"Kamu adalah sebaik-baik Sufi,Nasim,Imran,Faiz Ikmal,Fikri..............................."


Jadi,secara tuntasnya,saya ingin berkata sekali lagi bahawa tanggungjawab untuk berdakwah bukan hanya terletak kepada kami sahaja tetapi kita semua iaitu umat yang terbaik,umat yang di'izzahkan oleh Allah S.W.T dengan Islam.Oleh itu,saya menyeru kepada semua rakan-rakan supaya marilah kita bersatu-padu membentuk sebuah umat yang kuat yang mana pernah terbentuk suatu ketika dulu ketika zaman kegemilangan Islam untuk sama-sama kita menggerakkan kembali dakwah Islamiah.Sesungguhnya, Allah telah berfirman dalam Al-Quran :

"Berpegang teguhlah kamu terhadap tali Allah (Islam) dan janganlah kamu berpecah-belah"

"Allah mencintakan mereka yang berperang dalam keadaan teratur,mereka diibaratkan sebagai sebuah bangunan yang begitu kukuh"

Akhir kalam,bersatu-padulah Umat Rasulullah S.A.W!!!!!Seandainya kita bole bersatu dalam sukan ragbi,seandainya kita boleh bersatu dalam memperjuangkan rumah sukan kita,seandainya kita boleh bersatu dalam memperjuangkan nama sekolah kita,...mengapa tidak kita bersatu untuk memperjuangkan dakwah Rasulullah S.A.W,memperjuangkan Islam agama kita????!!!!.....sama-samalah kita mengubah paradigma kia........

............................................................SHIFT YOUR PARADIGM.........................................................


Ahmad Noor Fikri Bin Zainol,
Pengerusi,
Badan Dakwah dan Rohani,
SBP Integrasi Rawang

Tiada ulasan: