Rabu, Januari 05, 2011

Cara Khusyuk Dalam Solat


Lima Perkara Utama Mencapai Khusyuk

Al Tafahhum: Memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.

Al Takzim: Merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya.

Al Haybah: Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan.

Ar Rajak: Mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat anda akan diterima

Al Hayak: Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap -Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap- Nya

KAEDAH LUARAN

  • Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang mengkhayalkan pemikiran.
  • Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat sujud
  • Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain2
  • Mengambil wuduk dengan tenang dan sempurna
  • Membaca isti'azah dalam hati ketika terasa minda tidak fokus kepada solat
  • Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar
  • Meletakkan sutrah penghadang di hadapan tempat solat agar tiada org yg lalu lalang di hadapan
  • Mendirikan sembahyang pada awal waktu supaya tidak gopoh ketika masa hampir luput
  • Mendirikan sembahyang secara berjamaah
  • Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang kurangnya iqamat sahaja
  • Jauhi daripada solat di tempat yang bising dan hingar bingar
  • Menjaga mata daripada melihat perkara yang terlarang oleh Islam

KAEDAH DALAMAN

  • Lazimkan bertaubat sekerap yang mampu. Sebaik - baiknya sebelum tidur bagi membersihkan hati daripada kotoran dosa.
  • Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan- akan amat hampir dengan kita, serta menganggap solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yg terbaik.
  • Membaca dengan baik ( husnul qari'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat - ayat al Quran yang dibacakan itu terutamanya al Fatihah, gerakan dan maknanya.
  • Mempelajari tatacara solat berasaskan dalil dan pandangan ulama' agar kita dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi dan dapat merasakan kesempurnaan solat.
  • Menghadirkan rasa sedang berhadapan dengan Tuhan sekalian alam iaitu Allah S.W.T dan Allah sedang memperhatikan seluruh gerak- geri hati luaran solat kita.
  • Timbulkan rasa malu (al Haya') terhadap Allah S.W.T rasa takut (khauf) terhadap azab Allah yang pedih.
  • Kumpulkan fikiran kita kepada dosa-dosa yang kita lakukan, walaupun ia dilakukan sewaktu kecil, hinakan diri di hadapan Allah, rasakan kita tidak layak sama sekali untuk ke syurga. Insya Allah ia mampu menitiskan air mata jika dibuat dalam keadaan yg hening dan penuh penghayatan.
  • Berharap serta yakin (optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
  • Hati diajak hadir/ ikut. Kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati daripada segala urusan yang boleh menggangu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

Tiada ulasan: