Ahad, Januari 23, 2011

Sedikit Perkongsian Sepanjang Berada Di Bumi Tarbiyah

Saudara-saudari seperjuangan sekalian,..
untuk pengetahuan semua,saya hanyalah merupakan insan yang lemah dan hina yang mempunyai cita-cita yang amat besar terhadap kepeimpinan dunia Islam akan datang.Oleh itu,saya wujudkan blog ini untuk mengajak anda semua yang bergelar remaja khususnya untuk memupuk ukhuwah sebagai asas dalam perjuangan dakwah.Sesungguhnya,Allah telah berfirman :

"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah ( Islam ) dan janganlah kamu bercerai-berai"

Dan Allah juga menceritakan prinsip ukhwah dalam dakwah ini melalui Surah As-Saf,ayat 4:

"Sesungguhnya Allah cinta akan mereka yang berperang di jalan Allah dalam keadaan teratur,mereka ibarat sebuah binaan yang kukuh"

Saudara-saudari harapan Islam sekalian,
saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman berkaitan perkataan "ukhwah" ini.Semasa sekolah dahulu,lidah saya amat tajam bercakap mengenai apa itu ukhwah,apa kepentingannya...walhal,saya sekali pun tidak pernah mengecapi kemanisan maknawi daripada ukhwah itu sendiri.Sehinggalah selesai tamat SPM,Alhamdulillah saya ditempatkan bersama saudara-saudara kita di Darul Quran untuk menjadikan diri kami sebagai professional huffaz ataupun teknokrat huffaz yang akan menegakkan Islam melalui bidang-bidang sains,InsyaAllah.Dan ketika berada di sanalah,saya baru dapat merasai dan menikmati apa itu ukhwah sebenarnya.Apa itu ukhwah??sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu kerana kesannya zahir rupanya maknawi.Terlalu indahnya ukhwah itu.Dan ketika itulah,saya berasa seakan-akan memperoleh sesuatu kekuatan untuik melaksanakan dakwah.Melalui ukhwah inilah,sesuatu usaha dakwah itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan berbanding bergerak secara individu.Dan ingatlah Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan bahawa "Tiada Islam tanpa Jemaah",jadi fikir-fikirkanlah.Mungkin sesetengah antara kita tidak berasakan penting terhadap ukhwah ini.Masing-masing masih lagi mempunyai perasaan malu,takut untuk kita menambahkan lagi kenalan saudara-saudara kita.Sikap inilah yang sedikit sebanyak mampu merencatkan proses dakwah.Dan Allah juga pernah berfirman"

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia untuk mengajak kepada ma'ruf serta mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah"

Melalui ayat inilah,Allah sekali lagi menunjukkan betapa pentingnya semangat berjemaah dalam melaksanakan tuntutan dakwah.Allah tidak kata "kamu adalah sebaik-baik Fikri"tetapi Allah kata "Kamu adalah sebaik-baik umat"Perkataan umat itu sendiri kita sudah faham bahawa perkataan tersebut menunjukkan sikap berjemaah yang diamalkan dalam melasanakan dakwah.
Oleh itu,untuk permulaanya penulis berharap kita dapaat berkenal-kenalan melalui laman blog yang tak seberapa ini untuk kita hidupkan kembali aura pemuda yang masih menunggu masa untuk meledak semula setelah kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah.....Wassalam,Takbir!!!!

Tiada ulasan: