Jumaat, Januari 07, 2011

Musibah itu Nikmat

Pasrah. Redha. Ungkapan mudah menyerah diri 'Konon' nya bersetuju dengan segala ketentuan yang ditetapkan ke atas kita.

Soalnya apakah kiuta sebenarnya menyerah diri atau menyerah kalah...?!

Redha Dan Pasrah Dalam Mengahdapai Ketentuannya.

          الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
Al-Baqarah ayat 156.
Sungguh jelas didikan tarbiyah direct dari ALLAH kepada kita hamba yang LEMAH. Jelas ALLAH mengajar kita agar menerima segala yang telah ditentukan seterusnya dilaksanakan ke atas kita. Sunguh segala itu telah ALLAH tetapkan buat kita sejak azali, sebelum dilahirkan! 

"Dah takdir! InsyaALLAH ade hikmahnya" ungkapan retorik dalam kalangan kita.

Soal hikmah adalah sesuatu yang akan menyusul kemudiannya. Hakikat persoalan pokoknya ialah sejauh mana kita memandang MUSIBAH yang menimpa itu sebagai 'HADIAH' from the most begining. Umpama keyakinan terhadap hikmah itu telah muncul dalam sanubari pada detik awal ditimpa musibah.

Bersabar. Mencari ketenangan apabila ditimpa musibah. Kita masih belum memandang nye sebagai satu HIKMAH!

Ujian Dan Musibah Ditadah Dalam Kesyukuran
          Ayuh kita melonjak kita dimensi paradigma berbeza. 

"Kenapa salah ke saya bersabar apabila ditimpa Ujian?"  Bukan salah, Tapi kan Nabi Muhammad S.A.W mengajak kita untuk berhijrah.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] 

Persoalan yang sengaja ALLAH lontarkan untuk kita berfikir. Disebalik Ujian yang ALLAH kurniakan itu jelas sekali ALLAH ingin mengangkat martabat kita. Martabat? Ya! Sebagai seorang Muslim kepada seorang mukmin. 

Bukankah Nabi pernah bersabda " Iman itu bertambah dan berkurang"

Maka ujian,yang kita diskusikan sebagai musibah di awal tadi ALLAH kurniakan kepada kita sebagai satu HADIAH. Hadiah kenaikan pangkat.  Ujian yang datang itu tuntasnya adalah satu "wake up call!" kepada kita. Sedarlah! Iman kita perlu di top up. Denagn hotlink..? Celcom? Tidak... Salah satu nya ialah ujian dari ALLAH!

Maka berSYUKUR lah dengan ujian yang dikirimkan... Bersyukurlah di saat pertama Musibah itu menjengah!

-edited from Bicara Mujahid-

Tiada ulasan: